![]()
Bersemadilah Tuan Guru Ishak Baharom di Taman Syurga!
Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN
Saya telah menerima pengkhabaran sedih bahawa Datuk Ishak Baharum telahpun Meninggalkan kita buat selama lamanya, Datuk Ishak Baharum yang lemah lembut sifat dan peribadinya, dan bersikap tegas terhadap kemungkaran yang berlaku telahpun dipecat Kerajaan Umno hanya kerana “melakukan tangkapan di Majlis mungkar pertandingan ratu cantik yang disertai anak Melayu”, sebagai seorang Mufti dia sentiasa tenang menerima segala takdir dan ujian yang menimpa dirinya.
Bila teringatkan Datuk Ishak Baharum, sentiasa membuatkan saya mengimbau pesannya yang tidak jemu jemu dilafazkan Datuk Ishak setiap kali dia menyampaikan kuliah dengan katanya “ Orang yang hadir di majlis majlis Ilmu bagaikan berada di Taman Syurga “.
Akhirnya saya mewakili seluruh ummat Islam berdoa agar roh dan jasadnya sentiasa di cucuri rahmat, moga beradalah Datu Ishak Baharum dikalangan Anbia’ dan orang Shaleh di Taman Taman Syurga,
Alfatihah..
Wikipedia: Ishak Baharom
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN- Reformis Muda - 31.01.2008 (tanpa semakan/suntingan)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel