![]()
Cuma pendapat,
kecewa dengan Akhbar Harakah terbaru!!
Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN
Bukan niat memburukkan Harakah, hanya sedikit pendapat!! Bila saya melihat Harakah untuk keluaran terbaru. tidak merasa terpanggil untuk saya membelinya, andai saya bukan peminat dan pelanggan setia Harakah sudah pasti saya takkan membelinya.
Muka hadapan akhbar Harakah bertajuk "2008 tahun untuk tukar kerajaan" sudah baik, tetapi tidak mempuyai nilai kormersil, gambar yang diletakkan tidak memanggil orang membeli berbanding dengan berita perhimpunan Bersih di mana dalam masa 3 jam didepan mata saya sendiri ianya "soldout". Kerana apa? kerana gambar perhimpunan dan sokongan rakyat anjuran Bersih diletakkan sebesar besarnya di muka hadapan Harakah.. malah ada yang membelinya 2 kali kerana mahu menampalkan gambar perhimpunan Bersih itu di rumah dan di Markaz Pas.
Saya mengharapkan gambar ceramah Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang yang dihadiri 100ribu ummat di Kedah baru baru ini, diletakkan di muka hadapan !! Dengan meletakkan gambar tersebut rasa saya ia lebih bernilai kormersial, pertamanya ia kormersial untuk Harakah, kedua untuk Pas itu sendiri. Dengan meletakkan gambar teersebut akan membuatkan rakyat negeri negeri lainpun akan "terangsang" untuk mengikut rentak rakyat kedah memberi sokongan padu kepada Pas. Malah lawatan Anwar terbaru yang mendapat sokongan masyarakat india juga harus diletak muka hadapan kerana hanya dengan gambar orang ramai akan terpanggil dengan pertanyaan "apa yang telah berlaku ??" ini membuatkan mereka membeli terus Harakah. sebagai penyokong alternatif saya bersangka baik dengan beranggapan cetakan itu dibuat lebih awal dari hari Dato seri Hj Hadi berceramah di Kedah. seharusnya harakah ada satu "team" anak muda sebagai pelapis dalam hal dan prospek hadapan Harakah itu sendiri.
Harakah Edisi Khas Akhir Tahun
Satu lagi pedapat, sebaik baiknya diAkhir tahun ini kalau tak dapat setiap bulanpun. Harakah membuat edisi khas keluaran Harakah. biar mahal sikit pun tak mengapa, tetapi mengandungi poster dan kalendar untuk tahun 2008 dengan berlatar belakangkan gambar pemimpin dan Ulama' seperti Tuan guru Nik Aziz dan Tg Hj Hadi. begitu juga jika perlu Harakah membuat keluaran Khas Pilihanraya yang membekalkan Poster kempen,poster menifesto dan Poster Pemimpin Pas, dengan cara tersebut ia dapat mengurangkan beban calon bertanding , kerana setiap ahli akan bertanggung jawab membeli harakah dan poster tersebut boleh diberikan kepada petugas dicawangan berhampiran.andai mawipun mengantungkan Poster Tok Guru Nik Aziz dirumah apa lagi kita!! fikirkan cara hikmah menarik anak muda mengenali dan menghormati Ulama'.
Hanya cadangan dan pandangan....
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda - 28.12.2007 (suntingan M@RHAEN)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.