Dapat KP masa Pilihan Raya Lalu
Punca Pendatang Tidak Pulang?
Sudah lama saya mahu menulis isu ini, tetapi mengambil keputusan berhenti menulis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan membawa kes pilihan raya ke Mahkamah. Mengapa perlu ke Mahkamah kalau kita sendiri tahu apa kesudahannya? Lebih baik duit petisyen itu digunakan untuk menyebarkan risalah penyelewengan Kerajaan Umno dalam pilihan raya yang terang-terang menggunakan taktik kotor!Berbalik kepada Isu pendatang asing.. selepas membaca kenyataan Dato’ Azmi Khalid di dalam akhbar baru-baru ini, terbukti ramalan saya tepat dan sumber yang saya perolehi (orang dalam) juga memang sahih! Apa tidaknya? Yang diramal pulang 400 ribu orang, jumlah sebenar mengikut rekod pendatang haram lebih satu juta, dan yang pulang baru-baru ini cuma 90 ribu orang! Di mana perginya 1 juta lagi? Dalam jumlah 90 ribu orang yang pulang, diberitakan majoritinya memang mempunyai dokumen sah dan mereka bukannya pendatang haram. Kalau begitu boleh dikatakan hampir semua tidak pulang? Maka tidak hairanlah baru baru ini UMNO menang besar dalam pilihan raya! Inilah dikatakan “Grand Design” dalam pilihanraya lalu melibatkan pihak tertinggi di bawah kementerian Paklah..
Masihkah kita ingat kemunculan Dato’ Aseh Che Mat ketika Majlis sambutan detik kemenangan BN pada malam keputusan pilihan raya yang lalu? Dato’ Aseh Che Mat antara orang yang duduk di antara pemimpin utama Umno pada malam berkenaan. Semua orang boleh lihat wajahnya apabila menonton keputusan Pilihan Raya kecuali orang yang sudah berputus asa dan menutup TV awal-awal lagi akibat kecewa dengan berita kejatuhan kerajaan PAS Terengganu!
Malah yang hairannya juga keputusan Terengganu antara yang awal diterima walaupun peratusan keluar mengundi adalah tinggi. Kemunculan Dato’ Aseh Che mat amat tidak wajar kerana dia adalah pemimpin tertinggi kakitangan awam! Dia bukan Ahli Politik ataupun BN. Atas tujuan apa dia hadir pada malam itu? Maka tidak hairan jugalah orang yang keluar mengundi pada pilihan raya yang lalu di negeri Terengganu melebihi angka pengundi berdaftar! Sokongan kepada Pas tidak berkurang tetapi yang menyokong BN naik mendadak entah dari mana datangnya?
Saya ingatkan sekali lagi .. ”GRAND DESIGN“ ini melibatkan seluruh jentera kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR!! Masih kita ingat bagaimana pengakuan bekas Pendatang Tanpa Izin yang pulang ke Indonesia meluahkan perasaan kecewanya di Stesen TV di Indonesia kerana tidak dihargai setelah menolong BN dalam pilihan raya 1999! Ini bermakna Grand Design ini telah bermula sejak dalam Pilhan Raya tahun 1999.
Fenomena luar biasa memang telah wujud sebelum lagi pilihan raya sehinggalah selepas pilihan raya!! Siapa masih ingat.. bagaimana orang ramai berpusu-pusu ke Pejabat Pendaftaran apabila mereka datang ke sana untuk menuntut IC (MYKAD). Namun Mykad mereka masih belum siap, sehingga aduan dan rungutan orang ramai ini berlarutan di dalam akhbar dan siaran TV apabila ada yang sudah 2 tahun memohon MYKAD masih belum siap. Ini termasuklah beberapa kawan saya yang turut gagal memperoleh MYKAD sehingga 1 tahun lamanya walaupun surat sudah sampai ke rumah supaya menuntut MYKAD!!
Fenomena ini amat luar biasa. Kalau anda semua tak percaya, baca kembali akhbar sebelum pilihan raya! Persoalannya, di mana perginya MYKAD ini? Ke mana dibawa MYKAD ini? Apakah MYKAD diagihkan kepada warga asing?
Masihkah kita ingat bagaimana janji kerajaan bahawa MYKAD tidak boleh dipalsukan kerana mempunyai ciri keselamatan yang tinggi? Jadi bagaimana pemalsuan MYKAD ini masih berleluasa malah lebih teruk daripada zaman sebelum MYKAD diperkenalkan?
Apakah pemalsuan MYKAD ini melibatkan orang dalam? Pegawai peringkat tertinggi juga terlibat di bawah Aseh Che Mat. Jika Puteri UMNO pada waktu sebelum Pilihan Raya boleh memberi surat arahan kepada SPR untuk mengambil ahlinya sebagai jentera SPR, apakah dalam jabatan kerajaan yang lain perkara ini mustahil untuk berlaku? Ia tidak mustahil. Dan apa yang lebih pelik, habis sahaja Pilihan Raya pada Mac yang lalu, kelam kabut di dalam akhbar meminta Mykad mereka ini dituntut segera. Kononnya ramai tidak menuntut Mykad mereka walaupun telah lama siap. Benarkah? Mengapa sebelum pilihan raya ramai yang gagal mendapatkan Mykad? Sehinggakan kerajaan memberi amaran akan mengenakan denda maksimum jika gagal menuntut Mykad!
Bila jenayah berleluasa oleh pendatang asing, kebanjiran pendatang ini kini menjadi masalah besar kepada negara lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai dokumen rasmi. Sebelum ini beberapa pegawai Imigresen dan Pejabat Pendaftaran telah didakwa di bawah ISA kerana terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu. Benarkah? Apakah yang menjadi mangsa adalah orang dalam di peringkat bawahan? Mengapa mereka ini tidak didakwa ke mahkamah terbuka? Mengapa diISAkan? Apakah takut jika terbongkar bahawa kegiatan mereka memalsukan kad pengenalan ini bermula sebelum pilihan raya yang lalu dan didalangi oleh pemimpin tertinggi kerajaan?
Saya diberitahu “orang dalam” pegawai yang ditahan asalnya bekerja untuk UMNO sebelum pilihan raya tetapi masih terus melakukan kegiatan tersebut kerana memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual dokumen Negara. Sangkaan mereka meleset apabila kegiatan mereka dihidu pihak polis setelah banyak tangkapan jenayah melibatkan pendatang asing. Mereka menyangkakan kegiatan mereka akan terus dibela dan dilindungi oleh pihak atasan seperi waktu pilihan raya yang lalu.
Selepas hasil siasatan diperolehi, rupanya kegiatan mereka asalnya adalah satu projek “Grand Design Pilihan Raya” lalu mereka terus ditahan ISA! Mulut mereka segera ditutup.
Saya menyeru pemimpin pembangkang terus membantu Azmi Khalid membongkar satu sindiket yang dilahirkan pemimpin UMNO di bawah Paklah! Atas sebab itu saya sedikit pun tidak bersetuju jika ada kompromi dengan Paklah.. Saya ingatkan Paklah lebih jijik dan kejam daripada Mahathir. Dia mampu menggunakan apa sahaja jentera di bawah kementeriannya bagi mempertahankan kuasa. Memang dia berperwatakan baik tetapi mempunyai kesumat dan dendam yang lebih berbahaya daripada Dr. Mahathir.
Kerja Paklah bukannya baru termasuklah menggunakan SB terutama sewaktu Ezam dan 6 reformis ditahan ISA dengan menjalan agenda politik beliau. Dia menggunakan SB memburuk-burukkan Najib dan membebaskan 6 reformis bagi memberi tekanan kepada Mahathir agar benar-benar meletak jawatan.
Walaupun hubungan Mahathir dan Paklah kelihatan OK, sebenarnya perang dingin telah berlaku. Siapa tahu Mahathir mengatur strategi senyap menjatuhkan Paklah pula kerana marahkan tindakan Paklah memberi tekanan sewaktu membebaskan Ezam dan 6 rakannya.
Paklah menggunakan SB menjalankan propaganda Politiknya dengan memburukkan Mahathir dan Najib serta mendewa-dewakan Paklah sehinggakan SB berani berkata mereka boleh bunuh PM dan menjadikan sesiapa yang mereka mahu sebagai PM! Tujuan Paklah satu. Dia mahu berjaya menjadi PM.
Maka tidak hairanlah selepas Ezam dibebaskan, dia berapi-api mahu misi menjatuhkan Mahathir berjaya kerana mendapat laluan Paklah. Ezam dibebaskan adalah untuk beri tekanan kepada Mahathir agar benar-benar meletak jawatan.
Kompromi ini adalah hasil pakatan Ezam dan Khairy Jamaludin. Siapa tidak kenal Khairy dia juga memang anti-Mahathir. Tindak balas Mahathir bagi menjatuhkan Paklah secepat mungkin dapat dilihat hasil pemilihan Agung Umno baru baru ini. Semua orang Mahathir seperti Ali Rustam dan Isa Samad kini menghimpit Paklah. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.
Lawan Tetap Lawan!!
Kiriman Reformis Muda - 21.11.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)