Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat
Berita Bohong:
Dakwaan Calon Bebas Tidak Berasas



 
 
 

Kenyataan Media keADILan

DAKWAAN CALON BEBAS TIDAK BERASAS

Parti KeADILan ingin menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh calon bebas Parlimen Lembah Pantai N. Periasamy bahawa Ketua Umum parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta beliau untuk menarik diri dari bertanding adalah satu tuduhan tidak berasas dan berniat jahat.
 
Saya telah menghubungi Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu ini dan disini ingin diperjelaskan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghubungi calon berkenaan sama ada secara langsung atau melalui telefon seperti yang didakwa.
 
Parti KeADILan ingin mengulangi bahawa calon parti kami Nurul Izzah mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai atas sokongan rakyat dan tidak memerlukan sebarang bantuan dari calon bermoral murahan seperti N. Periasamy.
 

Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden,
Parti Keadilan Rakyat.

29.02.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel