![]()
Kenyataan Media DSAI
Mengenai Video VK Lingam
26 Oktober 2007
Sekitar jam 3.30 petang tadi, peguam saya T/n William Leong & Co telah memfailkan satu permohonan di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk satu perintah untuk mengenepikan perintah di bawah seksyen 22 Akta Mencegah Rasuah 1997 yang diserahkan pada saya pada 22hb Oktober untuk menyerahkan pada BPR nashkah asal 14 minit rakaman video.
Saya ambil pendirian bahawa perintah ini adalah tidak sah, tidak munasabah dan tidak rasional. Ianya juga berniat jahat (mala fide) kerana saya telahpun memberikan keterangan kepada BPR bahawa naskah asal rakaman video tersebut adalah dalam simpanan pemberi maklumat berkenaan.
Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia menyerahkan naskah sahih rakaman yang boleh digunakan untuk mempastikan kesahihannya dan meneruskan dengan siasatan. Malangnya, mereka gagal untuk hadir semalam seperti yang dijanjikan dan berkata mereka akan menghubungi saya segera.
Saya menggesa BPR supaya menumpukan perhatian menangani isu pokok – menyiasat jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepertimana yang didedahkan dalam rakaman video tersebut. Kaedah sebaiknya adalah dengan penubuhan Suruhanjaya diRaja untuk mempastikan penyiasatan rapi dan teliti.
Anwar Ibrahim
Parti KeADILan Rakyathttp://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/356/1/
27.10.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.