Al-Fatihah buat Allahyarham Sofian Mutalib


Saudara Mohd. Soffian bin Mutalib, No. Kad Pengenalan 710405-02-5403 yang berasal daripada Kg. Lahar Batu 06700 Pendang, Kedah telah kembali ke Rahmatullah  akibat kemalangan jalan raya semasa hendak pergi bekerja kira-kira jam 07.35 pagi.20 April 2005 (hari Rabu)  di lebuhraya Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah (berhampiran Masjid Seberang Jaya/Asrama Pentex) Beliau meninggal dunia ketika berada di wad kecemasan Hospital Seberang Jaya. Polis mengatakan beliau gagal mengawal motosikal yang ditunggangi oleh beliau akibat tayar hadapan motor beliau bocor dan akibatnya beliau telah dirempuh oleh sebuah kenderaan ringan dalam kesibukan orang ramai pergi bekerja pagi hari.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh sesi 2003-2005.Banyak program yang telah diaturkan olehLlajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan  yang diketuai oleh Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau meninggalkan seorang balu Puan Shakiron Binti Maarof yang juga seorang suri rumahtangga sepenuh masa, bernombor Kad Pengenalan 750425-02-5768  yang berasal daripada Kg. Banggol Chengai mukim Jabi, 06400  Pokok Sena, Kedah. Beliau turut  meninggalkan dua orang anak dan seorang yang masih dalam kandungan.

Turut serta dalam lawatan ke Hospital Seberang Jaya ialah Timbalan, Naib, Ketua Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh, Uztaz Mutalib Maarof, Ustaz Yusni Mat Piah dan Exco DPPKPP.

Rombongan pemuda turut juga pergi menghantar jenazah ke Kampung Allahyarham di Pendang yang ketuai oleh saudara Setiausaha Dppkpp,Kamal Ahmad serta para Exco.

Kepada Tuan/Puan yang ingin memberi sumbangan boleh ke rumah beliau atau melalui Akaun Bank Simpanan Nasional 07139-29-00006211-4 atas nama isteri beliau. TEL: 04-7878732 HP: 012-4399 465. Jazakallah hu kathsiro.

Moga roh beliau ditempatkan bersama para syuhada wa solihin

Rasmi : LAJNAH KEBAJIKAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH.

29.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: