![]()
PERHATIKAN SIAPA PENGAMAL TAKTIK KOTOR
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Nak cerita panjang-panjang buang masa sahaja, nak baca panjang-panjang pun buang masa sahaja, bagaimana kalau Pak Ngah perlihat petikan berikut sahaja dan buatkan penilaian siapa yang buat kerja kotor tersebut. Bagi memudahkan semua tentulah mereka-mereka yang suka melaungkan perkara tersebut.Selalunya yang suka melolong tak ketahuan hala tujuan tersebut adalah orang yang sedang menghadapi tekanan hebat dan merasakan sesuatu kekecewaan dan sudah dapat merasakan akan kecewa atau kalah dalam menghadapi sesuatu cabaran. Lihatlah petikan BERITA berikut;
Taktik kotor kempen melalui telefon menyamar Puteri UMNO
PASIR MAS 22 Nov. - Pas benar-benar terdesak untuk menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir apabila petugasnya menggunakan pelbagai taktik kotor bagi memancing undi termasuk menelefon penduduk dengan menyamar sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, pihak berkenaan yang dipercayai petugas Pas melakukan perbuatan tersebut sejak dua hari lalu dan dalam perbualan telefon itu mereka bertanyakan perkara-perkara yang menyinggung perasaan pengundi.
``Saya hendak menegaskan bahawa Puteri UMNO tidak menjalankan kempen melalui telefon dan kita sedang memantau perbuatan ini yang dipercayai bagi menimbulkan kemarahan pengundi dan BN tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kelab Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Peti Undi Kasa di sini, hari ini.
Menurutnya, taktik lain yang dikesan melibatkan sebaran maklumat palsu mendakwa terdapat ahli-ahli UMNO tertentu yang bertindak keluar beramai-ramai menyertai Pas.
Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau telah mengarahkan bahagian undang-undang parti itu membuat kajian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang diperalatkan bagi membuat kenyataan tidak benar tersebut.
``Taktik kononnya orang menyeberang masuk Pas beramai-ramai adalah taktik lama UMNO, kita sudah tidak pakai taktik ini lagi dan saya hendak menegaskan bahawa kempen BN dibuat secara bersopan serta mesra dan kita tidak menggunakan cara-cara perang saraf,'' katanya.
Katanya, Pas juga dikesan menyebarkan risalah dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyerang peribadi pemimpin UMNO dan menyebarkan pelbagai maklumat mengelirukan bagi melaga-lagakan pemimpin BN.
Beliau berkata, BN juga mempunyai bukti Pas mengugut pengundi Cina di Pengkalan Pasir dengan mendakwa jika parti itu kalah, kerajaan negeri akan bertindak menaikkan cukai dan memperketatkan pengeluaran lesen perniagaan.
Menurut Annuar, Pas harus menghentikan taktik kotor tersebut kerana pengundi di Pengkalan Pasir bijak dan tidak mudah termakan dengan politik kasar, bercorak militan dan berunsur fitnah kerana ia tidak sesuai dengan naluri mereka.
``Saya dengan rendah hati memohon kepada Pas supaya tidak lagi meneruskan cara sedemikian, kerana taktik murahan mereka telah mula dikesan oleh pengundi dan kalau diteruskan lagi mereka akan kehilangan lebih banyak undi,'' ujarnya.
Jentera kempen Umno ugut penduduk kampung
Thursday, November 24 @ 00:37:37 MYTPASIR MAS, 24 Nov (Hrkh) - Jentera kempen Umno kini benar-benar ketandusan isu untuk berdepan dengan PAS apabila mengugut penduduk kampung di Pengkalan Pasir untuk ‘membuang’ semula lampu-lampu jalan yang dipasang di sekitar kampung tersebut sekiranya calon Barisan Nasional (BN) kecundang pada 6 Disember ini.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dollah berkata, jentera kempen Umno turun naik rumah penduduk di kawasan itu kebelakangan ini dengan mengugut mahu memecat lampu jalan yang dipasang sekiranya penduduk tidak mengundi parti terbabit.
"Ini suatu budaya tidak sihat diamalkan Umno bagi menggerakkan jentera kempen mereka setelah ketandusan isu berdepan dengan pas sekarang."Ia tidak sepatutnya berlaku kerana sudah menjadi tugas kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyat. Itu kerja kerajaan dan bukannya parti, malangnya apa yang berlaku sekarang keadaan sebaliknya berlaku," katanya di sini.
Cikgu tak sokong BN, cari kerja lain..
Ketidakmatangan Menteri Pendidikan!
Oleh Cikgu Komando
Haii..nampak gaya ada orang marah betul kepada guru ni....! Kena cari planet lainlah pulak nak mencurahkan ilmu di dada nanti....Persoalan pokok: adakah menyokong parti pembangkang tu ada kena mengena dengan kemampuan, dedikasi dan keinginan mengajar atau mendidik?
Guru tak sokong BN disyor cari kerja lain- saya percaya guru semua lapisan parti biasanya tidak akan mencampur adukkan pandangan politik dengan kerjaya (termasuk saya) masing-masing mendidik anak bangsa walaupun parti lain-lain:- kami profesional- cuma "kepala" kami yang kat atas itulah yang sentiasa tidak profesional... come on..maturedlah sikit?PASIR MAS: Guru yang menyokong pembangkang meskipun sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran disaran berhenti dan mencari kerjaya lain sesuai dengan pendirian politik mereka.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sedih dan kecewa jika masih ada guru enggan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membela nasib (???) mereka selama ini.
Sejak mengetuai Kementerian Pelajaran, beliau sentiasa memberi penekanan dan tumpuan serta keutamaan kepada kebajikan, kedudukan serta profesion perguruan, katanya mengulas sikap segelintir guru yang masih propembangkang meskipun menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan sebagai guru di sekolah bantuan penuh kerajaan (apa kena mengena fahaman politik dengan kemudahan guru untuk menunaikan kerja?- bukankah itu tanggungjawab majikan?).
“Kalau masih wujud guru yang tak bersama, saya rasa begitu kecewa kerana selama ini saya tak nampak Kerajaan Pas dan pembangkang mempertahankan profesion perguruan dan membela nasib guru saya (guru saya?- macam kitaorang ni hak milik dia pulak.. perasan lebih!).
“Bagi yang masih tak mahu bersama kita, terserahlah kepada mereka. Pilihlah kerjaya lain kerana tugas mereka memastikan anak kita terbela adalah suatu tanggungjawab berat yang terpaksa kita pikul demi masa depan,” (adakah hanya orang-orang UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang berkemampuan menjadi guru dan ustaz sekolah? Ceteknyalah pemandangan biru ini) katanya.
Katanya, kerajaan memerlukan guru yang komited dalam mendidik anak di sekolah bagi menyokong dasar dan matlamat serta keperluan negara memenuhi Wawasan 2020.
“Saya terkilan kalau dengan usaha yang kita lakukan selama ini, masih ada guru tidak mahu menyokong dan bersama dengan kita,” katanya.
"Kita memerlukan seluruh tenaga dan guru yang betul-betul berwibawa di sekolah supaya mereka dapat melahirkan anak bangsa yang boleh mencorak dan mewarnakan negara maju Malaysia pada 2020," katanya.Beliau berkata, sikap amanah dan ikhlas setiap guru menjalankan tanggungjawab juga menentukan pahala dan dosa di akhirat kelak. (amboi sejak dua menjak pandai betul Najib dan Hishammudin kecek pase Isle.. baik ado makne tu..!!)
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam, Hishammuddin berkata, guru berasal dari Pengkalan Pasir yang mengajar di luar Kelantan boleh pulang mengundi pada 6 Disember ini. (ermmm..patut pun kecek baik sangat rupanya...!)
"Kalau sesebuah negeri itu berdepan dengan pilihan raya, kita (Kementerian Pelajaran) mempunyai prosedur dan peraturan tertentu supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab serta hak mereka sebagai pengundi.
"Kita mempunyai peraturan untuk membolehkan mereka mengundi. Bukan saja guru, malah mana-mana pihak kalau ada sekatan tertentu, ia tidak patut berlaku kerana setiap rakyat Malaysia ada hak mengundi," katanya.
Cikgu Komando - 22.11.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)Pilihan Raya Kecil: Lagi taktik kotor UMNO di Pengkalan PasirAPA MACAM DAH BOLEH BUAT KEPUTUSAN, BELUM PUN HARI PENCALONAN DAH BOLEH KEPUTUSAN, BAK KATA ORANG TUA TUA DAHULU… SEKILAS IKAN DIAIR KU TAHU JANTAN BETINA NYA…INIKAN PULA “ ANTARA KACA DAN PERMATA” SEKALIPUN CUBA BENAMKAN KELUMPUR SEKALIPUN , PERMATA TETAP TERANG DAN BERKILAUAN CAHAYANYA TETAPI BERINGATLAH …KACA YANG TERBIAR DI DALAM LUMPUR ITU BERBAHAYA DAN BOLEH MELUKAKAN ORANG YANG TIDAK BERSALAH. BUANGKAN KACA TERSEBUT DI TEMPAT YANG SEWAJARNYA. KITA KITAR SEMULA DENGAN TEKNOLOGI DAN PEMERINTAHAN YANG MENGUTAMAKAN DAN MENGHORMATI MANDAT RAKYAT DAN BUKAN NYA PEMIMPIN NEGARA SEMASA YANG SENTIASA MENIDAKKAN HAK RAKYAT.
Dilulus terbit pada Tuesday, November 22 @ 07:14:55 MYT oleh LinuxProOLEH : SOFIWAHAB
Setelah Umno mendakwa beratus-ratus ahli dan penyokong PAS masuk Umno Sabtu lalu, Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat PKR, Dr Badrul Amin Baharon menceritakan bahawa Umno memperhebatkan taktik kotor mereka di Pengkalan Pasir. Kali ini beliau menceritakan bahawa Umno cuba 'merampas' Kad Pengenalan warga emas dengan menjanjikan hadiah lumayan kepada sesiapa yang menyerahkan kad pengenalan kepada Umno. Kad Pengenalan akan dipulangkan bersama hadiah lumayan itu kemudian.Taktik mereka ini dapat dicium oleh petugas PAS/BA di mana sebahagian dapat diambil kembali manakala sebahagian tidak berjaya kerana tuan empunya diri tidak mahu mengambilnya.
Satu lagi taktik 'tradisional' mereka ialah menyogok pengundi dengan wang. Difahamkan Umno memperuntukkan RM 1 juta bagi setiap UPU. Jadi dengan sendirinya jumlah minima yang mereka akan belanjakan dalam pilihanraya kecil sebanyak RM10 juta. Dr. Badrul Amin membuat kenyataan di atas semasa menyampaikan ceramah beliau pada program jamuan Aidil Fitri PKR Bahagian Bukit Katil bersama PAS Cawangan Solok Baroh, Bachang.
Dari mana mereka dapat wang ini? Mustahil Umno akan ada wang sebanyak ini 'kalau tidak ada udang di sebalik mee'
BN Guna Semua Instrumen & Jentera Kerajaan
Pasir Mas, 21 Nov - Pilihan Raya Kecil N.12 Pengkalan pasir dijangka menjadi pilihan raya kecil paling sengit dalam sejarah politik Kelantan dan Malaysia.BN menggunakan segala instrumen dan jentera kerajaan semaksimum mungkin bagi meruntuh kubu dan benteng PAS dalam proses menumbangkan PAS di Pengkalan Pasir dan seterusnya menawan negeri Kelantan.
Menurut sumber, semua bilik gerakan dan markaz utama PAS di Pengkalan Pasir diintip dan dipantau 24 jam oleh unit khas BN yang menggunakan agensi atau jentera Kerajaan.
Di samping itu, semua talian telefon, internet dan peralatan komunikasi lain yang digunakan oleh jentera PAS dipantau dan dirakam oleh pihak BN.
Maklumat juga diterima bahawa jentera PAS, program dan pergerakan para pimpinan dan petugas PAS diawasi secara 24 jam oleh Bahagian Cawangan Khas (SB) yang didatangkan dari seluruh negara ke DUN Pengkalan Pasir, bahagian risikan tentera dan agensi-agensi Kerajaan pusat yang lain
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 24.11.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.