DULU SUKAR KINI DAH MUDAH, LIHAT PERBANDINGAN
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir memberikan peluang kepada semua melihat sendiri bagaimana pihak UMNO dan BN dalam pengamalan cara berpolitik mereka. Bagi memperlihatkan secara adil berita yang diwar-warkan akhbar utama mereka dan berita pihak BA dalam hal yang sama diperlihatkan seperti berikut:

 
Cerita cerita UMNO
UMNO tidak akan melatah terhadap Pas lancar kempen provokasi
PASIR MAS 18 Nov. - UMNO sama sekali tidak akan melatah atau bertindak balas terhadap tindakan Pas yang kini mula melancarkan kempen bercorak provokasi serta menyerang peribadi dalam usaha parti itu meraih undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, 6 Disember ini.

Pemasangan kain rentang berunsur perkauman tidak adil kepada pengundi
PASIR MAS 18 Nov. - Tindakan Pas memasang kain rentang berunsur perkauman membuktikan parti itu semakin terdesak bagi menarik sokongan pengundi Cina dan Melayu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.

Penjelasan PAS
Anggap PAS provokasi: Umno benar-benar terdesak
Saturday, November 19 @ 13:23:10 MYT
PASIR MAS, 19 Nov (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Kelantan menganggap Umno dan Barisan Nasional (BN) benar-benar terdesak bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir apabila mendakwa PAS melakukan provokasi ketika berkempen.

Ustaz Nusuruddin Daud berkata, tidak ada unsur provokasi yang dilakukan dan mereka perlu membuktikan tanpa mengeluarkan kenyataan tidak berasas bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.

“Kalau sekadar hendak dirujuk kepada kain sepanduk yang dipasang oleh masyarakat Cina ia adalah perkara biasa bagi menggambarkan sokongan padu mereka kepada kerajaan negeri dan PAS,” katanya di sini.

Malah menurutnya, kaedah seumpama itu sudah lama digunakan Umno melalui media massa ketika menghadapi pilihan raya umum lalu.

Lagi pun beliau berkata, PAS mempunyai garis panduan bagi setiap penceramah ketika berkempen antaranya, hati yang ikhlas kerana Allah untuk memenangkan perjuangan Islam.

Dimulakan dengan pujian kepada Allah, Solawat dan petikan ayat al-Quran/ Hadis RasululLaah S.A.W, menggunakan dalil, fakta dan bukti yang betul, bahasa yang menarik, mengelakkan bahasa kasar dan kotor.

Selain itu, mengelakkan kata-kata yang menyentuh mana-mana peribadi, dan menggunakan kaedah 'Defensif - Ofensif' iaitu bertahan sambil menyerang.

Semalam Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberitahu Umno tidak sama sekali melatah atau bertindak balas terhadap tindakan PAS yang melancarkan kempen bercorak provokasi.

Sebelum ini jentera kempen PAS di kalangan masyarakat Cina memasang sepanduk di bandar Pasir Mas yang bertulis ‘Oghe Cina sokong PAS, lagu mano demo oghe Melayu?’

Cerita UMNO
Pengundi perlu tolak Pas suka burukkan lawan
PASIR MAS 18 Nov. - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir perlu menolak Pas berikutan sikapnya yang suka memburuk-burukkan parti lawan.
Penjelasan PAS
Najib ‘ugut’ cari bekas tentera dengan kereta kebal
Saturday, November 19 @ 21:30:58 MYT
PASIR MAS, 19 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ‘mengugut’ bekas-bekas anggota tentera yang tidak menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir akan ‘dicari’ dengan kereta kebal.

Najib yang juga Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap pada program sumbangan sara hidup dan hari raya bekas-bekas anggota tentera di Sekolah Kebangsaan Mekasar petang semalam. Program berkenaan dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Bahagian Kelantan.

Seorang bekas tentera yang mahu dikenali sebagai Yusof berkata, ucapan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh seorang pemimpin utama negara dalam suasana menghadapi pilihan raya sekarang. “Perkataan itu jelas menggambarkan egonya seorang pemimpin negara apabila berdepan dengan bekas tentera yang tidak berminat dengan Umno,” ujarnya di sini.

Program tersebut dianjurkan semata-mata sebagai medan kempen Umno dan Barisan Nasional. Bagaimanapun malangnya ia dihadiri tidak sampai 500 orang dan sebahagian mereka adalah anak-anak dan isteri bekas tentera.

Jumlah tersebut termasuk bekas tentera yang berasal dari Kota Bharu dan Tumpat. Sebelum itu ketibaan Najib disambut dengan paluan gendang silat dan perarakan bendera dacing.

Selain bekas tentera, sebahagian besar yang hadir adalah pemimpin Umno dari bahagian lain, jentera kempen Umno dan ketua-ketua jabatan persekutuan. - mJ

TERKINI DI PENGKALAN PASIR
300 penyokong Umno di Pengkalan Pasir sertai PKR
Saturday, November 19 @ 21:40:43 MYT

PASIR MAS, 19 Nov (Hrkh) – Kira-kira 300 penyokong Umno di beberapa cawangan di sekitar Unit Peti Undi Kasa berpaling tadah apabila mereka meninggalkan perjuangan lama untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu.

Kumpulan penyokong Umno itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kubang Gatal, Mohd Rozi Husin. Pengiytiharan menyertai PKR secara beramai-ramai akan dilakukan tidak lama lagi yang dijangka turut dihadiri Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor.

Setiausaha PKR Bahagian Pasir Mas, Haji Mohd Kamaruddin Zakaria berkata, sebahagian mereka sudah mengisi borang menyertai PKR baru-baru ini.

“Dengan penyertaan beramai-ramai itu memberi pukulan hebat kepada Umno kerana di Kubang Gatal sebelum ini dikenali kubu Umno sejak zaman berzaman. Malah PAS sukar untuk bertapak disebabkan sebahagian besar penduduk sudah sebati dengan Umno.

‘Penabalan raja’ di Ketereh: Jawatankuasa Terpilih siasat
Pengerusi jawatankuasa itu, Dato’ Wan Abdul Rahim Abdullah yang juga Speaker DUN berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dan akan membuat cadangan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam sidang DUN awal tahun depan ini.

Jawatankuasa yang dipengerusikannya itu turut dianggotai oleh enam ahli DUN Kelantan yang lain.

Mereka adalah anggota Exco Takiyudin Hassan, Zulkifli Mamat dan Hassan Mahmud dan tiga Adun iaitu Dato’ Omar Mohamad (Perupok), Zakaria Yaakob (Kemuning) dan Ahmad Shukri Abd Rahman (Kadok).

Pada 28 April 1993, Pengerusi Umno Kelantan sekarang, Dato’ Annuar Musa bersama pemimpin Umno yang lain telah menganjurkan majlis penabalan Tengku Ibrahim Petra dan dianugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra kepadanya. (lihat gambar)

Pada majlis itu, Tengku Ibrahim telah dianugerahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata dari rakyat Kelantan dan laungan “Hidup Tengku Ibrahim, Daulat Tuanku” bergema.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, ketika menggulung perbahasan, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz menyokong cadangan agar peristiwa ‘tabal raja’ itu disiasat.

Beliau berkata, peristiwa tabal raja di hadapan orang ramai itu tidak sewajarnya berlaku.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 20.11.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.