PAHLAWAN ATAU PENGECUT?
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Gaya tempikannya macam pahlawan, bila nak memulakan langkah ke medan juang kecut pula kata katanya. Inikah contohnya PAHLAWAN, kata mudah dituturkan pengkhianat dan sebagainya sedangkan diri sendiri adalah amat pengecut dengan kata berdaleh bak kata orang tua ,”Lembut gigi dari Lidah” Beginilah perilaku yang telah dan terus dipamerkan oleh mereka. Di mana kita temui Pahlawan sejati…….. sudah pastinya bukan Ketua Pemuda yang satu ini.

Berikut adalah petikan yang membuatkan Pahlawan parang tumpul ini memekik-mekik tak ketahuan halanya……..

Hak MAS buat pelantikan
Oleh HERMAN HAMID

SEPANG 27 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, soal siapa akan dilantik menjadi peneraju Penerbangan Malaysia (MAS) sama ada orang tempatan atau luar, adalah terletak di tangan Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu.

Kata beliau, mereka berhak mendapatkan siapa paling layak dan kemudian nama dicadangkan itu hendaklah dipersetujui kerajaan kerana Khazanah Nasional Bhd. adalah pemegang saham terbesar bagi MAS.

“Dalam hal ini siapa yang akan dipilih sama ada warga tempatan atau asing bukanlah satu persoalan kerana tidak ada peraturan menetapkan perkara tersebut.

“Apa pun saya percaya MAS mempunyai pengalaman yang cukup banyak serta arif untuk menentukan orang terbaik bagi menerajui syarikat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan pelepasan Kejohanan Lumba Kereta `Merdeka Endurance Millenium' di Litar F1 Sepang di sini hari ini.

Kong Choy diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa MAS dijangka melantik seorang warga asing menerajui operasinya dalam usaha syarikat itu meningkatkan pencapaian dan daya saing.

Ini berikutan persaraan awal bekas Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Fuaad Dahlan awal minggu lalu.

Antara calon berpotensi dilantik ke jawatan itu ialah Ketua Eksekutif British Airways, Rod Eddington; Pengurus Besar Eksekutif Qantas, John Borghetti dan Ketua Pengarah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik, Andrew Herdman.

Kong Choy menegaskan apa yang lebih penting dalam hal ini ialah orang yang dipilih merupakan orang yang benar-benar layak menduduki jawatan berkenaan.

“Selebihnya saya tak nak komen kerana ini masih lagi satu spekulasi,'' ujarnya.

Katanya tak mau dijajah tetapi perlakuannya sentiasa mengikut penjajah, amalannya ikut penjajah, pakaiannya ikut penjajah, makan dan minumnya ikut penjajah, Adabnya ikut penjajah, perangainya ikut penjajah, zalimnya lebih zalim dari penjajah. Ikutilah petikan kenyataan nya:
Pemuda tidak mahu MAS `dijajah'
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO membidas tindakan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang dikatakan mahu melantik warga asing sebagai pengarah urusan barunya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap pelantikan warga asing untuk menerajui sesebuah syarikat milik negara boleh disamakan seperti merestui penjajahan semula tetapi dalam bentuk yang baru.

"Ini adalah pendirian Pemuda UMNO sebelum MAS mengumumkan sebarang pelantikan dan kita mahu tahu apa alasan mereka berbuat demikian.

"Jangan tengok pada sudut komersial sahaja tetapi kena tengok agenda yang lebih besar iaitu agenda Melayu.

"Pemuda UMNO tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku dan apa MAS nak buktikan dengan pelantikan orang luar ke jawatan itu,'' katanya.

MAS mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM274.83 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun 2005, berbanding keuntungan sebelum cukai RM22.504 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelumnya.

Hishammuddin berharap pengurusan MAS dapat memberikan sebab yang munasabah kenapa jawatan Pengarah Urusan itu tidak dapat diisi oleh rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu khasnya.

"MAS kena beri sebab mengapa orang Melayu atau rakyat Malaysia tidak layak. Penjajahan sekarang bukan melalui senjata sahaja tetapi kita kena sedar ada penjajahan melalui pemikiran, budaya dan ekonomi,'' katanya.

Beliau berkata, apa yang diperjuangkan pergerakan itu selari dengan dengan pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahu syarikat milik kerajaan (GLC) memahami dan membantu orang Melayu selaras dengan aspirasi Pemuda seperti yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu.

"MAS mewakili Malaysia. Ia kena beri gambaran untuk kekuatan sebagai satu bangsa yang berhemah. Kita (ahli politik) juga yang mempertahankan MAS dan kita juga yang cari laluan baru untuk MAS dan buat hubungan dua hala,'' katanya.

Ketika ditanya jika Pemuda Umno bersetuju atau akan membantah cadangan Khazanah Nasional untuk melantik antara empat tokoh penerbangan antarabangsa berbangsa Inggeris sebagai peneraju MAS, Hishammuddin berkata: ``Kita rasional. Kita akan lihat kenyataan rasmi dahulu. Yang penting, mereka kena perjelaskan.''

Akhirnya lihatkan kepada petikan berikut, kalaulah diri kita orang Melayu tentulah kita katakana bawalah nasi lemak kerana roti canai bukannya makanan orang Melayu yang dibanggakan umno. Identiti Negara bukannya roti canai, kalau nak tahu Tanyalah kepada orang yang terhunus kerisnya di tangan itu……
Roti canai tetap dibawa ke angkasa
KUANTAN 27 Ogos - Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai ketika berada di angkasa yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, akan diteruskan seperti dicadangkan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, angkasawan tempatan yang pertama kali ke angkasa perlu membawa identiti negara.

Beliau berkata, baru-baru ini, seorang angkasawan Jepun telah mengikuti satu misi ke angkasa dengan membawa makanan kegemaran negara itu sejenis mi sup, ramen.

"Ketika dia kembali minggu lepas, antara soalan yang ditanya Perdana Menteri negara itu ialah apakah rasa ramen di angkasa, justeru kita juga boleh bertanya apakah identiti kita apabila di angkasa lepas nanti,'' katanya di sini hari ini.

Akhirnya cermin-cermin diri sebelum menasihatkan atau memperjuangkan sesuatu perkara kerana rakyat sudah faham apa itu kelentong, temberang dan penipuan pemerintah.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 29.08.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.