CAKAP CAKAP HISHAMUDDIN
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Orang kampung Pak Ngah kata dengar boleh tapi percaya tak payah.  Kalau terkena batang hidung sendiri lalu dipersoalkan mana bukti konkrit dan fakta jelas tetapi bila lidah mengucapkan kepada orang lain tak perlu pula bukti konkrit dan fakta jelas.  Beginilah keadaan sebenarnya yang bergelar Menteri.  Kalau digelak rakyat tetapi tutur katanya amat melucukan dan tanpa ada kebenaran langsung.

Semuanya laungan slogan kosong, omongan kosong.  Mungkin kalau di perhimpunan pemuda umno menerima akan bertempik sorak namun di kalangan rakyat tersenyum sinis dan gelak terbahak-bahak.  Ikutinya petikan kenyataan cacamerba beliau:

Pas tertekan jemput Mawi ke Kelantan
KUALA KRAI 21 Ogos - Parti Pas disifatkan semakin tertekan apabila sanggup menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi untuk mengadakan persembahan di Kelantan.

Selain Mawi, Pas juga dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan artis terkenal tanah air, Siti Nurhaliza.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan Pas itu adalah bukti jelas bahawa parti pembangkang tersebut hipokrit dan tidak konsisten dalam perjuangan mereka.

"Pas tidak konsisten. Saya harap, orang ramai boleh menilai bahawa perjuangan mereka boleh berubah-ubah. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan,'' katanya di sini hari ini.

Hishammuddin selar NUTP -- Dakwaan guru stres tidak bersandarkan bukti konkrit dan fakta jelas
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan YULPISMAN ASLI

DUNGUN 21 Ogos - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kerana membangkitkan isu guru stres semata-mata untuk menjadi popular.

Isu tersebut, tegas beliau, tidak disandarkan dengan bukti konkrit dan fakta yang jelas.

Sehubungan itu, beliau mahu NUTP lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

NUTP, katanya, tidak seharusnya membuat kenyataan semata-mata untuk popular atau `panas' setakat sehari dua sebaliknya ia mesti bertujuan meningkatkan profesion perguruan...

Nah,  apa nak jadi dengan kepimpinan  dewasa ini?  Tun dulunya yang sentiasa melindungi dan membanyangi Rasuah sudah juga tidak mampu melihatnya apabila keluar dari barisan kabinet.  Beliau kini lebih bimbang dari rakyat yang lain pula nampaknya tetapi Hishamuddin dan yang lainnya tak akan nampak selagi mereka terus bergelumang dengan rasuah, penipuan, salahguna kuasa dan berbagai lagi.  Ikuti petikan kenyataan Tun.
Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu
Oleh Abdul Razak Din
TRONOH 21 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian rasuah dan salah guna kuasa yang menular di kalangan golongan berilmu dan berkedudukan tinggi dalam kerajaan dan swasta.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, masalah berlaku kerana golongan berilmu tidak memiliki nilai hidup yang mulia sehingga mendorong mereka melakukan perbuatan yang tidak beretika.

"Kita fikir sudah cukup ilmu yang diberi semasa di universiti tetapi jenayah berlaku dalam masyarakat dan dilakukan oleh mereka yang berpelajaran (yang berada) di tempat tinggi dalam kerajaan dan swasta.


Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 26.08.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.