UMPAMA TIKUS MEMBAIKI LABU
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Pepatah orang dulu-dulu mengatakan berani kerana benar memang tepat dan terus bersesuaian sepanjang zaman. Bagi membuktikan kebenaran tersebut diperlihatkan contoh yang amat jelas dan bezakan dengan kalangan yang masih menyembunyikan berbagai hal dengan berbagai daleh dan sumpah.

Mula-mula kita kenyataan bekas PM, iaitu Tun Dr M, beraninya kerana benarlah maka sanggup mengeluarkan kenyataan serta gambarnya seperti berikut:

`Kenyataan Rafidah tidak benar' -- Kerap berubah beri penjelasan soal AP tanpa asas kukuh - Mahathir
Oleh FAUZI JAAFAR

TUN DR. MAHATHIR Mohamad pada sidang akhbar khas bagi menjawab isu Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan isu permit import (AP) kereta yang diadakan di Tingkat 41, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, semalam.
 
KUALA LUMPUR 26 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, telah membuat kenyataan tidak benar berhubung isu permit import (AP).

Sebagai contoh, katanya, Rafidah mengeluarkan kenyataan yang sentiasa berubah-ubah mengenai jumlah serta peratusan AP tanpa sebarang asas yang kukuh sehingga ia kelihatan seolah-olah satu misteri.

Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton Holdings Bhd. itu melahirkan rasa `tidak gembira' dengan penjelasan kelulusan AP dan perangkaan-perangkaan yang diberikan oleh menteri berkenaan pada Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu.

"Saya tak gembira dengan masalah AP, malah lebih banyak kereta import asing di bawa masuk dengan mudah. Ada kalanya jumlahnya sampai 14,000 unit, 15,000 unit dan 45,000 unit.

"Mereka keluarkan AP sehingga 10 peratus kepada apa? Pada satu masa dia kata (jumlah AP sampai) 10 peratus daripada kereta yang dibina dalam Malaysia, pada satu masa 10 peratus pasaran kereta.

"Pasaran kereta adalah besar daripada jumlah kereta. Jadi 10 peratus untuk apa? Ia kekal misteri,'' katanya.

Begitu juga dengan Tuan Guru Haji Awang atau Ustaz Abdul Wahab Hassan lengkap dengan gambarnya sekali. Apa yang dibimbangkan mereka berani berkata kerana benar. Diperlihatkan petikan berikut pula;
Tuan Guru Haji Awang atau namanya Ustaz Abdul Wahab Hassan mempersoalkan sejauh mana pengetahuan Pirdaus Jaafar mengenai seorang mujadid sehinggakan beliau boleh menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai mujadid.

"Itu mujadid Islam Hadhari, isteri sendiri tak menutup aurat, bagaimana Pak Lah nak memandu orang Islam yang lain kalau isteri sendiri pun dia tak mampu tegur untuk taat kepada perintah Allah."

"Saya bukan mahu menjatuhkan maruah Pak Lah, tetapi tindakan Pirdaus itu terlalu tidak kena, jangan beri gambaran mengenai Islam kepada individu yang tidak taat perintah Allah seperti itu," tegas Ustaz Awang lagi.

Katanya lagi, bukan setakat isteri, malah Pak Lah turut gagal sebagai ketua kerajaan untuk berdakwah kepada menteri-menteri wanita yang mengaku Islam untuk menutup aurat, ia amat jauh berbeza dengan tugas sebagai mujaddid.

"Saya cabar Pirdaus, adakah dia berani gelar Tun Mahathir itu juga sebagai seorang mujadid, gelar lah kalau Pirdaus berani, Mahathir dan Pak Lah tiada bezanya, kedua-duanya menolak hukum Allah dan menghina tuntutan Al-Quran.

"Itu bukan kerja mujaddid, kerja mereka berdua ini lalaikan masyarakat dari pegangan Islam, campur adukkan muda-mudi dengan bebas, ini kerja Islam Hadhari dan bukannya tugas seorang mujaddid," sambung Ustaz Awang.

"Kalau dah teringin sangat nak jadi calon Umno, buatlah kerja yang menyeronokkan ketua kamu, jangan buat kerja yang menghina status sebenar seorang mujaddid, Pak Lah bukan mujaddid, jangan kelirukan pandangan orang ramai tentang mujaddid," ujar beliau lagi.

Tetapi kenapakah ada kalangan yang mahu berselindung lagi atau melindungkan situasi yang sebenar, sila perhatikan petikan berikut
Headlines
Dato' Seri Rafidah kept mum over Tun Dr. Mahathir allegation over AP issue
 
South Africa - International Trade and Industry Minister Dato’ Seri Rafidah Aziz has kept mum over Tun Dr. Mahathir Mohamad's allegation that she had misled the UMNO General Assembly over the approved permit (AP) issue.

When asked to comment on the matter, Dato’ Seri Rafidah who's in South Africa, said "god is my witness".

When pressed further, she said, ask Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, as she alighted her car.

Since yesterday, Dato’ Seri Rafidah who is accompanying Dato’ Seri Abdullah on a three day official visit to South Africa, has been evading the Malaysian media, who had been hounding her on the issue.

She had yesterday declined comment and all she said to reporters was: "I am in South Africa. I’m not going to say anything on the AP issue."

Dato’ Seri Rafidah, in her winding-up speech as UMNO Wanita Head at the party's 56th General Assembly last Saturday, tried to explain at length the issuance of the APs but, was heckled by delegates who clearly were not satisfied with her explanation.

Pemuda BN Capai Persetujuan Pelaksanaan Semula Semangat DEB
Posted on Wednesday, July 27 @ 22:18:47 MYT. Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur –- Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara bersetuju terhadap lapan resolusi berhubung pelaksanaan semula semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi Agenda Nasional Baru (ANB) seperti yang dibangkitkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dalam perhimpunan Agung minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata kata sepakat itu membuktikan penerimaan secara jelas oleh rakan-rakan Pemuda parti komponen untuk sama-sama menjayakan agenda terbabit.

DEB : Pemuda Kesal, Sifatkan Kenyataan Jui Meng Tidak Matang
Posted on Tuesday, July 26 @ 18:15:06 MYT Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur –- Pemuda UMNO hari ini kesal dengan kenyataan pemimpin kanan MCA, Datuk Chua Jui Meng yang beranggapan syor pergerakan itu untuk menghidupkan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai langkah ke belakang.
Selain menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak matang, Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata apa yang dibangkitkan dalam perhimpunan baru-baru ini merupakan satu langkah supaya orang-orang Melayu mempunyai azam baru untuk mencapai kenjayaan menerusi semangat DEB dengan tidak menafikan hak kaum-kaum lain di negara ini.

Segenap Pemimpin Pemuda Bidas Kenyataan Jui Meng Dan Keng Yaik
Posted on Tuesday, July 26 @ 17:19:17 MYT Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur -- Segenap pemimpin Pemuda UMNO hari ini menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan pemimpin parti Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik dan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang cuba mempertikaikan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Perhimpunan Agung Pergerakan itu baru-baru ini.

Rata-rata mereka menggesa kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak membuat kenyataan melulu dan hanya bersandarkan laporan media yang dikhuatiri mempunyai agenda yang tersembunyi.

Kita telah membaca, mendengar dan melihat sendiri segala telatah apa yang sedang berlaku, Apakah ianya akan menjadi seperti “ MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI DAN JUGA SEPERTI MENCURAH AIR DI DAUN KELADI”

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 28.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN