![]()
PARTI PAK PANDIR MODEN
ANG MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Dulu, kini dan selamanya mereka terus mewar warkan agenda melayu dan kali ini pun serupa juga.
Berikut adalah petikan di antara perjuangan agenda melayu yang mereka bincangkan. Mula-mula kita lihat apa kata Presiden mereka:Perjuangan baruLihatlah apa yang mereka utarakan:
Oleh ZAINI HASSAN
KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meniup wadah perjuangan baru ke dalam jiwa orang Melayu dengan mengajak mereka memperkayakan budaya bangsa berteraskan modal insan sebagai penentu survival kaum itu 14 tahun dari sekarang.Menjelang ketibaan tahun 2020 dalam tempoh tersebut, beliau bertanya, apa ertinya kepada bangsa itu, jika negaranya maju, sedangkan orang Melayu hidup merempat.
"Kita harus memastikan, bukan sahaja Melayu tidak hilang di dunia, tetapi Melayu juga tidak ketinggalan.
Agih AP secara adilApabila sebut saja Islam Hadhari, ingat tak petikan Pak Ngah terdahulu yang menyatakan Islam adalah sempurna dan tak perlu tokok tambah atau ubah suai lagi tetapi lihatlah ucapan berikut:
KUALA LUMPUR 21 Julai - Isu permit import (AP) kereta terus menghangatkan suasana Perhimpunan Agung UMNO apabila ia menjadi tumpuan pencadang dan pembahas yang mempertikai pemberian berlebihan kepada individu tertentu.Wakil Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mohd. Said Yusof berkata, kerajaan perlu teliti mengeluarkan AP supaya ia dapat diagihkan secara adil dan tidak menimbulkan kontroversi.
Malah secara sinis beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan satu jawatan menteri senior untuk memantaunya kerana pemberian AP yang dimonopoli individu tertentu itu tidak menyumbang kepada UMNO.
"Adakah UMNO yang dapat AP ini? Yang kaya dapat AP itu, dia bantu UMNO ke? Lebih baik beri kepada bahagian-bahagian UMNO sajalah,'' katanya ketika berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
"Kalau satu bahagian dapat 40 AP, ada 191 bahagian semuanya, tidak habis pun 8,000 AP, kalau satu bahagian dapat 40 AP, jadi tidaklah UMNO susah cari duit untuk buat program,'' katanya.
Putar Belit Islam Hadhari : Pemimpin Pas Ketinggalan PemikiranKalau kita meneliti semua perbahasan yang mereka telah luahkan, adakah semua lapisan rakyat melihat apa apa kejayaan agenda melayu yang mereka telah perjuangkan? Atau melihat perbahasan yang mendedahkan kegagalan semata-mata. Jangan terus dikhayalkan dengan retorik dan sorakan bersemangat Mat Jenin dan omongan kosong Pak Pandir yang menang SORAK tetapi kampung tergadai. Akhirnya, sesuaikah kita jenamakan mereka Parti Pak Pandir Moden?
Posted on Thursday, July 21 @ 19:29:16 MYT Oleh S.A NajmuddinKuala Lumpur –- Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru tetapi merupakan satu kaedah untuk menjana kegemilangan serta memartabatkan Islam dan bukannya mengubah isi kandungan yang terdapat dalam ajaran terbabit.
Perkara ini ditekankan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Pirdaus Ismail ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di sini, petang tadi.
Beliau yang mewakili Pemuda menegaskan pengurusan ajaran Islam secara komprehensif dan sistematik akan membawa satu kegemilangan bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada Islam itu sendiri.
"Islam ada di mana-mana dan ajarannya turut dianuti oleh umat Islam lain di seluruh dunia. Mereka juga turut bersembahyang, berpuasa, menghadap Qiblat yang sama. Namun kenapa mereka tidak maju dan ada juga yang hidup dengan penuh porak-poranda.
"Sebaliknya kita di Malaysia dapat hidup dengan penuh kedamaian dan menikmati pembangunan yang cemerlang. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana kita mempunyai pengurusan yang baik yang diperintah Allah", katanya.
Justeru beliau meminta pemimpin pembangkang terutama Pas agar dapat membuat perbezaan antara ajaran dan pendekatan serta melihat pada isi dan bukan pada kulitnya apabila bercakap tentang Islam Hadhari.
"Saya menganggap tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan pemimpin pembangkang seperti ajaran sesat dan pelbagai tuduhan lain memperlihatkan mereka sebenarnya bimbang dan ketinggalan pemikiran.
"Mereka perlu membezakan mana satu ajaran mana satu pengurusan. Islam Hadhari adalah pendekatan untuk menguruskan umat Islam untuk menjadi umat yang terbaik", ujarnya
Perhimpunan Agung UMNO 2005: Elak budaya orang tengah
KUALA LUMPUR: Orang Melayu tidak akan berjaya walaupun negara mencapai status negara maju menjelang 2020, jika masih dibelenggu budaya orang tengah, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden Umno berkata, budaya orang tengah adalah amalan yang membawa kepada kebocoran matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
“Kalau kebocoran berterusan, kita tak mungkin capai matlamat DEB. Orang Melayu tak mungkin jadi orang yang maju walaupun negara mencapai status negara maju, kerana kita tak tahu menguruskan kekayaan kita.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 23.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN