![]()
SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA?
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Orang yang terlalu mudah menuturkan derhaka kepada orang itu, bagaimanakah kehidupan hariannya. Apakah ianya seorang yang alim, kusyuk amal ibadatnya, rendah diri orangnya, warak perwatakannya dan terbukti keilmuannya atau manusia yang mementingkan dirinya sendiri atau menawarkan dirinya bagi sesuatu jawatan yang mana perbuatan tersebut amat ditegah oleh Rasulallah S.A.W. atau seorang yang celupar mulutnya.Bagi memudahkan kita melihat siapa yang sebenarnya penderhaka, teliti petikan berikut:
Kontraktor alibaba tender penderhakaPersoalan yang timbul adalah berhubung dengan jawapan kepada persoalan ini:
KUALA LUMPUR 16 Julai - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak terkejut dengan fenomena `kebocoran' tender-tender bumiputera kepada bukan bumiputera di kementeriannya.Ini kerana katanya, Kementerian Pelajaran menerima peruntukan besar untuk pelaksanaan pelbagai projek setiap tahun yang pastinya terdedah kepada penyelewengan oleh pihak yang mendapat kontrak.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kontraktor bumiputera yang `mengalibabakan' tender-tender kementeriannya sebagai penderhaka kerana menjadikan projek-projek pembangunan infrastruktur pendidikan sebagai jalan pintas untuk mengumpul kekayaan peribadi.
"Bagi saya ini memalukan dan dilihat sebagai satu penderhakaan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad mengenai fenomena `kebocoran' tender-tender bumiputera kepada bukan bumiputera.
Keputusan tidak popular bawa faedah besar
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), DatukNordin berkata, ekoran daripada keputusan itu juga telah membawa kepada dasar perkongsian kuasa antara kaum Melayu dan kaum minoriti lain di negara ini termasuk Cina dan India.Menurutnya, ini terbukti pada Pilihan Raya Umum 1955 apabila UMNO menyerahkan sejumlah 15 kerusi kepada MCA dan dua kerusi kepada MIC walaupun kedua-dua parti itu hanya layak mendapat dua kerusi.
"Bagaimanapun, hasil daripada tolak ansur UMNO ini membolehkan peruntukan sebanyak RM16 bilion diberikan kepada Mara dan RM1 bilion kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi setiap tiga tahun tanpa mendapat bantahan atau dipersoalkan oleh kaum lain,'' katanya.
1. Siapakah yang mendapat kontrak kontrak tersebut? Tentunya di kalangan mereka dan kroni mereka.Penjelasan yang dibuat oleh Dr Nordin sungguh mengejutkan. Rupa rupanya sejak dulu lagi UMNO telah mengamalkan politik wang dengan menukarkannya dengan kerusi dalam pilihan raya? Kalau tak percaya juga diperturunkan sekali lagi seperti berikut:
2. Mengapa tuduhan tersebut diberikan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Kontraktor Bumiputera UMNO sahaja?
3. Dah tak terkejut tentunya sedar tetapi apa yang telah dilakukannya.1. UMNO menyerahkan sejumlah 15 kerusi kepada MCA dan dua kerusi kepada MIC walaupun kedua-dua parti itu hanya layak mendapat dua kerusiJadinya siapakah yang sebenarnya Penderhaka kepada Orang Melayu selama ini. Benarlah kebenaran itu pastinya akan timbul sedikit demi sedikit. Sekali pun rakyat tanpa jemu mengharapkan keadilan yang tidak kunjung tiba tetapi Allah memperlihatkan kebenaran sedikit demi sedikit bagi orang yang bersabar.
2. Hasil daripada tolak ansur UMNO ini membolehkan peruntukan sebanyak RM16 bilion diberikan kepada Mara dan RM1 bilion kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi setiap tiga tahun tanpa mendapat bantahan atau dipersoalkan oleh kaum lain.Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 18.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN