![]()
SUDAH GAHARU CENDANA PULA,
SUDAH PUN TAHU BUAT BUAT BERTANYA PULA (I)
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Inilah yang selalu dilakukan menjelang perhimpunan agung mereka, penuh retorik dan berslogan sahaja. Natijah sejak mereka berkuasa mereka terus gagal dan mengkhianati amanah orang Melayu keseluruhannya.Apa yang selalu yang dilaungkan sama sahaja sejak dahulu tetapi semua persoalan ini tidak pernah terjawab?
1. Apa yang telah mereka lakukan?
2. Mengapakah tidak ada sebarang kemajuan sebaliknya kian terhakis harta benda orang Melayu?
3. Keistimewaan orang Melayu juga kian sorot.
4. Ekonomi orang Melayu tetap disitu.
5. Barangan hasilan orang Melayu terus terpinggir.
6. Bahasa dan budaya Melayu hanyut.
7. Pegangan agama orang Melayu kian hancur.
8. Yang dihina dan dikeji orang Melayu.
9. Yang disanjung Bahasa Inggeris.Dan berbagai lagi kalau nak disebutkan satu persatu keringlah dakwat jadinya.
Kita perlihatkan omongan kosong penyedap hati orang Melayu oleh kelompok yang membuat akuan sendiri mewakili orang Melayu sejak zaman berzaman:
Mustapa diarah periksa -- PM bimbang dengan gejala `kebocoran' tender bumiputeraSetelah meneliti semua kata-kata mereka itu, masih boleh percayakah lagi kepimpinan kelompok ini?
Oleh: MARHAINI KAMARUDDINPUTRAJAYA 15 Julai - "Saya mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku,'' tegas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bimbang dengan gejala `kebocoran' tender-tender bumiputera di beberapa kementerian utama.
Sehubungan itu beliau mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed melakukan pemeriksaan dan menyediakan laporan mengenainya.
Utusan Malaysia yang melaporkan secara eksklusif fenomena `kebocoran' tender itu hari ini, difahamkan ia melibatkan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan.
Projek-projek yang paling banyak diali baba membabitkan pembinaan makmal komputer, bangunan sekolah, hospital, kuarters kakitangan polis, kuarters Jabatan Pengangkutan Jalan, kompleks penjara, jambatan dan jalan raya.
Perdana Menteri mengakui buat masa ini sudah kedengaran cakap-cakap bahawa `kebocoran' itu berada pada tahap yang sangat serius.
"Sebab itu saya mahu Mustapa melakukankan pemeriksaan untuk saya,'' katanya.
Abdullah dalam pada itu membidas kontraktor bumiputera yang mempersia-siakan peluang yang diberikan kerajaan kepada mereka untuk berjaya dengan `mengalibabakan' tender-tender yang diperoleh kepada bukan bumiputera.
"Saya mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Banyak peluang diberikan kepada bumiputera, tetapi berlaku `kebocoran' dari segi lesen dan peluang (tender) yang diterima mereka apabila ia diserahkan pula kepada orang lain.
Isu Ekonomi Dan Pendidikan Terus Menjadi Usul Utama Perhimpunan Agung UMNO 2005
Oleh Suhana Mohd AhirKUALA LUMPUR: Sebagaimana biasa, isu ekonomi dan pendidikan terus menjadi usul utama perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2005 yang bermula pada 19-23 Julai depan.
Setiausaha Agung UMNO, datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, usul ekonomi akan dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala Pergerakan Puteri UMNO mengutarakan isu pendidikan.
Menurutnya, daripada kedua-dua usul itu perbahasan akan terus berkisar kepada isu-isu yang ada kaitan dengan ekonomi serta pendidikan sebagai satu kaedah mendapatkan resolusi rasmi diakhir Perhimpunan kelak.
UMNO Terus Berusaha Basmi Kemiskinan Tegar Melalui Program Pembangunan Ekonomi Domestik Dan Ia Mendapat Pujian Bank Dunia Dan IMF
Oleh Fadzil Abd RashidKUALA LUMPUR: Perancangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghapuskan kemiskinan tegar mendapat sokongan penuh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyifatkannya sebagai antara paling konsisten di dunia.
Organisasi antarabangsa itu juga memuji dasar-dasar pembangunan ekonomi yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga menjadikan Malaysia antara negara Asia paling berdaya maju mengikut rangkin dikeluarkan oleh Bank Dunia ketika ini.
Umno Tunggak Politik Dan Pentadbiran
Di peringkat Negara, UMNO dengan kerjasama MCA dan MIC di dalam Perikatan telah berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Negara amat penting sebagai asas kepada kedaulatan dan kewujudan Malaysia pada tahun 1963. Kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu telah menamatkan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang telah berlangsung sejak tahun 1874. UMNO dan Perikatan dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan British telah dapat membebaskan Negara ini ke suatu era baru walaupun dari segi semangat dan kawalan British masih tetap mencengkam. Apa yang membanggakan, kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu ialah kemerdekaan yang tidak menitiskan setitik darah pun kerana ianya diperolehi melauli rundingan pemimpin-pemimpin UMNO dan Perikatan dengan pihak British.Soalan : Mengapa UMNO tidak mahu halalkan politik wang?
HISHAMMUDDIN: Bagi saya daripada jadi pemimpin AS seperti George W Bush, lebih baik jangan jadi pemimpin, kalau sistem politik kita mengizinkan pelakon Hollywood dan orang seperti George Bush dibenarkan menjadi Presiden AS. Bagi saya lebih baik saya jadi peguam daripada menjadi presiden yang diketawakan dan menjadi bahan ketawa dunia.
Kalau kita halalkan politik wang itu, akhirnya akan melihat keadaan sama seperti di AS kerana hanya yang kaya dan berpengaruh yang ada talian diberi tempat, akhirnya mereka menjadi boneka.
Soalan : Mengikut Musa, dalam UMNO kemungkinan akan wujud dua kelompok iaitu golongan yang akan cuba menjatuhkan Presiden UMNO kerana membanteras politik wang dan satu golongan akan mempertahankan Presiden UMNO, di mana kedudukan Pemuda?
HISHAMMUDDIN: Bagi saya apa yang dilakukan oleh Presiden UMNO, Pemuda UMNO akan beri sokongan tidak berbelah bagi. Banyak perkara Presiden UMNO dan Pemuda UMNO berkongsi nilai perjuangan.
Ini juga merupakan agenda semua pemimpin dan seperti apa yang dinasihatkan oleh Presiden UMNO bahawa kita berada di sini bukan kerana hendak popular. Apa yang hendak kita buat ini kalau orang tidak boleh nilai sekarang, sejarah akan menilai kita sebagai pemimpin yang berani dan berprinsip.
Soalan : Agenda Melayu dibangkitkan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, dan baru-baru ini seorang pemimpin UMNO menegur bahawa orang Melayu hanya berseminar dan berkonvensyen sahaja dan tidak ada tindakan?
HISHAMMUDDIN: Saya harap ia akan disebut setiap kali kita berhimpun kerana kelangsungan hidup orang Melayu akan sentiasa diuji dalam dunia yang sentiasa berubah.
Sebab itu ia harus disebut setiap hari supaya orang Melayu tidak berada di keadaan zon selesa, sehinggakan mereka merasakan diri mereka ini hebat sangat.
Kita tidak mahu apabila negara diisytiharkan negara maju pada tahun 2020 tetapi orang Melayu mengemis, merintih dan meminta-minta di negara sendiri.
Sebab itu saya rasa ia tidak menjadi satu perkara ganjil atau merupakan perkara yang harus disekat dalam membincangkan kedudukan orang Melayu dan agenda Melayu tiap kali berjumpa. Pada masa yang sama konvensyen dan seminar banyak bantu kita buat perancangan tetapi yang paling penting ialah pelaksanaan.
Institusi Melayu perlu bina mekanisme dan instrumen yang boleh membantu orang Melayu.
Soalan : Seorang pemimpin UMNO berkata, UMNO akan terus relevan selagi ia mendukung agenda Melayu, tetapi berapa kuat Pemuda UMNO mendukung agenda tersebut?
HISHAMMUDDIN: Sama ada kuat atau tidak, kita kena percaya inilah satu-satunya wadah untuk menyelamatkan dan membela orang Melayu, siapa lagi nak diharapkan, Parti Keadilan atau Pas?
Kalau orang Melayu tidak boleh bernaung di bawah UMNO, hendak bernaung di mana? Oleh itu suka atau tidak suka, berat atau tidak berat, UMNO serta pemimpinnya perlu mendukung amanah berat ini.
Soalan : Mengapa UMNO ini kita lihat mengalah dalam memperjuangkan agenda Melayu, dalam perhimpunan bergema tetapi bila keluar dari perhimpunan ia kembali normal, pudar dan kendur?
HISHAMMUDDIN: Mana ada UMNO mengalah, bagi saya tidak mungkin negara berada dalam keadaan sekarang jika tidak kerana perjuangan UMNO, 10,000 buah sekolah kebangsaan adalah perjuangan UMNO, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan universiti UMNO, kedudukan ekonomi tidak sampai 30 peratus, tetapi keyakinan orang Melayu dan pegangan ekuiti lebih tinggi daripada orang Melayu sebelum ini.
Ini semua adalah hasil perjuangan UMNO, pada saya kita kena bersyukur tetapi pada masa yang sama tidak boleh selesa kerana perjalanan jauh lagi. Kita kena anjakan lagi pada tahap yang lebih tinggi kerana kita bukan lagi bersaing dengan kaum Cina tetapi negara China dan India.
Perjuangan UMNO bukan dalam konteks perhimpunan saja tetapi menteri dalam kerajaan adalah menteri UMNO, apa yang kita gubal ditunjangi oleh UMNO, Perdana Menteri ialah Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri ialah Timbalan Presiden UMNO, di mana kita hendak katakan perjuangan UMNO itu hanya hangat semasa perhimpunan, saya tidak setuju.Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 17.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN