MENGAPA MEREKA SELALU TIDAK IKHLAS
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Sememangnya resam orang yang tidak ikhlas, lain disebut lain yang terbuku di hatinya. Beri dengan tangan kanan dan tarik pula dengan tangan kiri. Ikuti petikan dari drkadir.blogdrive seperti berikut:
Emm bercakap ttg niat ni.. semalam ada terbaca sumthing about it. antara lain menceritakan ttg amalan yang diterima Allah secara mudahnya perlulah memenuhi dua syarat.
Pertama : Niat yang ikhlas kepadaNya.
Kedua : Amalan yang dilakukan adalah bertepatan dengan syariat dan betul.
Dalam erti kata lain kedua duanya perlu ada sebagai syarat amalan yang kita lakukan itu adalah diterima oleh Allah.tanpa kedua2nya maka amalan kita tu sia2 la. Sebab tu la pentingnya kita kaji dan check balik samada amalan yang kita lakukan selama ni tu adalah menepati syariat atau tidak.sebagai contoh.sorang perempuan mengatakan "saya tak pakai tudung... tapi hati saya ikhlas.. dan Allah tau ape yang ada dalam hati saya" Pernyataan ni jelas tersimpang sebabnyer pemakaian tudung tu sememangnya wajib bagi wanita Islam dan jika tak memakainya maka berdosa tak kirala hati enti baik ke tak. camtu jugak halnya seorang yang memberikan hadiah sebagai rasuah."saya bagi ni ikhlas" mmg la ikhlas tapi kalau dah beri rasuah tu mmg la berdosa dan amalan itu dengan mentah2nya ditolak oleh Allah malah berdosa pulak.
Sebelum diteruskan perbincangan ini kita lihat petikan kenyataan TPM berhubung cuti 2 hari seminggu yang akan dimulakan mulai 1 Julai 2005 nanti.
Cuti umum akan dikaji semula - Najib
KUALA LUMPUR 25 Jun _ Cuti umum di negara ini akan dikaji semula bagi memastikan produktiviti sentiasa berada pada tahap yang tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia juga bagi mengelakkan daya saing negara terjejas terutama setelah kerajaan melaksanakan kerja lima hari seminggu mulai bulan depan.

"Kita akan kaji dulu dan tidak semestinya dikurangkan cuti am dan cuti rehat itu. Kerajaan bukan nak tambah beban tetapi hendak memastikan etika kerja di negara ini sentiasa di tahap yang tinggi.

"Kita akan melihat secara keseluruhannya kerana banyak cuti di Malaysia ini, dan kebetulan pula perayaan di negara ini lebih banyak daripada negara lain,'' katanya.

Mengapakah tabiat suka berselindung dan melakukan sesuatu tanpa ikhlas masih terus diamalkan di era serba pantas, maya dengan kemudahan maklumat diperolehi setiap rakyat. Bagaimana mungkin memberikan sesuatu tetapi mengambil kembali yang telah sedia diberikan.

Kalau orang tua dulu dulu pasti di sebut “Buruk Siku”. Tetapi telah menjadi amalan sesetengah pemimpin yang tidak pernah merasakan senang dengan sedikit kesenangan yang ingin dikecapi rakyat.

Ianya seakan sama dengan mentaliti para penjajah dahulu, Boleh diberikan Kemerdekaan dan pemerintahan sendiri tetapi menggunakan cara pentadbiran dan undang undang mereka. Islam hanya digunakan untuk perkara yang berhubungkait dengan nikah kahwin dan harta pusaka sahaja

Apakah aliran pemikiran seperti ini akan berterusan? Kalau beginilah yang berlakunyatalah pemikiran penjajahan masih kebal terbuku di minda mereka mereka tersebut.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 26.06.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN