INGATKAN DAH SELESAI POLITIK WANG = RASUAH
(PERKARA DALAMAN UMNO)
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Kalau ianya permasalahan dalaman UMNO mengapa diwar warkan? Banyak lah orang akan tertanya Tanya. Tercapailah objektif mereka untuk memperlihatkan seolah olah mereka telus dalam memerangi rasuah tetapi hakikatnya mereka tidak berbuat apa apa.

Begitulah caranya sebuah parti politik kuno memanfaatkan kelemahan rakyat terutama di kalangan melayu UMNO agar terus percaya dan akur ketelusan dan keikhlasan ciptaan mereka sendiri.

Sebelum diteruskan diperlihatkan berita terkini perkembangan politik wang mereka yang tidak ada kesudahannya itu:

Pemimpin kanan hadapi 7 tuduhan -- Dipanggil beri keterangan Khamis
KUALA LUMPUR 20 Jun - Seorang pemimpin kanan UMNO akan dipanggil oleh lembaga disiplin parti itu Khamis ini bagi menghadapi sekurang-kurangnya tujuh pertuduhan membabitkan rasuah politik semasa pemilihan parti September lalu.

Satu sumber memberitahu, surat panggilan bagi membela diri atas pertuduhan itu telah dihantar kepadanya baru-baru ini.

Pertemuan lembaga disiplin itu yang dikenali sebagai sesi memberi penerangan akan mula bersidang 10 pagi di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Difahamkan lembaga disiplin akan mengambil segala keterangan berhubung pertuduhan yang dibuat ke atas pemimpin itu sebelum membuat keputusan.

Sekiranya wujud prima facie dalam kes itu, beliau akan dipanggil semula bagi menghadapi pertuduhan.

Kalau keadaan semacam ini berlaku di mana mana Negara yang mengamalkan demokrasi, begitu juga yang menolak demokrasi pastinya kerajaan yang memerintah telah ditolak rakyat. Dalam Negara yang terkongkong bagai kuku besi yang secara tidak sedar terus mengatakan kepimpinan yang ada masih diperlukan lagi.

Keadaan ini di beratkan lagi apabila ada dikalangan yang digelarkan oleh pemerintah sebagai kalangan ahli pemikir, akademik, intelektual, ahli perniagaan dan kepimpinan NGO yang mengharapkan belas ehsan kerajaan untuk meneruskan perjuangan dan hidup sanggup meninggalkan prinsip asas keadilan, keikhlasan semata mata mata untuk mendapatkan sedikit kemewahan dan kemuliaan yang sementara sahaja.

Secara mudah kita dapat membuat kesimpulan, sekiranya maslahah dalaman pun tak dapat diuruskan dan diselesaikan lagi, apatah lagi rasuah didalam pentadbiran Negara. Perlukah kita menunggu sehingga kucing bertanduk?

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 25.06.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN