BILA SEBUT TANAH WAKAF RASA NGERI………….
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Apabila PM sebut nak tubuh dana wakaf terasa amat mengerikan, bukannya apa, dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sendiri pun tak terjaga nak cadangkan pula kepada orang lain. Diri sendiri pun tak terurus macam mana nak bantu saudara seislam yang lain. Betulkan diri sendiri dahulu takut nanti diketawakan orang. Yang lebih membimbangkan banyak telah terbukti CAKAP YANG TAK SERUPA BIKIN INI. Bukanya dari orang lain tetapi dari orang sama juga.

Berikut dibuat beberapa petikan seperti berikut:

1. Petikan Kenyataan PM
PM syor dana wakaf -- Tangani kemiskinan dan bangunkan ekonomi negara Islam
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PUTRAJAYA 23 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan Bank Pembangunan Islam (IDB) mewujudkan Dana Bon Infrastruktur (DBI) bagi membantu anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) melaksanakan projek-projek pembangunan prasarana di negara masing-masing.

Perdana Menteri turut mengesyorkan supaya sebuah tabung wakaf dikenali sebagai Dana Musyarakah Universal (DMU) ditubuhkan oleh bank itu bagi membantu negara-negara Islam menangani isu-isu kemiskinan dan pembangunan ekonomi umat Islam sedunia.

Katanya, bank-bank pusat anggota OIC boleh menyumbang kepada DBI itu untuk digunakan oleh negara Islam, manakala sumber yang digembleng dalam DMU boleh dimanfaatkan untuk dilaburkan dalam instrumen pasaran kewangan Islam.

Seterusnya ikuti kembali petikan daripada Malaysia Today dan Laman Marhaen terdahulu.
GERAKAN ANTI UMno KEMBALI

Inikah Islam Hadhari 'ciptaan' PM Malaysia ! Disamping segala laporan polis dan BPR oleh Lutfi,Ezam dan banyak lagi (entah berapa timbun laporan rasuah?)semuanya bak disapu kebawah 'carpet'! Satu laporan BPR dan Polis terhadap salahguna kuasa dan rasuah oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang bersekongkol dengan UMno Pulau Pinang juga Majlis Bandaraya Georgetown Pulau Pinang terhadap penyelewengan tanah wakaf Kg Makam di Pulau Pinang sudah lapan tahun berlalu juga dihantarkan salinan pada PM tapi kes itu juga 'senyap' sejuta bahasa ! Inilah ketelusan yang UMno/BN uar-uarkan ? Bikinlah serupa cakap jangan nanti bak kata pepatah retorik sedunia tapi tahi penuh didubur ! Islam sudah lengkap dibawa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. tak payah ditokoktambah macam nasi tambah dengan 'hadhari' atau 'progressive' atau apa saja ! Janganlah jadi seperti Mustaffa Kamal Attaturk atau Mahathir anak Kutty yang memusuhi Islam.

Pencerobohan Kroni umNO di Tanah Wakaf Kg Makam Hj Kassim

Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati

Telah lebih sembilan tahun (sejak 1996) pencabulan tanah kubur yang diwakafkan berlalu dengan mendapat restu oleh pemegang amanah iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bersekongkol dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, pencabulan tersebut yang mana pembinaan bangunan haram umNO tanpa kelulusan tapi mendapat bekalan elektrik dan air! Walau beberapa kali laporan dan bantahan dibuat terhadap mereka tapi seperti diperamkan saja semuanya!

Laporan dan bantahan telah dihantar pada BPR, MAIPP, MPPP, Biro Pengaduan Awam, Polis DiRaja Malaysia, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sahibul Samahah Mufti Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, malah ditelegramkan kepada PM waktu itu (iaitu TKT Mahathir) juga PM sekarang tetapi kerana kuasa politik yang disalahgunakan oleh UMno-BN maka tiada siapa boleh bertindak atau sebarang tindakan undang-undang diambil!

Walau mendapat bantahan dari ahli jawatankuasa Qaryah Masjid Kg Makam Hj Kassim, Persatuan Belia Kg Makam, penduduk-penduduk kampong semuanya seperti bercakap pada sipekak dan tuli, atau mungkin terencat akal kelabu asap yang tak mungkin boleh berfikir ! Baik Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga BPR seperti makan gaji buta , tiada tindakan atau siasatan dibuat malah diam membisu walau bantahan dan laporan bercambah diterima!

Bangunan haram itu didirikan oleh umNO kononnya untuk digunakan sebagai dewan masyarakat tapi sebenarnya digunakan sebagai kelab umNO untuk mesyuarat mereka, berhibur berpesta sukaria selain latihan boria! Dengan alasan sebagai dewan masyarakat seolah-olah ini adalah halal dan untuk kebaikan penduduk kampong, kita tiada masalah jika dibina di tempat lain tapi jika dibina di atas tapak kubur lama warisan tuan punya tanah yang mewakafkan tanah itu apakah ini dipanggil? Bukankah ini satu kerja biadap dan durjana tanpa menghormati kawasan kubur ! Sedangkan Yahudi pun menjaga kubur mereka (di Jalan Yahudi sekarang jadi Jalan Zainol Abidin dekat menara umNO )sudah beberapa lama! Apakah pentadbiran Yahudi lebih baik dari pentadbiran Majlis Agama Islam? Di Pulau Pinang pula, lainlah Yahudi yang jauh beribu-ribu kilometer pun masih dapat menjaga dengan sempurna kubur mereka siap dengan menggajikan seorang penjaga! Jika tak percaya datanglah melawat dan saksikan bagaimana silaknat Yahudi boleh menjaga kubur mereka lebih baik dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang, yang hanya makan gaji buta tetapi membiarkan pencerobohan di atas tanah wakaf Islam terutama di Kampong Makam Tuan Guru Haji Kassim, Jalan Datuk Keramat.

Malah bukan sahaja kelab umNO dibina di tepi masjid di atas kubur, lebih teruk juga dibina bangunan-bangunan dan kedai-kedai haram yang sepatutnya tidak boleh dibina di hadapan kawasan masjid, oleh siapa? Tidak lain ialah ahli-ahli umNO parti mereput kuat rasuah! Malah ada seorang 'Imam' masjid dan ahli kuat umNO mempunyai sebuah kedai yang disewakan sebanyak RM700 sebulan! Yang peliknya yang haram-haram ini semua mendapat bekalan elektrik dan air dengan bantuan dan salahguna kuasa oleh kerana mereka adalah kroni-kroni 'umMO'

Setelah sekian lama pencerobohan ini tanpa sebarang tindakan, sudah tiba masa untuk mengheret mereka ke muka pengadilan kerana penyalahgunaan kuasa, juga mungkin rasuah kerana adalah tidak logik bangunan haram boleh dibekalkan dengan elektrik dan air hanya dengan mencatatkan alamat sebagai - UMno Kampong Makam tanpa nombor? Apakah parti rasuah umNO ini boleh membina bangunan dan apa saja di mana mereka suka? Apakah Malaysia ini tiada undang-undang atau umNO yang punya?

Kita akan saksikan gelagat mereka-mereka ini yang terlibat dalam pencerobohan tanah wakaf Kampong Makam Haji Kassim di dalam mahkamah kelak dengan seorang peguam hebat yang telus dan jujur untuk menegakkan kebenaran dari semua bentuk penyelewengan di tanah wakaf tersebut insyaAllah!

Wasalam
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Jingoza
Kampong Makam Tn Haji Kassim
Jalan Datuk Keramat, P.Pinang - 25 Muharam 1426/ 06 Mac '05 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Isu tanah Wakaf Kampung Makam:
Surat Terbuka Buat Perdana Menteri
Oleh Salim Hashim
 

Bismillahirrahmanirrahim
Allahu Akbar
Salim Bin Hashim
No. 283 Jalan Datuk Keramat
10150 Georgetown
Pulau Pinang
25 Mac 2005/14 Safar 1426

YAB Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
YAB Dato' Seri,
Per: Isu tanah Wakaf Kampung Makam: Minta Jasa Baik PM Turun Padang

Telah lebih 9 tahun berlalu sejak aduan terakhir terhadap pembinaan bangunan haram oleh UMNO PP di atas tanah kubur di tanah wakaf Kampong Makam Tuan Haji Kassim, Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, yang mana atas nama ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Makam bertarikh 4 Disember 1996 telah menghantar surat aduan dan bantahan kepada PM, BPR, Majlis agama Islam Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pengarah Biro Pengaduan Awam Pulau Pinang juga bahagian wakaf jabatan agama Islam Pulau Pinang serta jabatan-jabatan lain yang berkenaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Pada 4 Januari 1997 pula Persatuan Belia Kampong Makam juga membuat bantahan dan aduan serupa terhadap tindakan UMNO mendirikan bangunan kelab di atas tanah kubur waris tuan tanah yang mewakafkan tanah itu. Sikap tidak peduli dan mendiamkan diri oleh MAIPP dan MPPP sangat menghampakan seolah-olah merestui perbuatan ini yang sepatutnya bertanggungjawab melaksanakan undang-undang terhadap apa saja pencerobohan atau penyelewengan haram di atas tanah-tanah wakaf dan kerajaan. MPPP yang berkuasa terhadap segala kanun pembinaan bangunan dan MAIPP yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran semua tanah wakaf membisu menyebabkan timbul tandatanya adakah kerana rasuah atau ada unsur-unsur rasuah kerana jika tidak bagaimana mudah penyelewengan boleh berlaku sekian lama tanpa sebarang tindakan diambil !

Sikap berdiam diri MPPP dan MAIPP mengundang berbagai telahan dan tandatanya, apakah tiada undang-undang kanun tanah oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran sebagai pentadbir? Selama ini kita sebagai rakyat yang taat menurut undang-undang negara membuat aduan dan bantahan mengikut saluran undang-undang, begitu juga kita mengharap jabatan-jabatan kerajaan pun bertindak atas undang-undang, kita mohon ketelusan dalam perkara ini apatah lagi bersangkutan dengan harta dan tanah orang-orang Islam.Tidak mungkin sesiapa saja berani melanggar undang-undang negara Malaysia ini melainkan ada salahguna kuasa atau rasuah, dan seperti dibenarkan dalam perkara ini oleh MAIPP terhadap pencerobohan tanah wakaf.

Jika jabatan kerajaan seperti MAIPP dan MPPP tiada ketelusan dalam menurut dan menjalankan amanah undang-undang maka apa akan jadi pada negara tercinta? Negara mungkin hancur jika ada jabatan kerajaan bersikap seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang tidak prihatin terhadap pencerobohan dan penyelewengan yang berlaku sekian lama (lebih 9 tahun)

Seruan Perdana Menteri agar bersikap jujur demi membela rakyat ,membersihkan imej kerajaan membanteras gejala rasuah seperti mencurah air ke daun keladi ! Justeru itu kami menyeru PM turun padang seperti seruannya dahulu agar dapat merealisasikan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang dan melihat sendiri akan ketidakjujuran ini ! Usah dengar dan percaya pada cerita-cerita dan fitnah oleh pembawa-pembawa berita fitnah terutama media aliran perdana.

Saya juga telah membuat satu lagi laporan Polis bertarikh 22/03/05 terhadap kegagalan bertindak MAIPP dan MPPP, saya sebagai seorang ahli Jawatankuasa merangkap Pengerusi kebersihan dan perkuburan di Masjid Kampong Makam Tuan Haji Kassim memohon agar perkara ini diberi perhatian berat dan menyeru Dato' Seri melihat sendiri penyelewengan ini, kami bersedia pada bila-bila masa untuk memberi kerjasama pada Dato' Seri dan menyokong kuat kempen membasmi rasuah, khasnya yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan seperti MAIPP dan MPPP.
Semoga seruan keprihatinan terhadap rakyat dan negara terlaksana dan tidak beretorik semata-mata. Wassalam

Salim Bin Hashim
Pengerusi Kebersihan dan Perkuburan
Masjid Kampong Makam Tn Hj Kassim
Pulau Pinang
26 Mac 2005/15 Safar 1426
Disampaikan oleh
Jingoza- (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Apakah akan terjadi di mata dunia Islam sekiranya track record dulu, kini dan selamanya ini menular pula di kalangan Negara OIC, minta simpanglah dari ianya berlaku. Mohon perlindungan Allah.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 25.06.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN