![]()
TEMBELANG MEREKA MULA TERBONGKAR
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Setelah diamat-amati setiap hari, benarlah seperti kata orang tua-tua; Manakan bangkai gajah dapat ditutup dengan daun keladi. Akhirnya mereka sendiri yang terseksa diri dan tersepit di antara menyatakan kebenaran atau terusan melindungi. Kini kita melihat sedikit demi sedikit tembelang mereka terbongkar dengan sendiri.Sekarang apabila tidak lagi menjadi PM barulah dirinya merasakan bagaimanakah perasaan rakyat atas perlakuan pimpinan negara dewasa ini. Semasa beliau memerintah langsung tak mau dengar rintihan rakyat dan kini terbalas secara tunai apa yang dilakukan oleh Rafidah kepada beliau seperti petikan berikut:
“Walaupun nama orang lain tak diumumkan, tapi nama anak saya ada (diumumkan) sebab dia anak saya.Kemudiannya kita lihat sandiwara seterusnya berhubung pemberian kondom secara percuma. Siapakah sasaran utama Kementerian Kesihatan? Suami-suami atau remaja yang terlibat dengan HIV. Amat memusykilkan kita sekiranya cadangan pemberian tersebut tidak memiliki data atau statistik yang munasabah untuk tujuan pemberian kondom percuma tersebut. Jelas dan semua rakyat dah faham…..apa sebabnya nak diberikan kondom pada yang belum kahwin melainkan pemimpin umat tersebut sendiri yang jahil tak kiralah sama ada Islam ke, bukan Islam ke…. Semua agama adalah melarang berlakunya zina. Jadinya kenyataan berikut tidak bermakna langsung dan ianya adalah alasan yang terlalu dangkal dan wujud motif lain di sebaliknya. Perhatikan petikan berikut:“Nama orang lain tak perlu keluar, tapi tak apalah, kerana ia satu polisi (kerajaan). Kita kena terima polisi,'' kata bekas Perdana Menteri itu.
“Anak Tun Dr. Mahathir sendiri pun memiliki AP untuk mengimport kereta Porsche, apakah salah untuk dia memilikinya,'' kata Rafidah.
Kerajaan negeri Perak, Melaka dan Perlis mahukan cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi kondom secara percuma kepada penagih dadah bagi mengurangkan jangkitan HIV perlu dihadkan kepada mereka yang sudah berkahwin sahaja.Akhirnya apa dah jadi dengan rezeki raba ni….. manalah kita tahu yang rupanya ada rezeki raba . Bukan setakat bunyinya pelik tetapi kita percaya mendapatkannya juga tentunya pelik. Lihat pada petikan berikut:Pemberian projek kepada kontraktor Kelas F melalui konsep penganugerahan terus atau pengundian yang lebih dikenali sebagai `rezeki raba' merupakan pemangkin utama kebanjiran pemegang lesen kelas itu.Sila perhatikan semua yang bertanda Merah diatas petikan berita di akhbar Utama mereka seperti berikut:Dr. M ulas dasar tak dedah pemilik APWalau pun banyaknya daun keladi ditutupkan ke atas bangkai gajah tersebut, angin yang bertiup sedikit demi sedikit telah meniupkan dedaun keladi tersebut berterbangan dan kian kekeringan. Beberapa ketika sahaja lagi bangkai gajah akan kelihatan.
Oleh: FAUZI JAAFAR
PETALING JAYA 8 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menerima pendirian kerajaan tidak mendedahkan pemilik Permit Import (AP) kerana ia adalah satu polisi.Bagaimanapun, beliau berkata: “Walaupun nama orang lain tak diumumkan, tapi nama anak saya ada (diumumkan) sebab dia anak saya.
“Nama orang lain tak perlu keluar, tapi tak apalah, kerana ia satu polisi (kerajaan). Kita kena terima polisi,'' kata bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan rasminya ke The Otomotif College (TOC) di sini hari ini.Dr. Mahathir mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz pada 31 Mei lalu iaitu kerajaan tidak akan mendedahkan nama pemegang AP yang dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan ke negara ini.
“Kita menilai sama ada seseorang itu mempunyai merit untuk dianugerahkan AP.
“Anak Tun Dr. Mahathir sendiri pun memiliki AP untuk mengimport kereta Porsche, apakah salah untuk dia memilikinya,'' kata Rafidah.
Dr. Mahathir berpendapat, dalam soal AP, kerajaan perlu bersikap telus kerana ia terlalu hebat diperkatakan di dalam pasaran seolah-olah pemberiannya tidak adil.
Pemberian kondom percuma perlu bersyarat
KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan negeri Perak, Melaka dan Perlis mahukan cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi kondom secara percuma kepada penagih dadah bagi mengurangkan jangkitan HIV perlu dihadkan kepada mereka yang sudah berkahwin sahaja.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghaai berkata, pihaknya menyetujui langkah pemberian itu jika kondom tersebut diberikan kepada mereka yang telah berkahwin, agar menepati hukum-hakam Islam.
Kaedah pemberian projek punca kebanjiran kontraktor Kelas F
Oleh: SAIFUL HAIZAN HASAM
KUALA LUMPUR 8 Jun - Pemberian projek kepada kontraktor Kelas F melalui konsep penganugerahan terus atau pengundian yang lebih dikenali sebagai `rezeki raba' merupakan pemangkin utama kebanjiran pemegang lesen kelas itu.Sekitar tahun 1970-an, projek bernilai RM5,000 ke bawah akan diberi secara terus kepada pemegang lesen manakala bagi nilai RM25,000 pula ia diagihkan melalui cabutan undi.
Pada masa itu, jumlah projek `rezeki raba' yang ingin diagih kebiasaannya melebihi bilangan kontraktor Kelas F yang menyertai pengundian.
Selari dengan peningkatan kos, nilai `rezeki raba' itu telah ditingkatkan kepada RM200,000 pada masa ini.Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Wilayah Persekutuan, Datuk Mokhtar Samad berkata, pengagihan kontrak melalui cara itu dilakukan dengan niat yang baik iaitu ingin melatih kaum bumiputera dalam bidang pembinaan.
Bagaimanapun, katanya, hasrat itu tidak disahut oleh pemegang lesen Kelas F apabila mereka lebih berminat untuk berada dalam kelas yang sama kerana perolehan projek yang lebih mudah dan menguntungkan.
“Pada setiap hari Rabu, kita boleh melihat hampir 500 pemegang lesen akan menyertai cabutan undi di Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan walaupun hanya terdapat kira-kira 50 kontrak yang ditawarkan.
“Yang menimbulkan kemusykilan ialah kita boleh melihat individu yang tidak mempunyai perwatakan kontraktor turut menyertainya. Ini termasuklah artis dan golongan yang sudah lanjut usia,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
RMK-9 tempoh hapuskan kontraktor Kelas F tidak tulen
KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan mensasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebagai tempoh untuk menghapuskan kontraktor kelas F yang tidak tulen di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pada masa ini, kerajaan sedang mengenal pasti kontraktor kelas itu yang tidak melaksanakan sendiri projek yang diberikan sebaliknya menjualkannya kepada pihak ketiga.
Beliau berkata, satu kaedah juga sedang dirangka oleh kerajaan untuk menentukan sama ada kontraktor kelas F adalah tulen atau sebaliknya.
“Secara kasar saya menganggarkan hanya separuh daripada kontraktor kelas F di negara ini yang benar-benar melaksanakan sendiri kerja yang diberikan.
“Kita berharap dalam RMK-9 nanti, kontraktor kelas F di negara ini adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar tulen,'' katanya kepada para pemberita di kediamannya, di sini hari ini.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 09.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)