![]()
YANG MANA SATU YANG BETUL NI, DAH SETUJU KE BELUM?
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Tertarik dengan tarikh perlaksanaannya, maka didapati di dalam satu akhbar sahaja memberikan tiga keadaan berbeza seperti berikut:1. Cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV, nampaknya menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.Di manakah dapat kita mendapatkan kebenarannya? Semua beritanya penuh berhelah dan mengelirukan. Bagi memperlihatkan kebenaran kenyataan di atas dipetik berita tersebut seperti berikut:2. Menurut Noh, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek akan mengemukakan cadangan itu kepada Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah (MTMD) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum cadangan itu dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.
3. Keng Yaik berkata, cadangan tersebut telah pun mendapat persetujuan Kabinet sebelum dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan
BENDUNG HIV/AIDS WAJAR PRAKTIKALKeng Yaik menyokong dan Ali Rustam juga menyokong. Alasan mereka adalah seperti berikut:
LIDAH PENGARARANG
Kadar jangkitan HIV dan AIDS di negara ini kini berada pada tahap membimbangkan. Ini adalah suatu hakikat yang nyata.Sebab itu sudah banyak cadangan bagi membendung ancaman penyakit itu dikemukakan kepada kerajaan.
Ada cadangan yang menggesa kerajaan mengasingkan pesakit berkenaan di kawasan khas seperti di pulau bagi menjaga kepentingan masyarakat umum serta memudahkan kawalan penyakit tersebut.
Malah terdapat juga cadangan supaya bakal pengantin baru diwajibkan menjalani ujian HIV/AIDS bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.
Namun cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV, nampaknya menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.
Pandangan semua pihak diambil kira
Oleh: SAHBULLAH DARWI
KEPALA BATAS 5 Jun - Kerajaan akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk reaksi mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan membekalkan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar berkata, ketika ini banyak pihak melihat cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dianggap bertentangan dengan budaya dan agama.
"Ada pihak beranggapan cadangan itu mungkin sesuai dilaksanakan di negara luar tetapi tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana mempunyai budaya dan kefahaman agama yang berbeza.
"Jadi, dalam mesyuarat kementerian baru-baru ini, masih belum ada keputusan muktamad dan kita akan mengambil kira pandangan umum dalam hal ini,'' katanya.
Menurut Noh, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek akan mengemukakan cadangan itu kepada Jawatankuasa Pemulihan dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah (MTMD) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum cadangan itu dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.
Keng Yaik sokong bekal kondom kepada penagih
PULAU PINANG 5 Jun - Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, beliau menyokong cadangan Kementerian Kesihatan membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah bagi mengelak penyebaran penyakit HIV.Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi itu berkata, sebagai seorang doktor beliau berpendapat, penggunaan kondom merupakan cara selamat bagi penghidap HIV melakukan hubungan seks.
Keng Yaik berkata, cadangan tersebut telah pun mendapat persetujuan Kabinet sebelum dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.
Keng YaikSiapalah agaknya ulama atau Tuan Guru yang dirujuk oleh Ali Rustam tersebut. Amat mengelirukan sekali kenyataan yang mengaitkan agama tersebut.
Sebagai seorang doktor beliau berpendapat, penggunaan kondom merupakan cara selamat bagi penghidap HIV melakukan hubungan seksAli Rustam
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama.Ali Rustam setuju syor beri kondom percuma
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID
MELAKA 5 Jun - Kerajaan negeri Melaka menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 07.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)