![]()
PETIKAN BERITA DARI PENDOKONG ISLAM HADHARI
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Petikan kali ini Pak Ngah memperlihatkan petikan-petikan dari pendokong-pendokong Islam hadhari berhubung kehidupan seharian kita semasa kini. Buatlah perbandingan dan analisis sendiri ke manakah arah tujuan atau apa yang mereka lakukan tiada arah tujuan langsung dan hanyut mengikut peredaran masa yang kian jauh dari sejak kewafatan Rasulallah S.A.W.Petikan di akhir jawapan Astora pada hari Ahad 5 Jun 2005, di Akhbar utama mereka.
Seluar pendek yang menampak separuh betis, jubah dan serban serta naik keldai, kuda dan unta dan lain-lain perkara yang tergolong daripada adat dan medium pada zaman Rasulullah pada lebih 1,400 tahun lalu tidak perlu dipelajari dan dicontohi.Kenyataan yang disiarkan juga oleh akhbar utama mereka memberikan penekanan hanya kepada istilah bagi meringankan maksud sebenar sekali pun perbuatannya tetap sama sahaja. Beginilah cara pemikiran mereka, apabila berlaku suatu perbuatan keji di kalangan mereka, mereka mencari helah dengan memperkenalkan istilah yang lunak sedangkan perbuatan tetap sama juga. Perhatikan petikan di bawah:Cadang tetapkan tempoh `politik wang'Sebagai rakyat yang sentiasa berada di kalangan masyarakat, Pak Ngah dan seluruh masyarakat di tempat Pak Ngah tak pernah dengar pun seperti mana cerita yang dibawakan oleh Dr Ismail Ibrahim. Memandangkan ianya telah diceritakan oleh Dr Ismail maka Pak Ngah rasa elok dipetik berita tersebut:
KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkemungkinan menetapkan tempoh tertentu di mana dalam jangka masa tersebut perlakuan oleh seseorang pemimpin parti tidak boleh disabitkan sebagai politik wang.Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, syor itu merupakan antara yang dikemukakan dalam Seminar Penjanaan Input Untuk Jawatankuasa Penyemakan Peraturan Lembaga Disiplin UMNO selama tiga hari yang berakhir semalam.
"Ada yang mencadangkan supaya sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan tanggapan politik wang tidak dibenarkan sepanjang tahun pemilihan.
"Ada juga yang mahukan ia dikuat kuasa sepanjang masa,'' katanya yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas mengenai istilah politik wang yang digantikan dengan rasuah politik sekali gus memperluaskan pengertiannya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya semalam berkata, istilah politik wang `agak lembut' manakala rasuah politik lebih keras dan mencerminkan amalan yang amat buruk serta perbuatan keji yang amat bertentangan dengan undang-undang negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menambah, beberapa cadangan lain yang menjerumuskan usaha membersihkan imej UMNO daripada amalan rasuah juga akan dihalusi sebelum dibawa ke peringkat MT.
USAH TERHIBUR JENAKA MURAHAN - MASYARAKAT LEBIH GEMAR MEMPERMAINKAN DASAR SERIUSApa yang jelas seperti mana petikan dari Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin (Penyelaras Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam USM)
Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIMContoh terbaik ialah apabila terdapat kumpulan dan di kalangan masyarakat kita yang mempermain-mainkan dasar Islam Hadhari dengan memusingkannya menjadi bahan jenaka yang amat sinikal. Bahan jenaka ini pula tidak mempunyai sebarang nilai adab sopan atau agama, selain menjadi jenaka murahan.
Baru-baru ini saya mendengar suatu cerita ringkas tentang perkara ini, iaitu kononnya seorang saudara baru daripada kalangan orang Barat yang melawat Malaysia telah dikejutkan begitu rupa dengan Islam Hadhari. Kononnya saudara kita ini telah berhenti di sebuah gerai menjual buah-buahan di tepi jalan. Dia melihat gadis Melayu yang bertindak selaku jurujual itu memakai pakaian yang menjolok mata, seluar jean ketat, baju singkat yang menampakkan perut dan pusatnya. Lalu saudara kita ini pun bertanya kepada gadis tersebut kenapa memakai pakaian tidak bersopan itu sedangkan dia seorang gadis Muslim? Gadis ini kononnya menjawab, "Inilah Islam Hadhari.''
Satu cerita lain yang disebarkan dengan meluas menceritakan bahawa seorang Muslim yang sedang disoal oleh malaikat di alam kubur telah ditanya, "Apakah agama kamu?'' Orang ini menjawab, "Islam Hadhari'' lalu malaikat ini pun berkata, "Oh rupa-rupanya kamu orang Malaysia ya?'' Lalu dipukulnya dengan kuat kerana jawapannya adalah berbeza daripada jawapannya yang sebenar, iaitu "Islam'' sahaja, tanpa terdapat sebarang tambahan.
Ada pun ajaran Islam sudah sempurna dan cukup. Tidak memerlukan sebarang penambahan. Tidak memerlukan asas-asas baru. Sesiapa yang cuba membuat asas-asas baru bagi Islam, selain dari apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah bererti dia sebenarnya sedang membuat agama baru.Sepertimana Firman Allah yang bermaksud:(maksudnya) Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran:85) dan;(maksudnya): Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan mereka yang diberikan Kitab itu (Yahudi dan Nasrani) tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan (yang sah tentang kebenarannya) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Surah Ali ‘Imran 19)Apa yang berlaku berhubung amalan politik wang di kalangan pendokong Islam Hadhari memperlihatkan kewajaran tindakan mereka seperti mana jenaka yang diceritakan oleh Dr Ismail Ibrahim tersebut mungkin ada kebenarannya. Inilah contoh yang sedang berlaku dan yang amat nyata.Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 06.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)