BOLEHKAH JADI MENTERI?
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Dalam keghairahan Isu UPM dan Menteri Pengajian Tinggi antaranya disebabkan oleh pantun. Begitulah hebatnya Pantun Melayu, Menteri pun tergugat, kita lihat kepada pantun tersebut:
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Bolehkah jadi menteri.
(Profesor Datuk Dr. Muhamad Zohadie Bardaie)
Setelah melihat kepada pantun tersebut, mungkin sesuai juga pantun begini kepada petikan berita berikut:
Penderhaka tidak harus diberi ruang dalam UMNO
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

MARANG 13 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO tetap dengan pendirian bahawa bekas pemimpin yang memburukkan imej UMNO dan kerajaan tidak harus diberi ruang kerana mereka akan merosakkan masa depan serta survival parti tersebut.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penyertaan pemimpin seumpama itu perlu ditolak sama sekali kerana jelas terbukti golongan terbabit ketika di dalam UMNO merupakan pemecah belah serta perosak kepada organisasi sama ada di peringkat ahli mahu pun pemimpin.

Katanya, mereka yang tergolong sebagai penderhaka itu juga telah menggunakan kedudukan di dalam parti untuk kepentingan diri dan bukannya untuk membela nasib rakyat hingga mengakibatkan UMNO menjadi mangsa.

"Kita barisan Pemuda tidak akan menerima penderhaka sebegini. Mereka tidak boleh sama sekali dibenarkan menyertai UMNO dan kita perlu menolak orang sedemikian kerana mereka inilah yang merupakan pemecah belah dan perosak parti.

"Arwah datuk saya (Datuk Onn Jaafar) bila keluar UMNO, beliau berpesan supaya menjaga UMNO baik-baik.

"Tetapi ada pemimpin itu bila keluar UMNO, kutuk pula UMNO macam-macam seperti di dalam program BBC (Perbadanan Penyiaran British) sedangkan dia ini kenyang dan gemuk bila berada dalam kerajaan dan UMNO,'' katanya.

Fikir fikirkan dan cermin diri bagi melihat di mana diri kita.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 16.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: