![]()
DATUK SERI NAJIB ATAU GENERAL ENDRIARTO SUTARTO
YANG TIDAK BERCAKAP BENAR
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Siapakah yang sebenarnya berbohong di dalam hal ini. Kenyataan dipetik dari Utusan Malaysia dan yang satu lagi dipetik dari AFP.Persoalannya di sini, bagaimana boleh berlakunya percanggahan ini? Apakah dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu akan membolehkan rakyat Malaysia merasakan satu kesefahaman telah dicapai sebaliknya bukan seperti mana yang dilaporkan oleh pihak media Indonesia.
Apa pun yang telah dinyatakan, implikasi dari kenyataan DS Najib memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia yang satu persetujuan telah dicapai. Apabila dinafikan oleh pihak berwajib dari Indonesia apakah statusnya kenyataan TPM tersebut? Di manakah kepercayaan yang kita harus letakkan kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TPM tersebut. Sama-sama kita lihat kedua dua kenyataan tersebut:
Malaysia amal prinsip ASEAN selesai pertikaian di SulawesiApa yang ingin kita utarakan di sini, di manakah kita akan berpegang pada setiap apa jua kenyataan TPM selepas ini? Semua kenyataannya pasti akan menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak dan kita pasti akan tercari cari maklumat kedua, ketiga bagi melihat kebenaran kenyataan tersebut. Amatlah malang perkara ini telah menjadi amalan kepimpinan Malaysia selama ini. Apa lah gunanya menanam tebu di bibir atau ibarat indah khabar dari rupa.
SHAH ALAM 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penempatan aset ketenteraan bukan faktor yang akan menentukan kedaulatan di kawasan perairan Sulawesi yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia.Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, atas dasar tersebut, Malaysia tiada sebarang masalah bagi menempatkan hanya sebuah kapal ronda di kawasan tersebut.
Katanya, Malaysia juga berpegang teguh kepada prinsip ASEAN iaitu untuk tidak menggunakan kuasa ketenteraan dalam menguatkuasakan sebarang tuntutan dari negara ini terhadap rakan-rakan ASEAN lain.
Jelas beliau, kerajaan percaya tuntutan ke atas kawasan yang sama itu boleh diselesaikan dengan bijaksana secara rundingan walaupun akhirnya, perkara itu terpaksa dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau badan antarabangsa yang lain untuk menentukan keputusan muktamad.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, memandangkan persefahaman telah dicapai oleh kedua-dua negara untuk mengurangkan jumlah kapal ronda di perairan itu kepada sebuah kapal sahaja, maka Malaysia akan mematuhinya dan akan mengundurkan kapal-kapal yang lain secepat mungkin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga dan pelancaran laman web Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP), di sini hari ini.
Beliau mengulas persetujuan yang dicapai oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Mohd. Anwar Mohd. Nor dengan Panglima Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL), Laksamana Madya Slamet Subidyanto di Batam, baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua panglima itu bersetuju untuk mengurangkan bilangan kapal ronda di perairan Sulawesi kepada sebuah sahaja dalam usaha mewujudkan suasana reda di kawasan yang menjadi pertikaian itu.
"Kita setuju untuk menguatkuasakan persefahaman ini dengan kadar yang segera. Tidak ada masalah bagi kita untuk membuat pengubahsuaian (pengurangan) kerana jumlah kapal atau penempatan aset tentera tidak merupakan kriteria dari segi hak milik pada akhirnya.
Indonesia denies deal with Malaysia over warships in disputed sea
Monday, April 25 @ 18:19:09 MYTJAKARTA, April 25 - The head of Indonesia's armed forces on Monday said he had no knowledge of an agreement with Malaysia to limit their naval presence in a disputed maritime area to a single warship each.
General Endriartono Sutarto said he had received no confirmation of claims by Malaysian Deputy Prime Minister Najib Razak that the two sides have agreed to scale back their fleets in the Sulawesi sea off eastern Borneo.
"There has been so far no report," Sutarto, accompanied by Navy Chief Vice Admiral Slamet Subiyanto, told reporters.
"It is a must for us to be present there," he said when asked whether the navy would reduce its deployment to one vessel.
Najib, who is also defence minister, said that the agreement had been reached at a recent meeting between the Malaysian and Indonesian naval chiefs.
But Subiyanto also said he had no report of such agreement.
Earlier this month warships from the two countries brushed sides near the Karang Unarang reef east of Borneo island, where Indonesia has built a lighthouse to strengthen its territorial claims in the disputed region.
Both countries have lodged official protests with each other over the incident.
Tensions have been high in the area after Malaysia granted an oil concession in the region on February 16 to Anglo-Dutch firm Shell. Jakarta says the blocks awarded by state oil firm Petronas are not in territory controlled by Malaysia.
Officials from both sides begun negotiations to settle the overlapping claims to the area last month and are due to meet again in May.
The two countries have locked horns over the region before. A dispute over the ownership of two islands ended in December 2002 with an International Court of Justice ruling that the islands belong to Malaysia.
- AFPAkhirnya, bagai kata orang tua tua, Kerbau di pegang pada talinya manakala manusia dipegang pada kata penuturannya.
Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.
Pak Ngah - 27.04.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)