![]()
SURUHANJAYA DIRAJA PDRM:
Siput Babi UMNO(Baru) Bagaimana?
Oleh Muramatsu (Laman M@RHAEN)
Idealnya, Polis adalah tugas yang mulia di sisi manusia dan Tuhan. Sebaliknya, ia menjadi tugas yang hina lagi jijik jika faktor dosa dan pahala tidak diambil kira semasa bertugas. Kejijikan itu tidak hanya kerana rasuah sahaja tetapi kerana diperkuda dan disiput babikan oleh UMNO(baru) melalui Polis Cawangan Khas.Polis Cawangan Khas jenis politik ini sebenarnya boleh dikira sebagai cawangan UMNO(baru) dalam sistem kepolisan di Malaysia. Para reformis panggil cawangan ini sebagai Sibut Babi (Special Branch).
Adakah Suruhanjaya Diraja tahu tentang kewujudan cawangan khas UMNO(baru) ini dalam sistem kepolisan ketika menulis kertas laporan baikpulih polis yang berharga RM100 senaskhah itu?
Cuba lihat laporan Harakah ini bagaimana peranan cawangan siput babi UMNO(baru) ini dalam sistem kepolisan negara.
Tiga jam disiasat polis kerana membuat laporan Umno guna kemudahan kerajaanNamun, pemerintah yang terdiri dari ibu dan bapa siput siput babi cuma menonjolkan gejala rasuah (amalan biasa dalam UMNO(baru pun)), sedangkan cawangan khas UMNO(baru) yang terdiri dari siput siput babi dalam polis ini amat berperanan dalam merosakkan imej polis.
Wednesday, May 18 @ 18:37:58 MYTOleh Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 18 Mei (Hrkh)- Wakil Dewan Pemuda PAS Kepala Batas dan Tasek Gelugor, Suzriman Mohamad disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis Butterworth kerana membuat lapuran penggunaan permis dewan Kolej Metrikulasi Pulau Pinang di Pongsu seribu sebagai tempat Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Tasek Gelugor pada hari Ahad lalu.Beliau yang ditemani oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Ahmad Sabri Zainol Abidin, Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa masing-masing memasuki Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan sekitar pukul 5.30 petang semalam.
Selepas berada lebih kurang sejam di situ akhirnya pengadu disarankan berjumpa Pegawai Penyiasat di Pejabat Polis Daerah di Butterworth.
Di sana beliau terpaksa menjawab beberapa soalan sebelum bertemu pula Cawangan Khas sebagai proses terakhir jika ada kaitan dengan politik.
Bagaimana hendak membaikpulih polis sedangkan kuman dan virus yang berkeliaran atas nama polis cawangan khas ini siang malam kerjanya merosakkan imej polis dalam setiap tindakannya jika mereka kelaskan sesuatu laporan perlanggaran peraturan dan undang-undang sebagai bersifat politik?
Mentaliti UMNO(baru) yang dianuti oleh siput babi dalam sistem kepolisan ini juga menjadi faktor penyebab imej polis menjadi hina dan punah.
Adakah Suruhanjaya Diraja sudah ambil kira peranan siput babi ini? Siapa boleh jawab?
Muramatsu, Jepun. 20.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)