![]()
SURUHANJAYA DIRAJA PDRM:
SKOP UTAMA TERCICIR
Oleh Muramatsu (Laman M@RHAEN)
Dilaporkan, Suruhanjaya Diraja PDRM yang ditubuhkan itu kononnya untuk merealisasikan manifesto Pilihan raya UMNO(baru)/BN yang lalu. Jadi, ia ditubuhkan adalah atas asas politik dan survival politik UMNO(baru), sebaliknya bukan atas sifat keperluan dalam sistem kepolisan demi menjaga keamanan dalam negara.Akhirnya, Perdana Menteri sendiri akan mempengerusikan pasukan berkenaan. Seperti petikan Utusan Malaysia ini (16/5/2005).
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan menubuhkan pasukan itu Rabu lalu dan ia dipengerusikan oleh beliau sendiri.Diberitakan juga cadangan yang penting dan boleh dilaksanakan akan dikuatkuasakan serta-merta. Seperti dalam petikan berikutnya."Mana-mana cadangan yang penting dan boleh dilaksanakan akan dikuatkuasakan serta-merta. Bagi syor yang memerlukan kajian lebih mendalam, pasukan ini akan menilai keutamaannya sama ada untuk dilaksanakan dalam masa terdekat atau tidak,'' katanya kepada pemberita selepas hadir pada Perhimpunan Hari Belia Negara 2005, di Stadium Malawati, di sini hari ini.Memang ia menyedapkan telinga bila mendengarnya, namun, acap kali sangat kita dengar perkataan “akan dikuatkuasakan serta-merta”. Boleh dikatakan bila ada kes-kes yang melibatkan gagal pelaksanaan penguatkuasaan, ia akan disebut “akan dikuatkuasakan serta-merta”. Cuba kita belek-belek akhbar-akhbar lama, ini perkataan yang popular untuk melindungi kelemahan pelaksanaan penguatkuasaan.Kalau boleh kita tambah sikit di hujung “akan dikuatkuasakan serta-merta” – dalam masa yang singkat/dalam tempoh kempen. Hakikatnya ini yang berlaku, kita bukan mengejek atau perli, tetapi ini berlaku dalam keadaan sedar yang tidak disedari oleh masyarakat ramai. Yang mana pelaksanaan penguatkuasaan tidak perlu bersifat “serta merta” seperti yang disebut itu, tetapi perlu dilakukan dari masa ke semasa selagi ia tertulis.
Kita tidak mahu “serta-merta” dilaksanakan itu akan juga jadi “serta-merta” hilang bila ada kes lain. Sebalik “serta-merta” itu ada perkara yang menarik, dalam kes menaikkan imej polis ini bila skop yang dikatakan boleh menjejaskan imejnya cuma merangkumi tiga skop seperti yang dilapor ini saja.
Tiga skop tersebut ialah penurunan kadar kes jenayah, tanggapan tinggi orang ramai terhadap masalah rasuah dalam PDRM dan isu pencabulan hak asasi manusia.Bukankah imej polis menjadi sangat hodoh bila Ketua Polis Negara sendiri yang merosaknya!Adakah kita lupa bekas Ketua Polis Negara sendirilah yang menyonteng arang ke muka sistem kepolisan yang dijaganya apabila dia melakukan perbuatan bersengkongkol dengan konspirator jahat bila menumbuk muka bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah paling jahat dalam sejarah manusia tamadun di bumi Malaysia oleh Datuk Seri Mahathir Mohamad (kini Tun) itu?
Mulai kejadian itulah, imej polis menjadi sangat buruk, ditambah herotkan lagi bila ia bekerja untuk membantu UMNO(baru) demi mempertahankan konspirator atas nama menjaga keamanan dan ketenteraman awam itu.
Kerja polis yang sentiasa mengikut telunjuk konspirator dan pemimpin politik UMNO ini adalah faktor utama menyumbang kepada imej buruk polis.
Tetapi kenapa ia tidak dimasukkan dalam skop utama untuk menaikkan imej polis?.
Kerja-kerja membawa tilam dalam perbicaraan kes DSAI di samping menjadi saksi yang sanggup berbohong dalam kes berkenaan dilakukan oleh siapa?
Semua ini masih panas dan terpahat dalam sejarah hodoh polis kerana ikut terlunjuk konspirator demi menjaga kepentingan UMNO(baru).
Kenapa tanggapan ini tidak dimasukkan dalam skop utama yang akan diambil kira untuk menaikkan imej polis?.
Memang tiga skop itu penting, tetapi yang dirasakan faktor yang paling menjejaskan imej polis kerana ada antara mereka sanggup menjadi “taik” demi kononnya mengikut arahan pemimpin negara- terutamanya dalam kes fitnah jahat Mahathir ke atas DSAI.
Bagi UMNO(baru), tentu mereka tidak sanggup untuk menerima kenyataan ini. Oleh itu, pembaikan imej polis ini dijangkakan banyak bergantung kepada setakat mana UMNO(baru) faham dan hormat sistem kepolisan dalam negara.
Jika UMNO(baru) masih bersifat seperti orang yang tidak tamadun dan tidak faham sistem sambil terus-terusan menggunakan polis untuk menjaga survival politik partinya, maka pasukan pembaikan imej polis akan tinggal nama saja, habiskan wang negara dan merugikan masa saja.
Lihatlah!
Muramatsu, Jepun. 17.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)