![]()
UMNO dan UMNO(baru): Hakikat yang dilupai
Oleh Muramatsu (Laman M@RHAEN)
Ramai pemimpin besar UMNO(baru) membuat komen parti mereka kini tersasar dari perjuangan asal. Komen-komen begini kerap dibuat, terutamanya bila memperkatakan keadaan kerosakan nilai hidup dan peribadi pemimpin-pemimpin mereka, sama ada politik wang, budi dan jati diri Melayu, kebajikan dan persaingan orang Melayu dan sebagainya.
Komen-komen yang dibuat secara ad-hoc dan tidak ada kajian mendalam terhadap semua yang dikatakan sebagai ‘tersasar dari perjuangan asal’ itu.
Hakikat kewujudan UMNO(baru) sekarang tidak diterima oleh pemimpin dan penyokong mereka sendiri, bahkan cuba dilupus daripada sejarah. Bahawa, UMNO(baru) kini bukan saja tersasar jauh, tetapi UMNO(baru) itu sendiri adalah entiti yang lain. Yang lama mati sudah lebih 10 tahun. Masakan ia sama.
UMNO(baru) kini dikelilingi oleh satu kumpulan yang bertuhankan wang saja. Sudah banyak kali kita tulis tentang peranan golongan ini ke atas kemusnahan kepentingan bangsa Melayu melalui sentimental orang Melayu ke atas UMNO(baru).
Kumpulan hero filem Hindi ini tidak rasa hidup suasana adat Melayu di kampung-kampung, di mana kampung adalah halaman pada orang-orang Melayu.
Bagaimana kita nak harapkan kepada golongan ini untuk mengerti hati budi orang Melayu sedangkan mereka tidak pernah ada hati budi itu. Tidak pelik kalau kombinasi Zainuddin Maidin dan Kadir Sheikh Fadzil di Kementerian Penerangan tukar nama RIMA sambil mencampur adukkan lagu-lagu asli Melayu dengan lagu-lagu Hindi dari negara India.
Adakah Melayu masih tidak nampak semua ini?
Malah, PakLah sendiri dikelilingi oleh geng mamak di kedua-dua belah sayap penting dalam hal ehwal wang di Kementerian Kewangan. Dua kementerian ini mempunyai peranan tersendiri dalam memartabatkan bangsa dan harta milik orang Melayu.
Petikan dari AgendaDaily ini menunjukkan PakLah dikelilingi oleh dua mamak ini di Kementerian Kewangan.
Sah: Lin kahwin dengan Reezal MericanSudah banyak kali geng ini terlibat dengan kedurjanaan yang memporakperandakan kepentingan masyarakat Melayu. Sejak Mandaliar di zaman Kesultanan Melaka dan Mahathir di zaman moden ini. UMNO hancur pun angkaranya, Anwar Ibrahim dilakukan sedemikian rupa pun oleh Tamby salah satu geng mereka ini. Jangan biar sentimental orang Melayu terhadap adat, jatidiri dan harta pusakanya diperguna dan diperkuda oleh geng-geng ini.
(Petikan dari AgendaDaily) Oleh: ROSLI ISMAILArtis terkenal Sharifah Norhazleenda atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya Lin telah berkahwin dengan Reezal Merican iaitu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Kewangan.
Sumber-sumber rapat dengan kedua Lin dan Reezal mengesahkan kepada Agendadaily mereka berkahwin pada 20 Mac lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan dekat Cheras.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat Lin dan Reezal.
Lin, 33 adalah bekas isteri penyanyi Yantzen. Mereka berdua bercerai pada tahun 2004. Reezal, 33 adalah salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas.
Sumber itu memberitahu Agendadaily mereka berkahwin setelah berkenalan selama beberapa bulan. Sumber itu memberitahu demikian ketika ditanya mengenai berbagai khabar angin yang tersebar kebelakangan ini mengenai hubungan Lin dan Reezal.
Katanya khabar angin itu mungkin disebarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadikan soal perkahwinan mereka sebagai satu isu.
“Saya berani mengesahkan kepada anda perkahwinan itu berlangsung dalam suasana baik, sempurna malah semua abang dan adik Reezal hadir dalam majlis itu dan begitu juga ibu bapa Lin,” katanya.
Reezal sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak manakala Lin mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya dengan Yantzen.
Muramatsu, Jepun. 27.04.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)