PM Sahkan Dia Akan Jatuh Nanti
Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN


 

Berikut ialah petikan Berita Harian yang bertajuk : Taktik Anwar untuk kekalkan populariti: PM

Abdullah berkata, hakikatnya ketika ini majoriti pemimpin semua parti komponen BN tetap taat dan setia kepada kepemimpinan beliau serta kerajaan masih terus mendapat sokongan antara 80 hingga 90 peratus pemimpin terbabit………..Berita Harian.

Berdasarkan angka berkenaan, ahli parlimen BN ialah 140 orang. Jika 80 ke 90 peratus menyokong masih menyokog Abdullah, 10 ke 20 peratus tidak menyokong, maka ia bermaksud 14 ke 28 orang yang tidak menyokong kerajaan yang ada. Angka ini tidak jauh dari yang disebut oleh DSAI ahli BN yang akan menyertai PAKATAN RAKYAT.

Dari angka-angka ini bermaksud PM yang ada ini tidak lama lagi akan jatuh, akibatnya Gani Patail, Musa Hassan yang sejahat dengan Mamak Mahathir akan menikmati kesan manisnya kerja jahat mereka selama ini ke atas DSAI.

Disamping itu anak kelahiran zaman WAWASAN 2020 selama 22 tahun pemerintahan Mahathir iaitu Saifool yang mengaku diliwat itu juga akan bangga dengan jasa-jasa pemerintahan dan pemikiran yang ditinggalkan oleh Mahathir untuk generasi sepertinya melalui Institut Pemikiran Mahathir.

Tak tahulah apa Nordin Kardi dan rakan di BTN serta di Institut Pemikiran Mahathir pandai atau tidak membuat kira-kira terhadap angka peratusan yang diberikan oleh Presiden UMNO itu.

Kita tunggulah apa pula jawapan matematik dari Nordin Kardi dan Institut Pemikiran Mahathir terhadap tulisan ini.

muramatsu
United Kingdom

01.08.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel