Polis UMNO Malaysia (PUM)
dan Pemikiran Penjahat filem Hindustan
Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN


 

Sudah tidak sesuai Polis diberikan gelaran di raja kerana perangainya memalukan Raja sahaja. Elok digelar Polis UMNO Malaysia (PUM) . PUM tiba-tiba sudah selesai siasat kes DSAI apabila Wan Azizah umumkan perletakan jawatan Ahli Parlimen Malaysia seterusnya memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding. Tiba-tiba PUM jadi cekap dan tidak memerlukan DNA lagi untuk untuk membantu siasatanya.

Elok nilai semula apa yang PakLah (PM) kata dan Hamid Albar kata seperti di bawah;

Musa, Gani dikecuali Siasatan kes liwat babitkan Anwar tidak dirujuk kepada mereka – PM

Musa dan Abdul Gani tidak terlibat siasat kes Anwar – Utusan Malaysia
19/07/2008 7:05pm

Siasatan kes liwat Anwar Ibrahim selesai: Syed Hamid
31/07/2008 7:44pm

PUTRAJAYA 31 Julai — Siasatan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar…………-Utusan Malaysia

Bagaimana Hamid Albar boleh berkata pendakwaan ke atas DSAI diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (Gani)?. Bukankan PM telah membuat kenyataan bahawa Peguam Negara dikecualikan dari terlibat dalam kes DSAI?.

Malaysia makin ditertawakan orang kerana mempunyai segolongan manusia yang dididik untuk berfikir ala pemikiran Mahathir(pemikiran penjahat filem Hindustan) seperti di ajar oleh Biro Tatanegara dan Institut pemikiran Mahathir di UUM yang didokong oleh Nordin Kardi.

muramatsu
United Kingdom

01.08.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel