DEBAT DSAI – DSC: 
Nordin Kardi, BTN Kalah dan memalukan Institut Pemikiran Mahathir

Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN


 

Debat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Shabery Chek (DSC) baru-baru ini menarik perhatian kerana Nordin Kardi di pihak DSC. Ingatkan soalan Nordin Kardi berbentuk fakta, tetapi rupanya soalan sampah tidak lain menunjukkan betapa serabut otaknya itu untuk memutar fakta demi mempertahankan kedurjanaan politik dokongannya UMNO.

Tabiat memutarbelit fakta dan provokasi murahan dan jahat cara Biro TataNegara (BTN) dibawa masuk ke dalam debat tersebut oleh Nordin Kardi – walaupun melalui ruang soal jawab dalam sesi debat itu.

Jawapan DSAI tepat dan jelas mematahkan soalan Nordin Kardi, seterusnya menunjukkan taraf Nordin Kardi jatuh ke tahap paling bawah akibatnya memalukan BTN sendiri. Trend bahas yang cuba dikawal oleh Shabery Chek dan Nordin kardi dengan cara provaksi dan soalan bodoh itu nampaknya ada peranan yang diambil dari cara BTN untuk terus memburuk-burukkan imej DSAI.

Tetapi DSAI berjaya untuk tidak turut terikut-ikut dengan cara mereka (BTN) dan tidak mudah melenting menyebabkan mereka berdua (Nordin Kardi dan DSC) mati kutu.

Sebab itulah dalam mana-mana sesi BTN, peserta perlu mengenali fakta dan provikasi dari fasilitator BTN dalam mana-mana sesi anjuran BTN pun. Maka pihak yang kalah dan malu teruk dalam dalam debat tersebut ialah BTN. Bekas pengarah BTN ini sebenarnya amat memalukan BTN itu sendiri.

Di samping itu soalan Nordin Kardi itu juga menjatuhkan imej Universiti Utara Malaysia (UUM) di mana Nordin Kardi sebagai Naib Canselornya. Kesian kepada bakal, lepasan graduan dan kakitangan UUM serta kakitangan Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM) di UUM akibat dari pendekatan yang tidak tenang serta otak berserabut itu yang diterjemahkan melalui soalan Nordin Kardi dalam debat berkenaan demi terus mempertahankan kedurjanaan yang lalu.

Untuk melihat bukti lain betapa Nordin Kardi ini memalukan UUM melalui tindakan tidak tenang pemikiran demi mempertahankan kedurjanaan lalu dijelaskan melalui dokumen yang dilampirkan. Dokuman ini mengandungi laman web yang diigap dari web IPDM berkenaan. Tarikh kemas kini muka pertama ialah 10.June.2008. Muramatsu igap laman ini semasa menjawab soalan dari Mustapa b. Kassim IPDM (muka kedua) yang disiar dalam laman Tranungkita di sini http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11115 tentang saranan muramatsu supaya Institut Pemikiran Mahathir dibubarkan.

Tetapi laman web IPDM yang dikemas kini pada 25 Jun 2005 sudah diubah seperti terdapat dalam muka ketiga dokumen. Pembaca nilailah sendiri BTN, Institut Pemikiran Mahathir di UUM dan Naib Canselornya Nordin Kardi tentang perkara ini.

Dari sini bukti betapa pinda-minda fakta dan provokasi murahan demi mempertahankan kedurjanaan adalah mainan hati-hati dan otak-otak pemikiran tidak tenang yang ada dalam enjin BTN dan pendokongnya seperti Nordin Kardi itulah yang kalah dalam program itu walaupun tidak berdebat di atas pentas.

muramatsu
United Kingdom

19.07.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel