![]()
kilabreT
Oleh MNI - Laman M@RHAEN
Satu Perhimpunan halal telah berlangsung di KLCC hari minggu yang lepas . Seramai 46 telah di tangkap dan direman pagi ini akan didakwa kerana mengetuai perhimpunan halal . Mereka ialah Abdullah Ahmad Badawi, Hishamuddin Hussin, Khairy Jamaludin, Ali Rustam, Zainuddin Maidin, Najib Razak, Khir Toyo, Azalina Said, Shahrizat Jalil dan beberapa lagi ketua-ketua mereka.
Mereka mengadakan perhimpunan kerana membantah penurunan harga minyak dan barangan harian seperti minyak, gula, tepung dan beras . Mereka mendakwa negara akan bankrap jika harga barang-barang ini diturunkan . Mengikut teori ekonomi mereka mendakwa harga barang tidak boleh di kawal dan pasaran akan menentukan harga dari permintaan dan bekalan, bahawa penguasa iaitu kerajaan tidak ada kuasa apa-apa terhadap kenaikan harga . Mereka juga mendakwa kenaikan harga minyak adalah perlu kerana keuntungan Petronas tidak boleh diagihkan untuk membayar subsidi minyak . Paling mereka bimbang negara akan bankrap jika penurunan ini di teruskan. Subsidi minyak akan menyebabkan negara dan rakyat mundur dan di anggap akan sentiasa bersikap mahukan subsidi.
Polis telah menangkap mereka kerana mereka telah menyerang polis dengan kasar, dan polis pada awalnya hanya memerhatikan sahaja tindakan mereka . Mereka mendakwa polis tidak patut mendiamkan diri sahaja, lalu mereka terus menyerang polis dan menyebabkan polis mengambil tindakan setelah ramai anggota polis yang hanya memerhatikan sahaja tetapi di pukul oleh mereka.
harga minyak pada masa ini ialah RM 1.00 setelah diturunkan oleh desakan rakyat dan akhirnya syarikat-syarikat minyak menurunkannya walaupun melanggar arahan kerajaan . harga barangan lain juga di turunkan setelah di kesan bahawa ramai individu peringkat menteri mengambil kesempatan memainkan harga barangan .
Orang ramai sebenarnya sudah mengetahui rancangan perhimpunan mereka dan mereka melaporkan kepada polis untuk bersedia, kerana bimbang mereka akan bertindak kasar dan merosakkan harta awam di sekitar KLCC .
Pimpinan Pas dan BA tidak bersetuju tindakan polis menangkap mereka, kerana itu adalah hak mereka bersuara dan menyatakan tidak puas hati dan kebebasan bersuara dalam negara . namun polis terpaksa menangkap juga kerana ramai anggota polis telah di pukul walaupun polis tidak melawan langsung. Semasa di tangkap pun polis menggunakan kaedah paling lembut di mana, antara ayat yang di gunakan ialah silakan ke mari kami nak bawa anda ke balai sekejap sahaja, Kami akan bagi bilik hotel sementara awak semua di tahan dan makanan akan di sediakan, kami maafkan anda semua walaupun harta awam rosak, itu adalah hak awak semua bersuara di negara yang bebas menyatakan pendapat ini .
Mahkamah juga setuju perhimpunan halal ini boleh di teruskan atas menjunjung dasar kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi .
Mereka semua akan di bebaskan setelah di berikan penghargaan oleh ketua polis negara kerana berjaya menghidupkan semangat kebebasan bersuara .
Tajuk berita ini ialah Terbalik, bukan kilabreT.
- MNI
29.01.2008 (suntingan M@RHAEN)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel