![]()
TNB dan Blackout
Oleh MNI (Laman M@RHAEN)
Lama juga tidak menulis, dari Tsunami, penyelewengan dan cerita penafian oleh pemerintah dan sebagainya, banyak juga jadi bahan lawak jadi bahan geram dan kasihan pun ada.
Apa pun, penulis tak mahu komen yang lain cuma nak komen TNB dan blackout baru-baru ini. Ini pun kebetulan penulis ramai kenalan di TNB dan rasa kasihan pada TNB. TNB bertukar daripada Tan Sri Ani Arope sebagai CEO dan seterusnya ditukar kepada Tan Sri Tajuddin Ali, kemudian jawatan CEO di tambah jadi sekali sebagai Presiden. Lepas TS Tajuddin Ali, jawatan CEO jadi caca merba sikit kerana Pengerusinya Dato Jamaluddin Jarjis (JJ), tapi Presidennya Dato Fuad Jaafar (org TNB) dan di ikuti Dato Pian Sukro (juga org TNB), manakala Pengerusinya Dato Awang Adek. Sekarang Pengerusinya Dato Leo Moggie manakala Presidennya Dato Che Khalib.
Penulis agak pelik sikit kerana bagaimana boleh jawatan Pengerusi bukan lagi Presiden dan CEO. Sebab adalah dengar khabar dari kawan-kawan TNB masa JJ dan Awang Adek, Pengerusi boleh bagi arahan cara mulut tapi tidak ada kuasa eksekutif maka banyaklah timbul kekeliruan kuasa siapa dan siapa lebih berkuasa, apa pun kalau orang politik jadi Pengerusi faham-faham sajalah. Elok kita baca 2 tulisan MGG Pillai (ini dan ini) tentang ini, dan sebenarnya penulis pun hanya tumpang semangkuk, tambah yang hanya menumpang kehebatan MGG Pillai. Tak setanding penulis kalau dibanding dengan MGG Pillai, terlalu jauh.
Jual beli elektrik nie, terlalu besar belanjanya. Cuba kita lihat secara teknikal perkhidmatan dalam rumah kita, elektrik, air, gas, telefon, Astro, TV, Internet dan sistem kumbahan. Yang kritikal hanya 3 - elektrik, air dan telefon. Kalau putus air memang kita gelisah dan rasanya paling gelisah bila tiada air, orang kata biar gelap dan panas tak ada kipas, tapi kalau tak mandi dan tak basuh baju alamatnya hidup serba tak kena. Kalau tak ada elektrik pula peti ais busuk, segala jenis pam tak jalan, ikan di akuarium yang mahal-mahal tu mati, susah juga.
Atas rasa kasihan pada TNB penulis cuba ceritakan, susahnya membekal elektrik dan air. Air kalau berlaku apa-apa di loji dan sebagainya satu kawasan yang diliputi tak ada air, kira-kira dengan banyaknya rangkaian dan pengusaha Jabatan Bekalan Air, tidak atau jarang boleh berlaku satu kawasan besar ketiadaan air. Manakala elektrik pula, ia ada yang di namakan Sistem Grid, penyambungan ke seluruh rangkaian di seluruh negara supaya tidaklah semua janakuasa perlu dijalankan kerana kosnya sangat tinggi, dan ada sistem pengagihan yang menjadikan ia "cost effective".
Masalah elektrik pula berbanding air tadi, jika paip rumah kita tak keluar air maka nak check tak banyak sangat, hanya perlu check meter, dan segala paip lain tersumbat atau tidak tertutup atau tidak tangki dan sebagainya agak mudah. Manakala elektrik selalunya agak susah diramalkan, contohnya satu lampu florescent, akan ada suis, choke, starter, dua pemegang kiri dan kanan mentol semua kena okey barulah menyala. Kalau nak betulkan satu lampu florescent memang semua tadi tu kena check kadang-kadang dan dalam kebanyakan kes satu connection longgar lampu tak menyala. Jadi nak di bandingkan dengan paip air tadi memang agak rumit, tambahan itu baru satu lampu. Begitulah jika dari janakuasa, sistem penghantaran, pembahagian dan sampai ke rumah atau kilang elektrik melalui beribu-ribu alat untuk sampai ke rumah kita. Pendek kata elektrik lebih susah diramal berbanding dengan air. “Electricity is very unpredictable".
Bila berlaku kerosakan sedikit maka boleh menjadi domino pada keseluruhan sistem satu demi satu terputus dan hasilnya satu negeri, dua negeri dan boleh terus satu Semenanjung.
Mungkin boleh pinjam perkataan Samy Vellu, kalau tukar CEO boleh tak ada black out ker? (Samy Vellu kata, tukar Menteri boleh halang tanah runtuh ker?). Tapi di Malaysia nie perkaitan korperat dengan rasuah dan penyelewengan susah hendak dinafikan perkaitannya. Dalam masa yang sama susah juga nak dikaitkan penyelewengan dan teknikal terputus bekalan tadi.
Ada juga yang kata dah nasiblah TNB tu jaga elektrik, maka bila bergelap kena balunlah TNB, sebenarnya siapa pun jadi TNB akan menghadapi masalah yang sama. Tentu Samy Vellu cukup suka ungkapan ini. “…ini semua bukan salah Menteri!!!!"...pooraaah Samy Vellu...
Oleh kerana cerita tadi agak teknikal, maka kita kena faham sedikit teknikal, barulah boleh faham kesusahan dan ramalan tadi, tapi bukanlah itu satu alasan bagi TNB, kerana di Jepun umpamanya, Tokyo Electric Power dinilai dengan bilangan terputus bekalan yang sangat sedikit setahun, berbanding syarikat lain di dunia, yang ini tentulah kena rujuk data-data teknikal yang boleh dibuat perbandingan.
Alaahaaiii kasihannya TNB...nampaknya cerita naik tariff, akan tertangguh lagi, yang senyum sendirian ialah IPP, YTL.
MNI - 26.01.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)