![]()
Kisah Rakan Sebilik ku (makan, tidur dan buat anak)
Oleh MNI (Laman M@RHAEN)
2 September 2004, DSAI di bebaskan, beliau terus ke Munich mendapat rawatan dan liputan dunia. Berangkat menunaikan umrah dan balik pada 31 Oktober 2004. 21 November saya bersalaman dengannya di Bukit Damansara, cuba berjenaka sedikit hingga Sdra SU Agung Mustafa Kamil Ayub yang juga jiran saya tertanya apa yang saya jenaka kan.Semasa membelek Harakah di pejabat di waktu lapang memerhati gambar ketibaan DSAI di KLIA, rakan sebilik saya (bukan sekadar sepejabat, sebilik!) bertanya “ siapa nie di sambut di KLIA …” Anwar?…”..balik dari mana ?…eih Anwar dah lepas …bila dia lepas?
Saya terkejut, bukan kerana dia tidak tahu atau tidak ambil tahu, tapi terkejut dan bertanya apakah saya tidak menjalankan tugas menyebarkan maklumat yang tiada di Media Perdana, apakah peranan saya tidak berkesan hingga rakan sebilik tidak tahu ehwal semasa, sama ada memihak atau tidak kepada sesiapa. Saya terus bertanya …” eih apa ngkau cakap nie “…engkau bior betul..! Dia menjawab betul aku tak tahu..maaflah aku betul tak tahu.
Saya tidak menjangkakan rakan saya ini menjadikan Anwar idolanya …bukan pula meminta mengagungkannya …saya juga tidak bersetuju Anwar di agung-agungkan, tetapi saya agak kesal, kerana sejarah besar yang berlaku dalam politik Malaysia ada yang tidak ambil tahu. Saya lebih menyalahkan diri sendiri kerana mungkin gagal peranan saya, tetapi inilah gambaran mungkin segelintir rakyat Malaysia. Namun ini adalah peluang terbaik saya meng“kader“kan rakan sebilik saya yang beza umur hampir 15 tahun dengan saya. Ada berapa ramai manusia seperti ini di Malaysia ada analisis yang boleh di buat dari perangkaan data pengundi, dan juga pengakuan PAS gagal menarik pengundi muda. Seterusnya rakan saya ini menceritakan bagaimana rakan-rakan sebayanya yang tidak meminati politik, asyik tuduh menuduh, asyik salah menyalah. kotor dsbnya.
Apalah politik ini, ada Tuhan samseng, ada macam-macam, beliau tidak faham dan nampak memang terlalu jahil dengan politik, tidak mahu ambil tahu, malas ambil tahu, dan menganggap tidak ada kaitan dalam hidupnya. Persoalan yang lebih besar yang saya fikirkan ada berapa ramai manusia seperti ini di Malaysia dan sudah tentu ini lah kejayaan BN memperbodohkan rakyat dan membuat suasana supaya rakyat tidak ambil peduli apa yang berlaku di keliling mereka, mereka hanya makan, tidur dan buat anak (maaflah ini petikan dari kuliah Ustaz Ramli Wahab dari Gopeng). Rakan saya ini lulusan universiti, saya tidak dapat bayangkan bagaimana pula anak-anak Felda yang dilanda bermacam masalah sosial, anak-anak miskin yang tidak bersekolah dan pekerja-pekerja kilang yang diperah tenaganya, bagaimana mereka berfikir tentang negara mereka.
Saya agak lega sedikit kerana beliau mengetahui Tun Khalil Yaakob memang ada menyimpan wang berkarung-karung di syiling rumahnya. Ini kerana menurut katanya, Pak cik beliau sendiri yang menjalankan kerja pembaikan / tambahan yang bercerita akan hal tersebut. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menuduhnya terlalu jahil tentang ehwal rasuah pemimpin umno. Beliau mengetahui Datuk Fauzi itu baik orangnya, pernah datang ke rumahnya, tidak sombong dan bertanya pada saya apa khabarnya Datuk Fauzi.
Membaca pula surat khabar Keadilan saya masih tidak nampak hala tuju Anwar dari persepsi keluaran surat khabar itu setakat keluaran itu . Itu surat khabar Keadilan, jangan sebutlah Utusan dan laman –laman umno. Membaca dari web Marhaen, Malaysiakini, Malaysia Today saya bertambah sangsi dan ada pendapat dari kalangan pro BA sendiri, masih tidak nampak apa halatuju dan masa depan BA, Anwar Pas dan DAP. Ada gambaran juga yang di buat setelah kekalahan teruk BA pada pilihan raya yg lepas, penggunaan maksima jentera kerajaan dan penipuan oleh BN, menampakkan seolah-olah malapnya masa depan BA. Dalam keadaan “alah“ di post mortem sebab kekalahan, maka semangat kadangkala tenggelam timbul di pertontonkan analisis kelemahan atas sikap menerima pandangan semua pihak dan perlunya bersikap terbuka.
Sepatutnya untuk lebih adil setiap penulisan perlulah bersama dengan kenyataan bahawa jika BA bermasalah BN sebenarnya jauh lebih bermasalah dan semuanya BA dan BN bermasalah. Barulah sedap baca. Lihatlah hakikat bahawa adalah BA kalah ditipu manakala BN menang menipu. Penipuan adalah seni politik katanya, dan politik itu seni penipuan. Wah sedap sekali bunyinya. Patutlah rakan sebilik saya itu menjadi malas ambil tahu dan tidak salah jika hidup ini makan, tidur dan buat anak, itu saja, habis nak buat apa lagi?
MNI - 27.11.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)