![]()
Johor Juara Bertahan
Kayu – 7 Ramadhan 1426 / 10 Oktober 2005Syabas kepada Ghani, Johor secara rasminya telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai negeri termiskin (RM598.35 juta) di Malaysia (Utusan Malaysia 2 Oktober 2005) dua tahun berturut-turut. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai memandangkan betapa kutu-kutu UMNO/BN yang menyandang jawatan MB berlumba-lumba untuk memiskinkan negeri sendiri, tetapi melakukannya untuk dua tahun berturut-turut adalah sesuatu yang menakjubkan. Tahun ini pemenang tempat kedua adalah Kedah (RM450.96 juta) dan ketiga adalah Selangor (RM377.33 juta).
Kesian teman dekat jawa-jawa dan bugis-bugis Johor, dahlah dimalukan tahun lepas dengan si balau Ghani ni, tahun ni kena lagi. Ingat lagi teman macam mana Ghani (Jawa Johor) dengan yakinnya yang Johor dapat dan berkemampuan untuk membayar balik hutang (RM700 juta – 2004) menjelang akhir 2004 bila Johor dinobatkan Negeri Termiskin Malaysia pada tahun lepas. Cakap tinggal cakap, janji tinggal janji, itu sajalah si Jawa Johor sorang ni boleh cakap. Kalau tidak mengenangkan campur tangan Istana Johor, dah lama dah si Jawa Johor ni digantikan dengan MB baru semasa pilihanraya tahun lepas. Entah apa janji si Jawa Johor ni atau entah apa kepentingan dia untuk orang istana, hingga istana minta supaya dia dikekalkan. Tapi orang Johor semua tahu, si Jawa ni adalah Pak Turut pada istana berbanding dengan Muhyidin bekas MB Johor dulu.
Yang lebih menyedihkan lagi adalah menjelang akhir tahun ini Johor sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju seperti yang diwar-warkan oleh si Jawa Johor ni. Jangan kata kelibat negeri maju, negeri tiga suku maju pun tak de lagi bayangnya. Kita tunggu sajalah apa si Jawa Johor ni nak cakap lepas ni. Tahun lepas dia bising, tapi tahun ni masih senyap aja. Rasa dah habis modal kut nak menipu.
Seperti biasa, inilah balanya bila kepimpinan BN yang dah nyata korup masih diberi kuasa berulang kali untuk memerintah. Tak payahlah kita nak berbincang atau menanyakan apa dia korupsi yang dah si Jawa ni lakukan. Tak cukup masa dan kertas untuk kita bincangkan tentang hal-hal macam ni. Yang sedihnya rakyat masih menaruh harapan yang BN dapat membawa perubahan atau membaiki keadaan. Mereka terus mengundi BN pada setiap pilihanraya hanya dengan janji-janji manis yang dilafazkan 3-4 bulan sebelum pilihanraya. Ada pula yang masih sanggup menjual maruah dan masa depan anak-anak dan generasi berikutnya dengan membantu BN untuk menang pilihanraya menerusi undi hantu dan sebagainya.
Berbalik kepada Johor Negeri Termiskin sekali lagi, teman tengah mencari-cari jalan bagaimana Johor boleh membayar balik hutang pada Kerajaan Persekutuan. Kalau kita melihat balik dari Bajet 2006 yang dibentangkan oleh Pak Lah(yang setakat ni tak de orang berani komen), teman tak nampak jalannya. Kebanyakkan belanjawan adalah untuk pengurusan peringkat kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Pelik, macam manalah Johor yang gah suatu ketika dulu negeri terkaya boleh tersembam menjadi negeri termiskin dalam tempoh tak sampai dua penggal si Jawa Johor ni berkuasa. Dari terkaya kepada termiskin memang sesuatu yang perlu disiasat oleh BPR dan Jabatan Audit. Kalau nak siasat pun tak berani, baik baring aje kat landasan keretapi dan tunggu kena langgar. Tak ada lagi bagus dari ada. Tapi kalau di buat lah siasatan, dan tak de silapnya pada si Jawa Johor ni, tak tau la teman apa nak cakap.
Untuk kali ni teman amatlah berharap supaya sebilangan besar jawa-jawa dan bugis-bugis Johor sedar akan kesilapan mereka. Buat permulaan suruhlah si Jawa ni letak jawatan atau berundur diri secepatg mungkin. Kita tahu, di negeri Johor ni, UMNO/BN terlalu utuh jadi susah kalau diminta supaya jangan mengundi BN. Bak kata orang-orang dulu, kalau calun BN tu diletak kucing atau kambing pun, orang Johor mesti pangkah dacing punya. Begitulah taksubnya orang Johor pada BN dan UMNO. Tapi susah nak disalahkan orang Johor ni, sebab pengasas UMNO datangnya pun dari Johor. Jadi janganlah dibuang dulu UMNO/BN tu, kita buang dulu si Jawa MB ni dulu.
Jadi teman menyeru kepada warga Johor supaya petisyen dibuat untuk menyingkirkan si Jawa Johor ni atas dasar undi tidak percaya terhadap kepimpinannya. Teman rasa tidak ada satu pun rakyat Johor rela jika si Jawa Johor ni ”membantu” Johor untuk mempertahankan gelaran negeri termiskin ini untuk tahun depan buat tahun ketiga berturut-turut. Buat penutup kata dari teman kali ni, teman nak bertanya pada si Jawa Johor ni, ”Apa yang kau nak buat”?
Mejoh
Penulis bebas - 15.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.