![]()
RUMAH WISMA ANAK-ANAK KESAYANGAN
MEMERLUKAN SOKONGAN DAN BANTUAN ANDA
Kiriman Mejoh (Laman M@RHAEN)
Assalamualaikum,
Semalam saya telah dihubungi oleh salah seorang penjaga Rumah Wisma Anak Kesayangan (RWAK) di Bandar Country Home, Rawang (tel: 03-67331384 - Tengku Zuraidah). Menurut beliau kini, penghuni RWAK seramai 300 orang adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak-anak orang miskin. Kini RWAK ini amat memerlukan bantuan mana-mana pihak sama ada badan korporat atau individu bagi menampung keperluan harian rumah ini.
Pada tahun lepas, melalui program Touching Heart, Unilever telah membawa seramai 23 orang kanak-kanak daripada RWAK ini untuk Membeli belah ke Mid Valley untuk membeli barangan keperluan sekolah.
Diantara bantuan yang amat diperlukan adalah:
1. Beras.
Adalah dimaklumkan bahawa kini bantuan berupa beras dan keperluan harian yang lain adalah amat diperlukan. Untuk sehari semalam Rumah ini memerlukan sebanyak 100 kilo beras. oleh kerana kekurangan bekalan, kini mereka hanya memakan bubur nasi sahaja.2. Bahan mentah untuk keperluan harian.
3. Pakaian
4. Buku rujukan sekolah.Sekiranya anda berminat sila beri bolehlah menelefon no. tertera di atas.
Sehubungan dengan itu, adalah baik sekiranya kita semua dapat berganding bahu untuk menderma kepada Rumah ini dengan mengumpul seberapa banyak wang yang kita mampu untuk membeli beras dan keperluan lain.
SEMOGA DERMA ANDA DAPAT MEMBERI SINAR KEPADA YANG MEMERLUKAN DAN MENGERATKAN JALINAN TALI PERSAUDARAAN ANTARA SESAMA ISLAM.
Yang benar
Nornita Mohamed Esivan
Bendahari Persatuan Kakitangan Islam Unilever.-Dipanjangkan oleh Mejoh
Penulis Bebas - 22.02.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)