PETIKAN DRP MALAYSIA TODAY
Apakah yang dibongkar oleh Suruhanjaya DiRaja?

Malaysia Today

- Tujuh wanita warga China terlibat dalam aktiviti “guest relations” ditahan oleh polis. Semasa dalam tahanan, mereka diheret dari bilik tahanan di tengah malam dan dihantar pulang keesokan paginya. “Love bites” didapati di leher beberapa wanita tersebut. Mereka yang cantik paras rupanya telah dibawa keluar dari bilik tahanan lebih dari satu kali.

- Semasa ujian kencing bagi mengesahkan sama ada saksi telah mengambil dadah, polis akan meminta apa-apa antara RM200 dan RM2,000 bagi ujian kencing yang positif untuk jadi negatif. Walau bagaimanapun, jika saksi enggan bekerjasama, ujian kencingnya yang negatif akan jadi positif.

- “Caj perkhidmatan tambahan” telah dikutip daripada tahanan. Satu panggilan telefon berharga RM100, sementara teh tarik, roti canai dan mi mamak boleh berharga sehingga RM300.

Lain-lain: Kutipan berkala daripada pekerja-pekerja asing tanpa izin juga majikan-majikan mereka; bekerjasama dengan syarikat tunda kereta memeras untuk ”duit kopi” daripada pemandu kereta yang melanggar peraturan lalulintas.

- Seorang pegawai polis senior disyaki mengumpul sejumlah RM200,000 sebulan daripada “wang perlindungan” daripada sindiket jenayah, termasuk operator pusat-pusat maksiat, arked video dan rumah-rumah pertaruhan bawah tanah. Pegawai tersebut memiliki mahligai-mahligai, lot-lot kedai, kereta-kereta mewah dan syer bernilai hampir RM7.4 juta.

- Seorang pegawai polis senior mengisytiharkan aset peribadinya bernilai RM34 juta. Tiada tindakan telah diambil ke atasnya.

- Seorang pegawai polis tinggal dalam sebuah mahligai dengan kolam renang dan kereta-kereta mewah memenuhi tempat letak keretanya. Dia sering kelihatan bersama ketua-ketua kumpulan-kumpulan jahat. Dalam satu jamuan Raya tahun lalu, ketua-ketua kumpulan jahat tersebut, bukan saja melawatnya, tetapi telah diatur duduk bersama orang-orang kenamaan.

- Seorang superintenden meminta orang atasnya untuk dinaikkan pangkat, tidak lama selepas itu, dia menerima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali memberitahunya, dia boleh lakukannya dengan RM40,000.

- Hanya sedikit “pelincir” diperlukan untuk dipindahkan. Sebagai contoh, harga untuk pindah ke D7 jabatan siasatan jenayah bertanggungjawab ke atas kongsi-kongsi gelap, kegiatan maksiat dan judi, ialah antara RM30,000 dan RM40,000.

- Jika anda tidak bernasib baik telah ditukarkan ke negeri lain, jangan bimbang, kerana perjalanan balik akan ditaburi dengan wang. Seorang pegawai polis Sarawak telah dipindahkan ke Malaysia Barat, tetapi dia berjaya dipindahkan semula ke Sarawak selepas tiga bulan. “Kos perjalanan”nya pada RM25,000, jumlah yang mengejutkan. Terdapat beberapa “lombong emas” dalam Polis DiRaja Malaysia, termasuk jabatan siasatan komersil, polis trafik, siasatan jenayah, narkotik, logistik (pembelian dan pembangunan), mobilisasi dan kenaikan pangkat.

Kes-kes di atas adalah sebahagian daripada kira-kira 500 aduan yang diterima oleh Suruhanjaya DiRaja daripada orang awam. Kepada setengah rakyat Malaysia, ia telah membuktikan berbagai khabar angin  dari dalam pasukan polis. Bagi yang lain, ia telah membongkar dunia yang gelap…

Dunia kegelapan tersebut telah wujud buat sekian lama, dan ia belum pernah didedahkan, pelbagai maksiat dan kejahatan telah berlaku tanpa batasan dan ditutup. Suruhanjaya DiRaja baru mendedahkan sebahagian daripada kandungannya. Namun, semua itu tidak akan berhenti dan terhapus dengan pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya DiRaja itu.

Ia tidak mudah dihapuskan, selagi tiada orang yang benar-benar bijak dan tegas, yang akan memberkas mereka satu demi satu.

08.06.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: