![]()
PETIKAN DRP MALAYSIA TODAY
Persoalan wang ditimbulkan mengenai lawatan ke Malaysia
oleh pemimpin Republican
Malaysia TodayPihak yang berkepentingan dan ada hubungan dengan kerajaan Malaysia telah membantu mengatur satu perjumpaan antara perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AS George W. Bush, pada masa hubungan dua hala kedua negara di tahap paling teruk, menurut laporan berita.
Perjumpaan pemimpin tersebut pada Mei 2002 begitu instrumental dalam memperbaiki hubungan dengan Washington.
Tun Dr Mahathir telah di’singa’kan di dalam negara kerana kritikannya yang pedas terhadap AS. Jadi, kontroversi baru akan timbul jika ia menunjukkan dia cuba mengatur perjumpaan bersama Bush.
Hubungan antara kedua negara telah bertukar menjadi hambar dengan pemenjaraan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan serangan yang bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap Yahudi.
Sebelum perjumpaan 2002, kerosakan telah pun dilakukan oleh kritikan Tun Dr Mahathir mengenai Bush akan reaksinya terhadap serangan 9/11.
Isu pembiayaan Malaysia bagi perjumpaan tersebut pertama kali didedahkan dalam laporan oleh akbar Hong Kong Standard dalam bulan April tahun lalu. Ia menjadi tumpuan semula kerana jawatankuasa etika Senat AS menyiasat aktiviti-aktiviti pemimpin Republican Tom DeLay.
DeLay melawat Malaysia bersama dua pemimpin Republican lain dalam bulan Ogos 2001, lawatan yang mungkin telah melanggar peraturan etika jika ia dibayar oleh Malaysia, Washington Post melaporkan.
Laporan Hong Kong Standard telah menyebut bahawa US-Malaysia Exchange Foundation (USMEA) dan Belle Haven Consultants yang berpengkalan di Hong Kong telah memulakan kempen melobi bernilai US$1.4 juta, menggunakan platfom Heritage Foundation (berpusat di AS).
USMEA dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, rakan kepercayaan Mahathir dan bekas menteri. Timbalan bersamanya ialah Datuk Jamaluddin Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan senator bersara AS Malcolm Wallop. Belle Haven yang berpengkalan di Hong Kong, sebuah firma berasaskan keuntungan, yang ada hubungan dengan kerajaan Malaysia.
Washington Post mendedahkan bahawa laporan menunjukkan Belle Haven membayar empat kumpulan pelobi AS sejumlah US$1.26 juta, sepanjang dua tahun mereka diambil untuk melobi.
Akbar tersebut seterusnya mendakwa bahawa Heritage, sebuah kumpulan pemikir polisi-polisi konservatif, membiaya lawatan DeLay ke Malaysia, dua pemimpin Republican dan isteri-isteri mereka.
Ia berkata bahawa Heritage bertahun-tahun menyerang pemerintahan Tun Dr Mahathir tetapi berubah pada akhir 2001.
“Sebelum serangan pengganas pada 11 September 200, Malaysia menghadapi halangan besar dalam rundingan bersama AS. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mencabul hak asasi manusia, memenjarakan lawan politiknya dan membuat komen anti Sematik yang berkali-kali,” menurut The Post.
Dalam keadaan begitu, DeLay dan rombongannya telah bersama Tun Dr Mahathir untuk makan malam.
“Kerja bertindih Heritage dan firma melobi menyokong kerajaan Malaysia dan kepentingan bisnes Malaysia ialah satu kajian kes dalam percaturan rapi bagi membawa iklim yang sesuai untuk sebuah negara yang kontroversi dengan mensasarkan elit Washington,” dakwa The Post.
Tetapi sebuah laporan dalam isu terkini majalah Time telah mengungkap Wallop, yang juga fellow senior Heritage dan telah bersama DeLay dalam lawatan tersebut, sebagai menafikan lawatan tersebut telah dibayar oleh Heritage. Dia telah dilaporkan berkata bahawa peranan utama yang dimainkan oleh Belle Haven yang ada kaitan dengan kerajaan Malaysia.
Time berkata peraturan etika US House dicabuli jika kumpulan selain penganjur rasmi, di mana Heritage dalam kes ini, membayar untuk lawatan tersebut bagi ahli Kongres.
26.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)