Pembunuhan Karektor....!!
Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN

 
 

Tiada siapa yang sangsi dengan hasil pemeriksaan Dr. Mohamed Osman Bin Abdul Hamid, kecuali orang yang buat-buat sangsi atas tujuan tertentu. Baca ni dari Malaysiakini... Kenapa doktor periksa lubang bontot dia? Saja suka-suka?   Atau boss beliau sendiri nak jaga bisnes. Layman atau commoner macam teman seperti yang dinyatakan oleh http://www.eryrahim.com/ tak ada apa-apa masalah. Kita punya conscience.. clear.

Doktor ini bukan budak baru keluar medical college... tapi dah 20 tahun practice. Kalau dilihat latar belakang beliau...jauh dah perjalanan doktor ni. Dah macam-macam jenis manusia yang dia jumpa...baca rekod kerja beliau di bawah ni...

http://mmc.gov.my/v1/searchmmc/main_search.php?action=detail&id=8528

Yang peliknya...adakah Pusrawi nak bagi tahu dunia bahawa doktor dia tak bermutu...tak ada kelas...tak boleh diharap..leceh..lekeh...? Jadi kalau ada sakit tak boleh berak..susah nak berak..sakit perut...kena liwat...atau apa-apa sakit bontot, jangan datang Pusrawi. Pusrawi tak de doktor untuk selesaikan sakit-sakit jenis tu.

MCA PJ Utara telah dapatkan pandangan 3 doktor lain terlebih dahulu untuk verify Dr. Mohamed Osman punya finding sebelum keluarkan memorandum.. Anwar tentulah consult macam-macam doktor untuk memastikan dia tahu apa yang dia cakap.

Masalahnya pada teman, bila manusia bergantung hidup pada manusia yang lain...itu yang susah tu. Dia tak bergantung hidup kepada pencipta dia. Bila manusia bergantung hidup dengan makhluk yang lain, dia boleh gadaikan prinsip hidup dia walau pandai macamana pun.

Bila ada menteri kata atau ada orang besar kementerian kata tindakan boleh diambil ke atas Pusrawi kerana laporan pemeriksaan Dr. Mohamed Osman bocor, maka GM dan Director Pusrawipun kelam kabut cari scapegoat. Dia tak nafikan laporan dr. tersebut benar tetapi mulalah cari benda-benda bodoh dan remeh temeh untuk selamatkan hospital dari diambil tindakan. Betul tak betul laporan dr. bukan menjadi perkara utama lagi. Itulah masalahnya.

Sebagai Director Pusrawi patut orang-orang ni pertahankan dr. dia. Soal bocor tu soal lain. Tak semestinya dr. tu yang bocorkan. Mungkin kakitangan lain yang buat kerja tu.

Jadi inilah masalah Malaysia. Susah nak jadi orang jujur. Orang yang pegang jawatan penting dalam kerajaan sanggup gadai prinsip untuk jaga kedudukan atau untuk kejar jawatan. Selagi ini tak dapat diselesaikan...kita tak kan ke mana...Wallahu'alam.

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

01.08.2008

Miliki dan alamilah teknologi internet terbaru, web 2.0 dengan PERCUMA.
Selamat tinggal web 1.0! (suka atau tidak, semua orang akan menggunakannya satu hari nanti)

Ditaja oleh Gading@PerigiDuit & Web2Upgrade Bersamaku:
Site Meter


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel