Surat terbuka untuk Perdana Menteri Malaysia:
Gejala rasuah makin menjadi-jadi


Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati

Bismillahirrahmanirrahim
Allahu Akbar
 
Jingoza
No. 283 Jalan Datuk Keramat
10150 Georgetown
Pulau Pinang
 
YAB Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
 
YAB Dato' Seri,
 
Per: Gejala rasuah semakin teruk
 
Saya ingin melaporkan salah satu kejadian rasuah dan pengkhianatan dari sebuah badan yang kononnya ditubuhkan dengan niat untuk membantu warga bumiputra khasnya Melayu Islam iaitu Petronas.
 
Seorang kenalan saya telah berjaya mendapat perniagaan stesen minyak Petronas di Kedah, telah bertungkus lumus dengan persiapan modal dan lain-lain, juga telah beberapa kali hadir berkursus dalam pentadbiran dan pengurusan selama beberapa bulan di Kuala Lumpur dan Sabah.
 
Keghairahannya untuk memulakan perniagaan ini berkobar-kobar setelah siap stesen itu sehingga menunggu saat diserahkan kepadanya sahaja, tetapi pihak atasan Petronas telah melakukan pengkhianatan dan pembohongan setelah apa yang dijanjikan. Bila dekat sahaja waktu untuk penyerahan perniagaan itu maka timbulah 'penyakit' yang amat keji dan bahaya! Pihak atasan Petronas meminta 'under counter' tunai sebanyak RM150,000 tidak kurang dengan amaran jika tidak banyak lagi sedang menunggu untuk mengambil alih! Kenalan saya terkapar-kapar tak terkata dan remuk berkecai hatinya, tidak disangka angkara ini boleh timbul macam dalam politik Umno oleh politik wang.
 
Mungkin wabak ini menular sebab budaya pemimpin-pemimpin dalam Umno/BN maka terbawa-bawa ke tempat lain juga ,macam wabak JE dan denggi juga. Apakah pihak atasan Petronas tidak beragama dan jenis Melayu apakah mereka-mereka ini? Apakah janji-janji Petronas boleh dikhianati sesama bangsa?
 
Saya sangat berharap Dato' Seri boleh membantu dan memberi perhatian dalam isu rasuah keji ini demi kebaikan negara dan maruah Islam dan Malaysia tercinta ini. Disudahi dengan doa moga mendapat kejayaan Dato' Seri dalam kempen membanteras gejala rasuah buat selama-lamanya, wasalam.
 
Jingoza
Kampong Makam Tn Hj Kassim
Jalan Datuk Keramat
Pulau Pinang
4hb July 2005/27 Jamadilawal 1426

(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN