![]()
Pukulan TKO Buat Parti Karat !
Oleh Jingoza - Laman M@RHAEN
![]()
![]()
![]()
Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !
Alhamdulillah kes muqabalah atau muzakarah sudah selesai dengan pengumuman TG Hadi Awang yang mana para pemimpin UmnoBN menerima kemaluan besar kerana taktik dan teknik putar dari Putrajaya gagal memakan umpan basi itu, malah malu kerana pipi dan hidung yang tidak mancung tidak langsung terjawab dengan penolakan TGHA juga Parti Islam SeMalaysia tidak akan bersekongkol atau apa saja kerjasama dengan parti karat Umno. Ibarat kena 'smack down' parti mereput UmnoBN oleh TGHA !
Lega rasa ramai ahli juga bukan ahli dari kalangan Islam juga bukan-Islam, kerana jika jadilah persekongkolan dengan parti khianat lagi pembelot besar itu amat besar kerugian yang akan ditanggung PAS, malah akan dipandang serong juga boleh terus lingkup dan dilabelkan sebagai sebuah parti pembelot !
Maka kini UmnoBN terlopong dengan penolakan itu juga amat hampa kerana setiap penipuan licik tidak tercapai,sejarah membuktikan UmnoBN sebuah parti yang tidak boleh dipercayai,yang sangat korup dipenuhi oleh para pencinta korup dan khianat,maka terselamatlah PAS dari terjerumus kelembah keji.
Akan dapat dilihat rencana lain pula yang lebih licik dan canggih akan menyusul kerana Umno tidak akan berdiam diri selagi PAS tidak dihancurkan, kerana perjuangan PAS yang berasaskan Islam sangat mengugat kedudukan UmnoBN. Kerja seleweng harta ne gara dan salahguna kuasa, rasuah dan berbagai kemungkaran akan rumit selagi ada PAS juga Pakatan Rakyat !
Kini beban UmnoBN bertambah lagi dengan pengisytiharan DS Anwar Ibrahim yang akan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh setelah DS Wan Azizah meletak jawatan, kerja jahat akan memakan lebih masa bagi mereka, segala percaturan dan helah serta tipudaya perlu dipercepatkan demi membantutkan kemaraan DSAI, para juak UMno telah mula menyalak seperti anjing kelaparan atau nampak hantu !
Bergema seluruh Malaysia para pengampu memberi komen ampu dan bodek kepada Menteri Perdana sambil perlekeh DS Anwar, mungkinkah bila teramat mendesak DSAI akan ditangkap? Tambahan pula siasatan kes liwat serta-merta sudah siap! Jangan terkejut jika ini salah satu cara menyekatnya, kita berdoa moga Allah SWT memelihara keselamatan DSAI.
Sekali lagi permainan kotor oleh tangan-tangan ghaib SPR serta segala bala tentera dari berbagai jabatan dan agensi akan dapat dilihat turun menyerang Permatang Pauh menjelang pilihan raya kecil ini, jadi Pakatan Rakyat perlu waspada akan kebejatan UmnoBN kerana sejarah lalu akan berulang, akan adakah lagi penendang peti undi seperti bekas imam duit dulu? Wallahu waa'lam.
Wassalam.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot01.08.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:![]()
Emel