![]()
Sumpah Sumpah,
Sumpah Menyumpah Dan Akuan Bersumpah!
Oleh Jingoza - Laman M@RHAEN
![]()
![]()
![]()
Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !
Berbagai pihak mengambil kesempatan terutama dari parti karat Umno/BN yang mengikut Islam Hadhari agaknya dengan cabaran supaya mengangkat sumpah menafikan tuduhan liwat keatas DSAI,yang lucunya hanya untuk angkat sumpah nafi kes liwat sajakah al-Quran yang mulia itu padahal jika ikut Hadhari yang cemerlang terbilang dengan temberang ciptaan Umno, adakah hanya untuk angkat sumpah merujuk al-Quran tapi membuta hal-hal lain yang dituntut Islam !
Berlagak ibarat ulamak oleh para pengampu dari kalangan pemimpin Umno memberi pandangan agar angkat sumpah dengan al-Quran seperti mempermain-mainkannya sahaja ,yang sebenarnya bukan saja bersumpah malah al-Quran adalah panduan dari Allah SWT untuk hamba-hambaNya dalam menempuh kehidupan seharian didunia menuju keakhirat disamping mengikut Sunah-sunah Nabi besar Muhammad saw sebagai pemimpin umat Islam dan umat-umat lain didunia !
Saranan untuk bersumpah dengan al-Quran timbul kerana isu liwat yang dilaporkan seorang pengadu dipercayai balaci Umno keatas DSAI tapi sebelum ini al-Quran hanya dipamerkan dan hanya untuk tilawah saja padahal ia mencakupi segala tuntutan rohaniah dan juga duniawi.
Para pengampu Umno dari pemimpin atasan sampailah pada pengampu kuat pengerusi Putra Umno sama-sama menyondol konon minta pihak kena tuduh bersumpah,mengapa hanya DSAI saja diminta bersumpah sepatutnya Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan fakta dan bukti dulu semasa 1998 pun harus bersumpah. Pengerusi putra Umno mahu DSAI sumpah tapi tidak menuntut hukum al- Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat seperti kata Pengerusi Lajnah Undang-undang dan AJK PAS Pusat Sdra Hanipa Maidin yang menyifatkannya sebagai sikap berpura-pura sahaja.
Terdahulu kita digemparkan oleh YM Raja Petra dengan akuan bersumpahnya berkenaan kes Altantuya yang melibatkan isteri TPM dan dua orang lagi individu. Kini muncul lagi aduan bersumpah ibarat musim menyumpah pula !.
Dalam kemelut sumpah menyumpah tidak ketinggalan juga yang bersumpah didepan pesuruhjaya sumpah dan peguam bersumpah akuan terdahulu konon kurang 'tepat' lalu membuat lagi aduan bersumpah dengan beberapa pindaan yang dilihat amat meragukan ! Ini dibuat oleh bekas penyiasat persendirian seorang tokoh kenalan baik pemimpin tertinggi Umno yang terlibat kes pembunuhan Altantuya,banyak pihak kini berasa seperti sebuah lelucon undang-undang di Malaysia dimana bukan sahaja akuan bersumpah boleh dipinda-pinda macam main-main malah apa saja yang tidak menyebelahi pihak pendakwa boleh diubah termasuk tempat,tarikh dan waktu seperti terjadi sewaktu perbicaraan DSAI tahun 1998 dahulu !
Kini timbul lagi peristiwa kes serupa ibarat ulangtayang yang sebenarnya dipercayai demi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat mampu memiliki tampuk pemerintahan pusat ! Apakah sangat licik dan bijak 'tangan-tangan ajaib' berada dibelakang drama yang makin mendedahkan kebejatan dalam perundangan diMalaysia kini ? Atau apakah ada unsur-unsur ugutan,paksaan atau perasugut dalam menarik dan meminda akuan bersumpah si penyiasat itu ?
Demi menegakkan prinsip undang-undang tertegak diMalaysia dan tidak mudah dipermain-mainkan pujian harus diberi pada angkatan pemuda PKR Selangor juga Pulau Pinang yang membuat laporan polis untuk menyiasat akan aduan bersumpah penyiasat tadi yang boleh dipertikaikan, janganlah hendaknya menjadi seperti biskut sekejap ada sekejap tiada atau mudah meminda-minda keterangan yang amat serius ini disegi undang-undang. Atau mungkin juga satu penyiasatan menyeluruh hingga keakar umbi patut diadakan untuk mencari kebenaran sebenar jika ada sebarang helah atau kemungkinan dari pihak-pihak berkepentingan !
Janganlah rakyat marhaen Malaysia nanti dipandang serong hanya kerana adanya individu-individu yang mudah mempermainkan undang-undang negara yang dijunjung ! Sudah tiba masanya ketelusan dan ketegasan dalam menjaminkan keutuhan undang-undang ditegakkan oleh mereka yang diamanahkan bukan men'cacamarba'kan atau mengikut acuan pemimpin rakus untuk menjaga kesimbungan politik gelojoh dan kezaliman mereka !
Saat dan ketika ini adalah untuk menegakkan kebenaran dengan menentang regime perasuah perosak negara iaitu parti karat Umno/BN ,jadi pada semua marhaen sokonglah habis-habisan perjuangan Pakatan Rakyat demi menegakkan Malaysia yang adil untuk semua !
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot05.07.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:![]()
Emel