Terdesaknya Kerajaan Umno/BN !
Oleh Jingoza - Laman M@RHAEN


 
 


 

Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Apabila dalam terdesak yang amat sangat maka kerajaan Umno/BN mengunakan segala balatentera bawah naungan yang dikuasai dari berbagai jabatan, badan, media cetak bodek dan elektronik ampu termasuklah terkini Angkatan Tentera Malaysia yang dahulu hanya PDRM sahaja dimanipulasikan, pengunaan ATM menunjukkan kecemasan yang amat sangat dan tidak ada lain niat melainkan dipergunakan di samping polis untuk menghadapi kebangkitan kesedaran rakyat akan kebejatan, kerakusan dan penyelewengan kerajaan Umno/BN mencengkam kuasa yang kian dilihat semakin lupus !

Tidak pernah ada apa latihan pun dalam sejarah Malaysia kerjasama latihan diantara PDRM dan ATM melainkan kini terjadi konon bersedia menghadapi segala kemungkinan jika terjadi ! Apakah kemungkinan boleh terjadi dengan 'ketegasan' pihak polis yang senang belasah, sepakterajang termasuk menyembur air asid terhadap rakyat marhaen yang setia dan sabar sahaja menerima apasaja tendangan atau belasahan mereka ? Tidak pada rakyat negara lain seperti Korea atau Jepun dimana kekerasan polis akan menerima tindakan setimpal dan serupa, rakyat Malaysia sungguh baik dan taat sehingga sanggup sizalimi demi menuntut keadilan dan ketelusan tapi segala tindakkan aman mereka akan menghadapi sifat kebinatangan buas serakah pihak polis seperti dunia tiada esok bagi mereka !

Setelah PDRM diperkudakan janganlah pulak ATM dilibatkan sama tetapi mungkin aliran pemikiran profesional di ATM tidak mudah diperlembupawahkan harapnya !

Ke mana agaknya sifat profesional polis Malaysia ? Adakah ini ajaran di Pulapol ? Menghenyak rakyat aman demi menjaga kerajaan rakus kuasa ? Dimana pertimbangan otak waras cemerlang konon dimiliki mereka jika setiap kali rakyat membantah sebarang tindak tanduk zalim dengan aman dihadiahkan dengan kekejaman tanpa perikemanusiaan ?

Kini makin terserlah untuk menpertahankan kuasa yang semakin rapuh dengan kebangkitan tsunami rakyat yang sudah tidak buta fakta dan kebenaran maka kerajaan akan melakukan apasaja untuk menjaga kesinambungan parti khianat pembelot pusaka bangsa !

Janganlah mengajar rakyat Malaysia menjadi berani macam Korea atau Indonesia kerana ini akan menyusahkan PDRM yang akan terpaksa kerja lebih ! Wahai PDRM dan ATM yang kebanyakkan penganut agama Islam berkhidmatlah dengan ingatan Allah SWT dan Islam dalam kepala,kerana ini akan lebih disayangi rakyat Malaysia !
 

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
 

Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot

03.07.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel