![]()
Patrick Badawi dan kontrak Monsoon Cup selama 8 tahun
Oleh I-Pacat - Laman M@RHAEN
![]()
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat ‘endorsement’ dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.
Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.
Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.
Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.
“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.
“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.
Menurut maklumat yang saya terima dari “tok faqir” yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.
Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?
Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.
Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang ‘dibahamnya’. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!i-pacat
30.03.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:![]()
Emel