![]()
Penyokong Umno Sudah Tak Keruan
Oleh Ferrari - Laman M@RHAEN
![]()
Dalam suasana demam pilihan raya ini, jika kita tengok banyak kedai kopi yang sampai pagi masih lagi ramai pengunjungnya tidak kira daripada parti mana mereka pun dan ada pula yang bertegang urat mengenai pendapat masing-masing. (sebenarnya memang budaya orang melayu suka melepak)
Semalam saya berkesempatan bergaul dengan puak-puak UMNO daripada Bahagian Pandan (DUN Cempaka), yang mana kita tahu Wakil rakyat mereka yang telah menjadi YB (Dato’ Mad Aris bin Mad Yusoff) selama 4 penggal berturut-turut tidak tercalon lagi pada pilihan raya yang akan datang ini dan digantikan dengan calon yang bagi saya memang tidak berkaliber sama sekali. Maka bermulalah episod di mana jentera pilihan raya Pandan tidak berfungsi sepenuhnya yang mana selama 4 penggal itu juga telah dibiayai oleh YB yang lama dan jika tuan berjalan di DUN Cempaka nampak akan kesuramannya.
Saya difahamkan yang calon DUN Cempaka (Norhasimah Hasim) ini adalah Ketua Wanita Pandan yang selama ini penduduk DUN berkenaan tidak mengenali beliau melainkan puak-puak mereka sahaja.
Ada suara-suara daripada pergerakan pemuda bahagian Pandan yang 100% tidak bersetuju dengan calon ini bahkan terang-terangan pergerakan puteri yang diketuai oleh Zahida Zariq sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan membantu calon ini. Seorang sahabat daripada UMNO dengan marah mengatakan yang beliau akan memberikan undinya kepada PAS.. (Alhamdullilah)
Mereka menunjukkan protes dalam senyap. 2/3 bilik gerakan mereka cuma menyalakan lampu dewan sahaja bagi menandakan kewujudan bilik-bilik gerakan ini dan mereka yang menariknya puak-puak ini tetap mengambil peruntukan yang diagihkan oleh Bahagian berkenaan, jika tak silap saya sebuah cawangan diberi sebanyak RM1,000 dan DUN Cempaka ada 40 cawangan. Tapi yang saya terkilan dengan anak-anak muda remaja kita yang tidak tahu apa-apa mengenai politik dan mereka ini membabi buta sahaja melakukan kerja BN.
Bila berbicara mengenai cawangan, rupa-rupaanya dalam Bahagian Pandan ini terdapat banyak cawangan ‘bunian’ iaitu asalkan sesiapa yang berkinginan menjadi ketua cawangan boleh la membuka cawangan masing-masing dan yang jadikan saya tergelak besar semalam ialah calon DUN ini sendiri tidak ada bilik gerakan di cawangan beliau. Senario ini sebenarnya telah lama wujud sebelum persempadan baru lagi di mana dulu duduknya di dalam kawasan Ampang Jaya yang dikepalai oleh Dato’ Mufti Shuib yang sungguh licik di dalam percaturan politiknya.
Bila saya bertanya daripada mana datangnya dana berkenaan, orang yang paling rapat dengan YB lama ini telah memberitahu yang dana itu datang daripada UMNO Selangor. Persoalannya kita pun tahu setiap cawangan UMNO dalam Malaysia ini mana ada duit!! Setiap kali mesyuarat agung pembentangan kewangan adalah RM300 itu pun dimasukkan oleh ketua cawangan sendiri. Jadi memang benarlah yang UMNO telah dengan tidak amanahnya menggunakan segala sumber hasil negeri untuk menampung perbelanjaan mereka.
Sahabat ini bercerita lagi. Selama 4 penggal ini banyak duit telah digunakan terutama dalam kempen pilihan raya, mau-mau pun dalam RM500,000 baru berada dalam keadaan selesa dan bila bercakap fasal perbelanjaan, mereka merungut juga sebab minyak naik la, upah budak poster. Dulu RM30 ok tapi sekarang depa dah pandai ‘demand’ kurang-kurang RM50-60 untuk satu malam atau pun merungut. Bagi saya mereka ini banyak yang hipokrit. Mereka ini juga telah memperlekehkan calon DUN ini dan sebab itu juga mereka tidak berkempen pada pilihan raya ini. Bagi saya itu pertanda yang cukup bagus...
Wassalam
- Ferrari
28.02.2008
![]()
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel