Perhimpunan Angguk-angguk
Oleh Dr Nologareng (Laman M@RHAEN)
Sampul surat akan bertukar tangan, peluang bisnes akan diagih-agihkan, kereta mewah serta perhiasan terkini akan menjadi bahan bualan dan daya tarikan. Biasanya itu lah yang berlaku setiap kali Umno mengadakan perhimpunan, khususnya dua dekad yang lalu. Rentak dan irama yang sama akan berulang walaupun bebaru ini TS Isa Samad telah dihukum atas kesalahan yang menjadi amalan hampir semua pemimpin parti itu.

Jika kita perhatikan dalam media, iklan serta pelbagai acara menonjolkan diri telah berlangsung tanpa henti. Sekejap pemimpin Umno mengambil peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat, seketika menjadi pegawai polis atau kakitangan kesihatan. Gelagat sebegini memang mengundang lelucon serta rasa jengkel di mata kita. Apatah lagi jika latar belakang si pemimpin tadi boleh kita simpulkan dalam satu ucapan loghat penang- PUNGGAH!!

Saban hari di dada akhbar terpampang pemimpin berbagai peringkat mula aktif mengunjungi serta menziarahi warga Melayu yang dhaif dan malang. Umpama iklan biskut ‘Choc Fudge’ ia bisa timbul dan ghaib begitu sahaja. Tenggelam timbul dengan pelbagai cerita dan berita hiburan seperti karnival TV3, rancangan tv realiti AF, Mentor dan yang terkini Mencari Cinta!! Lebih menyeronokkan apabila diselidiki hampir kesemua warga malang yang dipergunakan bagi meraih populariti mereka itu adalah juga ahli Umno! Bukanlah sangat mahu membaiki keadaan atau membela nasib malang pesakit dan rakyat secara umum, tetapi lebih kepada perkiraan meraih kemasyhuran.

Dua hari lepas seorang perempuan muda di Terengganu yang mengidap ketumbuhan di bahagian kiri leher telah menjadi figura buat tontonan awam. Pesakit itu katanya adalah ahli Puteri Umno. Jika benar cabang parti itu atau Umno secara umumnya menjaga kebajikan rakyat, tidak timbul soal penderitaan anak bangsa sehingga ke tahap itu. Begitu juga dengan kisah keluarga miskin yang terpaksa makan nasi berlauk siput babi! Malah tidak akan ada kejadian ruangan akhbar menjadi seperti tepian jalan Chow Kit untuk rakyat memohon bantuan dan sedekah bagi mengubati penyakit! Namun seperti kata rakan saya yang sering mematikan bicara dengan kalimah- Malaysia Boleh!

Pagi ini ketika sedang leka menjamah sarapan beberapa ketulan kuih dengan kawan-kawan, saya terpandang keluaran khas akhbar untuk Perhimpunan Umno. Saya tertarik dengan isu yang dikeluarkan oleh Presiden PWTC, Dato Mohd Noor Yaakob (mirip hero filem Tamil) berkaitan penggunaan kas-kas dalam menu hidangan perwakilan. Kenapa agaknya beliau bimbang sangat? Takut ketagihan atau mabuk kerana asal-usulnya yang sama dari bunga popi? Sungguh melucukan. Saya tersenyum sendirian sambil sempat menyakat seorang teman yang kebetulannya ialah orang kuat Umno!

Nak takut mabuk apa lagi, jika selama ini di bawah Dinasti Kodi mereka telah menjadi seperti Keling Mabuk Todi. Kena kutuk kata bangsa pemalas mereka ketawa, bercakap soal rasuah mereka mengilai macam ianya satu jenaka, bahkan dipermainkan soal agama anutan mereka pun tidak terasa apa-apa! Cuba tengok perangai orang mabuk, kan serupa? Terbaring tepi longkang pun mereka selesa macam di atas dipan istana!

Jika kita menyorot perkembangan mutaakhirin ini, suara-suara atau resam Jebat kembali bertenaga. Sana-sini timbul teguran serta laungan aspirasi ahli yang mahu perjuangan Umno kembali ke asalnya. Ke pangkal jalan! Aih, betul ka apa yang kita dengar ini? Dah tersesat ka Umno? Walhal saban waktu mereka halakan kata nista kepada Melayu di pihak satu lagi terutama Tok Guru dan para alim ulama. Kenapa pihak akhbar memberi laluan sedemikian yang sering dipengapkan dahulunya oleh media? Sudah tersedar apabila seluar terlondeh sampai ke cenunut ponggong atau hanya satu lagi agenda alih tumpuan?

Kata orang, perseteruan Najib dan PakLah dalam Umno sudah sampai ke tahap matang. Tunggu tanduk berlaga sahaja lagi. Petandanya sudah jelas. Gendang perang sudah pun dimulakan, manakala kelompok opportunis sudah pun mengemaskan diri dalam kem yang difikirnya layak untuk membolehkan ia bercendawan walaupun perangainya tak ketahuan. Perhatikan bagaimana Kadir Sheikh Fadzir serta Zainuddin Mydin sudah pun membuka pencak di belakang Najib yang bergelomang dengan dua isu besar- rasuah yang diminta Rosmah dari pembikinan kapal selam Scopene serta cerita lama khalwat ketika tertangkap di Port Dickson! Apakah ini buah keras yang akan dibuka oleh TS Isa Samad untuk menyeret turun Najib?

Bebaru ini kem PakLah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu bagi mendengar pandangan terus dari akar umbi. Kerana yang dok bergayut sekelilingnya adalah akar ara yang bakal mengkaputkannya. Khabarnya teruk juga PakLah dihentam sambil diberi nasihat antaranya soal penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains dan juga kedudukan sesetengah menteri dan CEO dalam syarikat milik kerajaan. Ada juga permintaan yang keterlaluan atau dangkal dibuat hadirin, namun banyak juga yang bernas. Apakah PakLah bakal melakukan sesuatu dalam rombakan kabinet selepas Perhimpunan Umno nanti?

Bercakap soal Perhimpunan ini, awal-awal lagi Tun Kepala Taik Mahathir telah menyatakan kuzuran untuk tidak menghadirinya. Itu satu langkah baik, kerana dibimbangi ia akan menjadi lubuk sumpah seranah perwakilan. Malah ketidakhadiran beliau akan memberi lebih ruang dan kebebasan perwakilan menyampaikan hasrat walaupun siang-siang lagi Najib sudah kata tidak ada kejutan. Telah menjadi resam bagi Umno baru yang menapis apa isu atau suara yang mahu dibawa perwakilan. Adalah lebih mudah untuk perwakilan memuji pemimpin atasan ataupun membaca gurindam mahupun sajak. Perbuatan menegur seperti yang berlaku dalam Muktamar PAS yang lalu adalah barang mustahil. Sama mustahil untuk Presiden Bush mengaku yang ia telah mengada-adakan cerita untuk menceroboh Iraq serta Peristiwa 9/11 adalah operasi sel sulit dalam Rejim Bush di bawah kendalian Dick Chenney!

Pelbagai isu hangat termasuk yang dikitar semula ditonjolkan ke dalam masyarakat seperti isu ‘2 AP’ - pemberian Approved Permit (AP) dan isu lelaki murtad Ayah Pin atau Setan Pin dan sebagainya. Kisah AP tu kita ketepikan sebab ia hanya ribut dalam secawan kopi sahaja. Apabila media berhenti dari memperkatakan soal itu, ia akan terus sejuk seperti mana hidung kucing. Namun yang jauh penting adalah kisah sekumpulan sahabat Syaitan yang diketuai Setan Pin! Idris Jusoh telah menyentuh soal ini dengan mengatakan yang isu manusia murtad itu perlu ditangani dengan bijak kerana ia telah menjadi perhatian dunia. Tak mudah untuk dimasukkan dalam ISA. Inilah dia karut marut manusia dalam Umno yang kununnya mendaulat serta menjadi benteng bangsa dan Agama.

Jika dahulunya Anwar Ibrahim yang memang diakui tokoh bertaraf dunia mereka boleh henyak dengan menyalahgunakan hukum, perundangan serta media, kenapa untuk Setan Pin lain pula ceritanya? Jika dahulu hanya kerana buku fitnah boleh mereka humban serta hina Anwar Ibrahim kenapa tindakan mereka tergagap untuk mengurung sahabat Setan- Pin? Terlalu pelik jika kita bandingkan kesungguhan mereka menjatuhkan empayar Al-Arqam sedangkan tuduhannya sama- ia melibatkan akidah!

Sekali gus ia membuatkan kita faham betapa jika tidak mengganggu status quo kuasa UmnoBn serta ekonomi kaum Cina, makanya biarlah apa sahaja yang rakyat nak buat. Sembah patong ka, mengaku nabi ka, hatta mengaku Tuhan pun tak ada salahnya.

Cerita kelentungan alih tumpuan sebegitu memang amalan pemerintah yang mahu terus berpaut pada kuasa tanpa perasaan yang mereka akan dipertanggungjawabkan. Air dan minyak bercampur tiada. Dunia dan akhirat dua cerita berbeza. Sekular dalam bahasa suratnya.

Namun apa yang menjadi buah mulut serta topik bergebang di sana-sini ialah keadaan ekonomi Negara yang semakin tenat. Sebahagian besarnya disumbang oleh pemerintahan 22 tahun Tun Kepala Taik. Zaman Pak Lah ada sedikit sebanyak usaha penjimatan, namun perebutan kuasa yang memuncak antara PakLah dan Najib menjadikan keadaan yang teruk semakin parah. Zaman Tun Hussein Onn dan TKT Mahathir berulang di mana Timbalan menjadi gunting dalam lipatan.

Untuk rakyat kecil, berjimatlah semaksimum mungkin. Jauhi pembaziran. Lupakan Cuti-cuti Malaysia serta waspada dengan rompakan atas jalan raya melalui saman had laju dan sebagainya. Menabung dengan baik serta menyediakan perlindungan insurans untuk ahli keluarga kerana kerajaan hari ini bukan lagi menjaga kebajikan rakyat. Sekadar menanam tebu di bibir atau melepaskan kentut di kerusi menteri.

Sekian.

p/s Ibu Rasuah terus unggul dengan lakonan isu AP. Sampai Nangeh berayor hidung. Bangge……..

Dr. Nologareng- 19.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN