![]()
UPSR 2005: Kita diperabun.. (Siri 2)
Oleh Cikgu Komando
Seperkara, yang ingin saya timbulkan di sini kerana saya pernah berpengalaman mengendalikan pelajar-pelajar tingkatan satu, kebanyakan pelajar-pelajar yang mendapat B atau C dalam Maths dan Sains UPSR (saya tegaskan...kebanyakan), akan menghadapi masalah dalam sains dan matematik ketika tingkatan satu. Hanya 20.6% sahaja yang mendapat A, manakala selebihnya 64.8% daripada 506,814 orang murid mendapat B dan C di seluruh negara...jadi fikirkanlah..berapa banyak tu...?Saya tertanya-tanya kenapa tiada perbandingan dibuat dengan keputusan Sains dan Matematik ketika pelaksanaan dalam Bahasa Melayu pada tahun 2004, barulah kita berhujah lihat perkembangan secara analitikal dan komprehensif untuk bercakap perubahan dasar terbukti ada kemajuan?
Balik-balik cakap penguasaan Bahasa Inggeris meningkat..cuba perhatikan fokus bicara menteri...Sebanyak 85.3 peratus calon memperoleh keputusan A, B dan C bagi mata pelajaran Matematik iaitu sebanyak 33.7 peratus memperoleh A. (atau dalam erti kata lain seramai 51.6% daripada 506,814 orang murid dapat Matematik UPSR gred B dan C di seluruh negara!).
Jangan main dengan peratusan. Setiap 1% itu ada wajah seorang murid. Sebab itu Hishammudin dalam artikel Siri (1) sebelum ini tidak berani menyatakan keputusan Sains dan Matematik meningkat melainkan si Sipon sahaja.... SEMUA KEPUTUSAN SECARA DETAIL MENGIKUT SEKOLAH, NEGERI, DAERAH DAN LAIN-LAIN TIDAK DIDEDAHKAN DALAM AKHBAR SEBAGAIMANA KEBIASAAN.
Matematik tidak banyak memerlukan bahasa Inggeris, kalau adapun mungkin masalahnya dari segi kefahaman istilah dan soalan.
Apa-apapun saya juga tidak sabar nak melihat keputusan PMR... biasalah.. cara taklimat sidang media dibaca untuk cover maklumat sebenar..... patutnya lain kali umumlah berapa yang dapat rendah dahulu...!
Leave English issue out
New Straits Times 20 November 2005
By Ridzwan AbdullahPASIR MAS, Sat
The of teaching Mathematics and Science in English can only be evaluated after the Penilaian Menengah Rendah (PMR) results are released next month.Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said until then, there should be no grounds for critics, or even sceptics, to question the effectiveness of the policy.
"Let us wait for the results... until then, no one should raise this issue, especially in this campaign," he said referring to the Pengkalan Pasir by-election.
He said this after presenting Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) excellence awards at schools from the district today.
UPSR: Pencapaian murid naik 0.5 peratus
Berita Harian
17 November 2005
CEMERLANG: Nurshafiqah Munirah Halimi,12, pelajar terbaik keseluruhan bagi UPSR 2005 menunjuk slip keputusan 4A1 yang diperolehinya.PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatatkan pencapaian murid di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK), naik 0.5 peratus berbanding tahun lalu.
Seramai 35,870 orang atau 7.3 peratus daripada 506,814 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperoleh 5A atau 7A berbanding 32,982 calon (6.8 peratus) pada 2004.
Buat pertama kalinya, Kementerian Pelajaran turut mengumumkan pencapaian memberangsangkan oleh calon istimewa iaitu dari kalangan pelajar kurang upaya termasuk lumpuh, buta, menghidap disleksia dan autistik.
Daripada 630 calon istimewa, 15 orang atau 2.4 peratus berjaya memperoleh 5A atau 7A manakala 402 orang atau 63.8 peratus pula menguasai tahap minimum sekurang-kurangnya bagi satu mata pelajaran.
Wan Nurshafiqah Munirah Halimi dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu, muncul pelajar terbaik keseluruhan bagi UPSR 2005, manakala 28 lagi pelajar cemerlang termasuk empat pelajar istimewa.
Semua pelajar cemerlang itu akan diraikan pada satu majlis khas bersama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam tempoh terdekat ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, berkata 473,544 calon atau 95.8 peratus mencapai minimum Gred C dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 466,402 calon (95.4 peratus) tahun lalu.
“Ini bermakna kurang daripada lima peratus calon yang pencapaiannya di bawah tahap minimum dalam semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan UPSR 2005, di sini, semalam.
Ahamad berkata, analisis keputusan menunjukkan pencapaian murid dalam 10 mata pelajaran meningkat, manakala dua lagi subjek iaitu Bahasa Melayu Penulisan (SK) dan Bahasa Melayu Penulisan (SJK) menurun.
Seramai 86.6 peratus calon Bahasa Melayu Penulisan (SK) mencapai tahap minimum (Gred A hingga C) berbanding 87.1 peratus pada 2004 manakala Bahasa Melayu Penulisan (SJK) mencapai 67 peratus berbanding 68.2 peratus.
Tujuh subjek mencatatkan pencapaian cemerlang iaitu lebih 80 peratus calonnya melepasi tahap minimum, dengan Bahasa Melayu Pemahaman (SK) merekodkan 92.2 peratus mendapat sekurang-kurangnya Gred C.
Bahasa Melayu Penulisan (SK) mencatat 86.5 peratus, Bahasa Cina Pemahaman (88.8 peratus), Bahasa Cina Penulisan (87.7 peratus), Bahasa Tamil Pemahaman (87.9 peratus), Matematik (85.3 peratus) dan Sains (85.4 peratus).
Seramai 473,544 atau 95.8 peratus daripada 506,814 calon UPSR 2005 mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 95.4 peratus (466,402 calon) tahun lalu.
Ahamad berkata, jumlah calon yang mendapat 5A bagi SK atau 7A di SJK juga meningkat daripada 6.8 peratus atau 32,982 calon pada 2004 kepada 7.3 peratus, membabitkan 35,870 calon tahun ini.
Katanya, prestasi calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK dan Bahasa Inggeris di SJK masing-masing meningkat 3.6 peratus dan 3.1 peratus berbanding UPSR 2004.
Tahun ini, 14.2 peratus calon Bahasa Inggeris di SK mencatat Gred A dengan 69.3 peratus calon melebihi tahap minimum (Gred C) manakala 27.4 peratus calon Bahasa Inggeris di SJK mendapat Gred A dengan 70.1 peratus sekurang-kurangnya Gred C.
“Peratusan calon luar bandar melepasi tahap penguasaan minimum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK meningkat 4.1 peratus yang menggambarkan usaha kerajaan menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris kepada murid luar bandar berkesan,” katanya.
Sebanyak 53.9 peratus calon Bahasa Melayu Penulisan (SK) dan 39.3 peratus calon Bahasa Melayu Pemahaman (SK) mencatat gred A. Bagi Matematik, 33.7 peratus calon mencatat gred A dengan 85.3 peratus melepasi tahap minimum.
Bagi subjek Sains, hanya 20.5 peratus calon mendapat Gred A dengan 85.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya C.
Ahamad berkata, walaupun kertas soalan Sains dan Matematik UPSR tahun ini ditulis dalam dwibahasa, iaitu Melayu dan Inggeris, calon diminta menjawab dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda kerana pengajaran dalam bahasa berkenaan.
Katanya, soalan dan jawapan bagi kertas Sains dan Matematik UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bermula pada 2008.
Bagi subjek lain, katanya, 22.2 peratus calon Bahasa Melayu Pemahaman (SJK) mendapat Gred A dengan 72.6 peratus melebihi tahap minimum. Hanya 18.6 peratus calon Bahasa Melayu Penulisan (SJK) mencatat Gred A dan 67.0 peratus melepasi tahap minimum.
UPSR 2005: Peningkatan Memberangsangkan
Bernama 17 November 2005
PUTRAJAYA, 16 Nov (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan bagi semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, dengan pencapaian calon naik 0.5 peratus berbanding tahun lepas.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon berkata daripada 506,814 calon yang mendaftar, 35,870 atau 7.3 peratus memperolehi 5A atau 7A berbanding 32,982 (6.8) tahun lepas manakala 473,544 calon atau 95.8 peratus mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 466,402 calon (95.4 peratus) sebelumnya.
"Ini bermakna kurang daripada lima peratus sahaja calon yang pencapaiannya di bawah tahap minimum dalam semua mata pelajaran yang diduduki," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2005 pada satu sidang media di sini Rabu.
Buat kali pertamanya, kementerian turut mengumumkan pencapaian memberangsangkan oleh calon-calon istimewa terdiri pelajar-pelajar yang lumpuh, buta, disleksia dan autistik.
Ahamad berkata daripada sejumlah 630 calon istimewa, 15 orang atau 2.4 peratus berjaya memperoleh 5A atau 7A manakala 402 orang atau 63.8 peratus pula menguasai tahap minimum sekurang-kurangnya bagi satu mata pelajaran.
Ditanya kenapa kementerian berbuat demikian, beliau berkata ia merupakan inisiatif Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu memberi tumpuan dan menonjolkan pencapaian calon-calon istimewa ini.
Ahamad berkata daripada segi prestasi mata pelajaran, prestasi 10 daripada 12 mata pelajaran yang ditawarkan juga memberangsangkan apabila semua mata pelajaran mencatat prestasi cemerlang (Gred A) melebihi 10 peratus dengan mata pelajaran Bahasa Melayu SK Penulisan mengatasi mata pelajaran lain iaitu 53.9 peratus.
Terdapat tujuh mata pelajaran yang prestasinya melepasi tahap minimum (Gred C) melebihi 80 peratus iaitu Bahasa Melayu SK Pemahaman (92.2), Bahasa Melayu SK Penulisan (86.5), Bahasa Cina Pemahaman (88.8), Bahasa Cina Penulisan (87.7), Bahasa Tamil Pemahaman (87.9), Matematik (85.3) dan Sains (85.4).
Ahamad berkata prestasi calon bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SK dan SJK daripada segi kualiti dan kuantiti juga membanggakan.
"Pencapaian ini menandakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penguasaan calon dalam bahasa Inggeris berjaya dan perlu diteruskan," katanya.
Beliau berkata prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid luar bandar juga meningkat apabila peratusan calon yang mendapat gred cemerlang A bagi SK dan SJK, masing-masing meningkat sebanyak 3.1 peratus dan 3.2 peratus.
Katanya peratusan calon luar bandar yang melepasi tahap penguasaan minimum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SK meningkat 4.1 peratus.
Wan Nurshafiqah Munirah Halimi, dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu, muncul pelajar terbaik keseluruhan bagi peperiksaan UPSR 2005.
Ahamad berkata terdapat 28 orang lagi pelajar terbaik termasuk empat orang pelajar istimewa yang mendapat keputusan cemerlang.
Katanya kesemua pelajar cemerlang itu akan diraikan dalam satu majlis khas bersama Hishammuddin Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.
Berikut adalah senarai pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2005:
Keputusan UPSR lebih baik
- Aina Farzana Mohd Azmi (SK Bukit Rahman Putra, Gombak)
- Lee Zcho En (SJKC Sin Min B, Sungai Petani, Kedah)
- Teoh Hwee Chee (SJKC San Min No 1, Teluk Intan, Perak)
- Zaidatul Nawal Hamdi (SK Seri Perlis, Arau, Perlis)
- Chuay Kai Yan (SJKC Khai Chee, Kuala Lumpur)
- Ong Zhan Zhoon (SJKC Chung Shan, Ipoh, Perak)
- Ang Yee Theng (SJKC Hun Bin, Pulau Pinang)
- Chua Shu Wan (SK Convent, Muar, Johor)
- Brian Teoh Kok Shaun (SK La Salle, Klang, Selangor)
- Ahmad Syakir Aiman Mohd Rahim (SK Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu)
- Nurul Fadhilah Syahirah Ismail (SK Bukit Payong, Marang, Terengganu)
- Nur Izzati Ahmad (SK Seri Perlis, Arau, Perlis)
- Nuha Zhafirah Nor A'zam (SK Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah)
- Nur Diyana Izzati Mohamed Shaari (SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu)
- Nurhidayatul Akmal Mohd Taib (SK Durian Burong, Kuala Terengganu, Terengganu)
- Karlin Alia Nor Ariffin (SK (P) Methodist, Kuantan Pahang
- Arunkummar A/L Manickam (SJKT Slim River, Slim River, Perak)
- Marissa Law Jun Yi (SK Seri Selangor, Subang Jaya, Selangor)
- Rebecca Nachiappan (SK Sri tebrau, Johor Baharu, Johor)
- Najwa Farhana Mohd Adnan (SK Sungai Isap, Kuantan, Pahang)
- Khalisshwary A/P Gnapathy (SJKT Ladang Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang)
- Nur Akmal Ismail (SK Datuk Hashim 1, Kota Bahru, Kelantan)
- Tamilarasu A/L Gunasegaran (SJKT Maha Ganes Viddyasalai, Manjung, Perak)
- Norehan Salikon (SK Seri Makmur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor).
- Empat orang pelajar cemerlang calon istimewa ialah:
- Muhamad Faiz Danyal (autistik) (SK Setiawangsa, Kuala Lumpur)
- Norhamizah Idros (lumpuh) (SK RKT Lasah, Sungai Siput Utara, Perak)
- Khairul Aiman Hashim (disleksia) (SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor)
- Low Fang Jun (buta) (SK Klang, Klang, Selangor).
Utusan Malaysia 17 November 2005
Oleh FAUZIAH AROFPUTRAJAYA 16 Nov. - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan bagi semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, dengan pencapaian calon naik 0.5 peratus berbanding tahun lepas.
Sebanyak 35,870 (7.3 peratus) calon UPSR 2005 berjaya memperoleh 5A atau 7A berbanding 32,982 (6.8 peratus) tahun lalu.
Peningkatan sebanyak 0.5 peratus itu menyaksikan seramai 473,544 (95.8 peratus) calon mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 466,402 (95.4 peratus) tahun 2004.
Pencapaian itu bermakna kurang daripada lima peratus sahaja calon yang pencapaiannya di bawah tahap minimum dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon berkata, semua mata pelajaran memperoleh prestasi cemerlang (Gred A) melebihi 10 peratus dengan mata pelajaran Bahasa Melayu SK penulisan mengatasi mata pelajaran lain iaitu 53.9 peratus.
"Terdapat tujuh mata pelajaran yang prestasinya melepasi tahap minimum (Gred C) melebihi 80 peratus yang merupakan pencapaian yang membanggakan.
"Mata pelajaran itu ialah Bahasa Melayu SK Pemahaman (92.2 peratus), Bahasa Melayu (Penulisan) (86.5 peratus), Bahasa Cina Pemahaman (88.8 peratus), Bahasa Cina Penulisan (87.7 peratus), Matematik (85.3 peratus) dan Sains (85.4 peratus),'' katanya.
Ahamad Sipon berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman UPSR 2005, di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Sejumlah 506,814 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR 2005 dan daripada jumlah itu 499,632 (98.6 peratus) adalah daripada sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 7,182 (1.4 peratus) adalah daripada sekolah swasta.
Prestasi calon bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) juga membanggakan dari segi kualiti dan kuantiti.
"Peratus gred A bagi kedua-dua mata pelajaran itu masing-masing meningkat sebanyak 3.6 peratus dan 3.1 peratus berbanding dengan tahun lepas.
"Pencapaian ini menandakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penguasaan calon dalam bahasa Inggeris berjaya dan perlu diteruskan,'' katanya.
Peningkatan Bahasa Inggeris juga, katanya, dirasai juga oleh murid-murid di luar bandar.
"Ini dapat dilihat daripada peratusan calon yang mendapat gred cemerlang A bagi SK dan SJK uar bandar masing-masing naik sebanyak 3.1 peratus dan 3.2 peratus,'' katanya.
Menurut beliau, peratusan calon luar bandar yang melepasi tahap penguasaan minimum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SK meningkat 4.1 peratus.
"Sekali lagi, dengan bangganya saya nyatakan bahawa usaha kerajaan untuk menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris juga berkesan kepada murid di luar bandar,'' katanya.
Secara terperinci daripada sejumlah 506,814 calon UPSR yang menduduki peperiksaan itu, 92.2 peratus memperoleh keputusan A, B dan C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK Pemahaman.
Daripada jumlah tersebut, 39.3 peratus memperoleh keputusan A.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SK Penulisan pula sebanyak 86.5 peratus memperoleh keputusan A, B, dan C, dengan 53.9 peratus memperoleh A.
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris sebanyak 69.3 peratus memperoleh A, B dan C iaitu 14.2 peratus memperoleh A.
Sebanyak 85.3 peratus calon memperoleh keputusan A, B dan C bagi mata pelajaran Matematik iaitu sebanyak 33.7 peratus memperoleh A.
Bagi mata pelajaran Sains pula sebanyak 85.4 peratus memperoleh keputusan A, B dan C iaitu dengan 20.6 peratus memperoleh A.
Cikgu Komando - 22.11.2005 (Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan ke Tabung M@RHAEN