Data Bukti Kegagalan Etems dan PPSMI!
Kiriman Cikgu Komando (Laman M@RHAEN)


Selalunya orang menuturkan kata dan menaip dengan rasional, ada juga teruja kerana fanatiknya pada satu-satu perkara. Namun luahan rasa selalunya jarang disertakan dengan ketajaman hujah dan bernas fikir. Angka dan gambar selalunya jarang berbohong walaupun boleh dimanipulasi sebegitu rupa demi kepentingan golongan tertentu. Sebagai seorang guru kerdil jauh di luar bandar, tiada apa pada saya yang penting melainkan melihat anak-anak murid saya gembira dan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Bukan sekadar peperiksaan, malah memahami setiap isi pengajaran dengan jelas dan tekun dalam suasana komunikasi serta interaksi yang menggembirakan. Saya tidak ada syarikat-syarikat CD, peralatan komputer dan saya juga bukan kontraktor yang terlibat mempunyai kepentingan kewangan atau mendapat sebarang laba besar-besaran dalam projek ETEMS mahupun PPSMI. Saya hanya guru biasa.

Sekadar terluah hanyalah isi hati pendidik yang geram melihat teman-teman seperjuangan di Kelantan diejek-ejek kerana bertutur English dalam dialek/lorat Kelantan. Mujurlah mereka semua itu mahu mengajar walaupun sedar kemampuan diri tak seberapa demi mengenangkan anak bangsa, kalau suruh orang yang mempersoalkan kredibiliti guru-guru itu...barang kali dia amat terlebih teruk lagi.

Berbalik soal angka dan gambar biasanya tidak berbohong, saya sertakan maklumat yang diperolehi daripada seorang sahabat melalui e-mail di sebuah daerah luar bandar berkenaan perkembangan PPSMI. Tulus dari hati saya merayu, janganlah melihat angka-angka di bawah ini sebagai angka sahaja, bayangkan wajah-wajah mungil anak kecil yang terselindung di sebalik setiap angka tersebut dan tanyalah dalam nurani, bisikkanlah dalam jiwa anda...adakah anak anda, anak saudara anda, cucu anda atau sepupu anda....sama dibungkus oleh dilema ciptaan kerajaan "Tradisi Membela Rakyat"..?? Adakah anda faham dan mengerti keluhan hati guru kerdil dan miskin ini...?

Lihat keputusan pelajar di daerah pedalaman berikut (nama daerah dirahsiakan..)
Melalui data di atas dapat diperhatikan bahawa daripada 2288 calon Matematik Tingkatan 1
daerah berkenaan 49% gagal manakala 50.3 % sahaja yang lulus.

Peratus yang mendapat A (5.2%), B (9.97%), C (12.33%), D(22.64%) .

Lihat keputusan pelajar di daerah pedalaman berikut (nama daerah dirahsiakan..)
Melalui data di atas dapat diperhatikan bahawa daripada 2254 calon Matematik Tingkatan 2
daerah berkenaan 70.81% gagal manakala 29.19% sahaja yang lulus.

Peratus yang mendapat A (2.5%), B (3.85%), C (5.37%), D(17.35%) .

Lihat keputusan pelajar di daerah pedalaman berikut (nama daerah dirahsiakan..)
Melalui data di atas dapat diperhatikan bahawa daripada 2290 calon Sains Tingkatan 1
daerah berkenaan 69.26% gagal manakala 30.74% sahaja yang lulus.

Peratus yang mendapat A (1.14%), B (3.54%), C (8.82%), D(17.25%) .

Lihat keputusan pelajar di daerah pedalaman berikut (nama daerah dirahsiakan..)
Melalui data di atas dapat diperhatikan bahawa daripada 2253 calon Sains Tingkatan 2
daerah berkenaan 70.75% gagal manakala 29.25 % sahaja yang lulus.

Peratus yang mendapat A (0.84%), B (2.89%), C (6.92%), D(18.60%) .

Ini baru sebuah daerah.. Macam mana dengan keputusan keseluruhan negara? Pernahkah pihak kementerian telus memberikan angka perkembangan akademik pelajar-pelajar hasil PPSMI sebegini..saya yakin mereka tak akan berani membentangkannya..

Perhatian: Nama daerah dan sekolah dirahsiakan demi memelihara nama baik sekolah dan prinsip kerahsiaan maklumat. Gambar diambil menggunakan kamera digital, dan bahagian yang dibuang cuma nama daerah serta nama sekolah; maklumat data dan sebagainya tidak pernah diubah suai dengan apa jua carapun. Maklumat ini dijamin benar dan sahih.

Saya merayu kepada rakan-rakan dalam bidang pendidikan untuk berkongsi maklumat berkenaan pencapaian PPSMI di seluruh Malaysia untuk dikongsikan bersama agar dapat kita membuka mata rakyat tentang pembohongan kementerian berkenaan prestasi subjek tersebut demi kepentingan politik pemimpin dayus dan tidak amanah.

Cikgu Komando
Pahang - 15.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: