![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
SURAT TERBUKA BUAT PENDUDUK BANDAR SEREMBAN SELATAN
17.08.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Kami mendapat beberapa aduan mengenai kegusaran penduduk Bandar Seremban Selatan mengenai masalah bersangkutan CF yang kini telah pun diduduki hampir 4 tahun. Penduduk Bandar Seremban Selatan (BSS) Fasa 3, Sg Gadut, Seremban, berada dalam kebimbangan sejak mendiami kawasan tersebut lebih empat tahun lalu kerana rumah mereka tiada sijil Kelayakan Menduduki (CF).
Kami telah membuat lawatan sebanyak 2 kali ke kawasan saudara. Pertama kali kami menghantar pasukan peninjau untuk mengenalpasti permasalahan (20 Julai) dan pada 26 Julai membawa peguam bertemu wakil penduduk di Surau Fasa 3.
Kami amat memahami penduduk di BSS bukanlah daripada golongan mewah atau kaya raya, sebaliknya hanya golongan pekerja kerajaan dan swasta yang terdiri daripada semua lapisan bangsa, Melayu, Cina dan India juga betapa saudara semua mengharapkan sebuah rumah yang selesa dan selamat serta sah diduduki untuk membesarkan anak-anak, Namum ini merupakan tahun ke 4 rumah yang saudara saudara diami tidak mempunyai CF.
Risiko menduduki rumah tanpa CF
Menduduki rumah tanpa CF merupakan perkara yang bertentangan dengan undang undang maka saudara tidak diberikan perlindungan insurans seperti mereka yang menduduki rumah dengan CF dapat
jika rumah saudara terbakar hangus, bayaran bank masih terus perlu dibuat sedangkan rumah tidak diganti kerana tiada CF
jika saudara (ketua keluarga atau penama pinjaman) mati hutang saudara akan terus ditanggung pewaris dan penukaran hak milik menjadi terlalu sukar kerana rumah tiada CFMungkin ada yang seronok meter air tiada tetapi ..
Taman Seri Rembau tiada CF dan telah diduduki. Air dibekalkan tanpa meter individu kononya pemaju ada meter besar, tetapi selepas baru baru ini mendapat CF semua penduduk dipaksa membayar RM 600 lebih sebagai tunggakan air sebelum dibenarkan memasang meter individu. Bayangkan berapa yang akan ditanggung oleh saudara dan jiran yang hampir empat tahun ini ?
Di dapati saudara semua telah membayar deposit meter, tetapi pernahkah saudara periksa dengan JBA adakah deposit itu sampai ke tangan JBA ?Berdasarkan undang undang pembeli boleh menuntut pampasan 10 % dari harga rumah bagi setiap tahun lewat pemaju gagal mennyerahkan rumah yang sempurna (jika definasi undang undang rumah sempurna ialah sempurna semua termasuk CF maka saudara boleh menuntut hak saudara !). Adakah ini berlaku kepada saudara ? Menurut salah seorang penduduk, jiran saudara yang enggan namanya disiarkan, pemaju hanya membayar 60 peratus bayaran pampasan sedangkan 40 peratus yang selebihnya diambil oleh pemaju atas alasan yang tidak munasabah.
Kami dimaklumkan bahawa perkara ini termasuk dal;am janji pilihanraya wakil rakyat sehingga saudara semua mengundi beliau (YB Bibi Sharliza) tetapi hingga kini apa tindakan beliau? Atau perlukah masalah ini diketengahkan dalam Buletin Utama barulah semua pihak akan turun padang ? atau adakah pemaju mempunyai kaitan dengan UMNO maka penduduk dibiarkan dalam risiko ?
Apa yang saudara perlu lakukan ?
tubuhkan jawatankuasa bertindak penduduk. Jika telah ditubuhkan pastikan mereka melakukan perkara di bawah.
Buat sidang media sekurang kurangnya sebulan sekali mengenengahkan perkara ini dan menyatakan perkembangannya. (pihak kami sedia membantu memanggil media untuk saudara)
Hantar surat pastikan status pembekalan air (JBA), title tanah (pejabat daerah), status kediaman (MPN) dan kepada wakil rakyat saudara menuntut janji beliau ? rekodkan tarikh dan dapatkan salinan akuan terima.
Jika semua maklumat telah diperolehi, aduan telah dibuat dan masih tidak bergerak, kami menyediakan nasihat guaman percuma untuk penduduk menfailkan saman kepada pihak tertentu demi mendapatkan hak saudara.Yang paling penting ! kesedaran dan keberanian untuk bertindak mendapatkan hak penting untuk melindungi keluarga saudara !
Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMNS) Sahabat Negeri Sembilan sentiasa di pihak anda!
Terbitan Angkatan Muda N.Sembilan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Makluman / respons mengenai ISU ini boleh terus menghubungi Pusat Aduan Rakyat, N.Sembilan email: penerangan_keadilan@yahoo.com hotline: 0176688404
Tolong buat salinan dan edarkan!!!
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.