![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Isu Air Di Negri Sembilan:
TIADA ALASAN: REBET UNTUK PENGGUNA ADALAH WAJIB !
![]()
Pada 13 Julai 2005 yang lalu Angkatan Muda Negeri Sembilan telah menghantar delegasi untuk bertemu YAB Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menyerahkan Nota Peringatan dan berbincang mengenai Krisis Air Negeri Sembilan. Nota terbuka dan pertemuan itu cuba dilaksanakan setelah Pusat Aduan, Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat, Angkatan Muda Malaysia menerima lebih dari seratus laporan dan aduan pengguna mengenai isu air di Negeri Sembilan khususnya kawasan Seremban.YAB Menteri Besar, Dato Seri Utama Mohamad Hassan tidak mahu bertemu kami atas alasan mesyuarat. Pejabat Menteri Besar ketika dihubungi pagi itu (13 julai, 8.00 pagi) menyatakan kesibukan YAB Menteri Besar NS tetapi telah mengarahkan setiausaha akhbarnya untuk menerima kunjungan kami. Malangnya ketika jam 11.00 pagi ketika kami sampai, bukan sahaja delegasi kami tidak dibenarkan masuk ke Wisma Negeri tetapi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan hanya menghantar seorang ketua pengawal keselamatan Wisma Negeri untuk menyambut kami. Tindakan sombong beliau sebagai seorang Menteri Besar yang baru mendapat mandat rakyat amat kami kesali.
Krisis Air
Rungutan mengenai bekalan air di Negeri Sembilan seperti kemelut yang tiada kesudahan. Isu mengenai kualiti air yang teruk dan bekalan air yang tidak sempurna (terputus atau tekanan air rendah) masih terus menghantui rakyat negeri ini.
Terbaru rakyat khususnya di sekitar Seremban (yang menggunakan bekalan dari Empangan Sungai Terip) telah mengalami catuan air. Catuan kononnya kerana aras air di Empangan Sungai Terip telah melepasi tahap kritikal.
Ini membuktikan Kerajaan Negeri khususnya Exco yang terbabit ( Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air, Telekomunikasi dan Pembangunan Luar Bandar, Ir Jamlus Abd Aziz) gagal dalam menguruskan bekalan air di negeri ini, mereka diminta bertanggungjawab penuh dalam hal ini. Isu air ini telah bertukar menjadi krisis serius.
Kerajaan lemah punca krisis Air :
Kerajaan Negeri Sembilan sebenarnya tidak ada sebarang pelan tindakan yang konkrit untuk bersedia mengenai bekalan air di Negeri Sembilan. Tiada sebarang persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan harga air yang mahal dan peruntukan dari wang rakyat yang banyak kerajaan negeri seharusnya bersikap proaktif dalam perkara ini bukan setakat tunggu sehingga masalah datang baru cari penyelesaian.
Kerajaan Negeri gagal sepenuhnya dalam menguruskan air negeri. Sebab utama ialah kehilangan air atau apa yang dipanggil non-revenue water (NRW) yang kadarnya dikatakan mencecah 54% di daerah Seremban, yang tertinggi di Malaysia. NRW di negeri ini bukan kerana paip pecah atau kegiatan curi air oleh pengguna biasa tetapi melibatkan salah guna kuasa yang diketahui kerajaan negeri. Kami mempunyai bukti kukuh dan kami mencabar YAB Menteri Besar menafikannya.
Kerajaan negeri telah membelanjakan RM132.28 juta untuk Program pembaikpulihan sistem pembekalan air yang gagal . Ini diakui dalam penilaian Ketua Audit Negara (Negeri Sembilan 2002)
Alasan Empangan Sungai Terip kering telah menunjukkan salah urus atau kegagalan kerajaan Negeri. Negeri Sembilan bukanlah kawasan yang sononim dengan kemarau. Masalah kemarau ini wujud seiring dengan kegagalan pengurusan kawasan tadahan air. Hampir kesemua kawasan tadahan air merupakan hutan simpan kekal. Namun kawasan hutan simpan kekal berhampiran Bukit Tangga telah dicerobohi dengan kebenaran kerajaan negeri. Balaknya telah dibawa keluar ketika projek menaik taraf jalan Seremban ? Jelebu.
Apa sudah jadi kepada kawasan hutan simpan yang menjadi catchment (takungan) area di ulu Sungai Terip? Banyak catchment area di Negeri Sembilan telah dicorobohi dan dirosakkan. Semua kegiatan ini dibawah pengetahuan kerajaan negeri, ini bermakna kerajaanlah yang menyebabkan krisis air ini.Masalah dari catuan
Masalah Kualiti air memang sudah terlalu biasa bagi rakyat negeri sembilan, secara kasar boleh dikatakan 70 % rakyat negeri ini telah terpaksa keluar duit membeli alat penapis air di rumah. Semasa catuan ini pengguna terpaksa menggunakan wang lebih untuk menukar bahan penapis kerana kualiti air yang lebih kotor khususnya ketika air yang mula ? mula datang pada waktu pagi.Kami memandang serius perkara ini kerana ia seolah seperti menghantar penyakit terus ke rumah rakyat.
Meter akan bejalan laju pada waktu pagi dengan membazir. Selain air yang datang pada waktu pagi kotor, 2 -3 minit awal ketika bekalan air mula datang akan membawa hanya angin. Malangnya meter di rumah akan mengira juga angin yang di tolak. (paip yang kosong akan di isi angin dan angin ini akan ditolak ke rumah ? rumah ketika air mula disalurkan semula). Maknanya sepanjang tempoh catuan rakyat derita tetapi Kerajaan Negeri Sembilan kaya kerana jual angin.
Kerajaan Negeri Sembilan ada membuat kenyataan mengenai catuan air yang bermula dari jam 8.00 malam ? 8.00 pagi. Ini bohong ! Banyak tempat yang kena catuan tidak ikut masa. Contohnya di Taman Bukit Chedang pada 7 Julai bekalan air terhenti pada pukul 7.30 malam dan air hanya datang (itu pun dengan tekanan rendah dan kotor) pada jam 11.30 pagi. Dan kini keadaan lebih parah apabila banyak kawasan telah mengalami catuan lebih 24 jam !
Menteri Besar menangani isu ini dengan pembohongan dan kenyataan yang bodoh :Menteri besar cuba memutar belitkan masalah ini untuk tidak bertanggungjawab terhadap isu sebenar. Dalam kenyataannya yang tersiar dalam berita TV dan akhbar utama pada 11 julai 2005 beliau cuba menyatakan bahawa catuan bertujuan untuk mengajar rakyat Negeri Sembilan menghargai air kerana selama ini rakyat negeri sembilan membazir air
Dalam kenyataan yang sama juga Menteri Besar telah berbohong dengan menyatakan bahawa tariff air di negeri ini termurah. Hakikatnya tariff air Negri Sembilan antara yang termahal.
Kadar purata tariff air bagi negeri negeri.
Negeri Tariff Air Sabah 90 sen / m3 Selangor / Kuala Lumpur 57 sen / m3 Negeri Sembilan 55 sen / m3 Melaka 45 sen / m3 Sarawak 44 sen / m3 Kelantan 40 sen / m3 Kedah 40 sen / m3 Perlis 44 sen / m3 Johor 38 sen / m3 Pahang 37 sen / m3 Perak 30 sen / m3 Pulau Pinang 22 sen / m3 YAB Menteri Besar Negri Sembilan sekali lagi cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataannya yang tersiar dalam akhbar ahad, 17 Julai yang menyatakan sebab kekeringan empangan ialah kerana kegiatan bomoh hujan. Dalam kenyataan tersebut juga beliau meminta supaya bomoh hujan di negeri sembilan memberhentikan kegiatan mereka.
Menyedari rakyat negeri sedang menderita maka Angkatan Muda dengan tegas menuntut :Jangka pendek
- rebet khas dalam bil pengguna yang terlibat dengan catuan
( berasaskan masalah yang ditanggung pengguna yang terlubat dalam catuan dan meter yang mengira tekanan angin)- menghantar bekalan air (melalui lori) kepada rumah dalam kawasan catuan yang terlibat mengadakan kenduri dan seumpamanya
- Exco terbabit mengakui kegagalan dan minta maaf secara terbukaJangka panjang
- satu kajian menyeluruh dan teliti untuk mewujudkan pelan tindakkan yang konkrit bagi menghadapi segala kemungkinan, perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu air (cth ; empangan kering, kualiti air dsb.)Perkara ini amat serius dan menjejaskan ramai rakyat. Kami bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan sedia duduk berbincang ke arah sama ? sama mengambil tanggungjawab memastikan rakyat tidak terus terjejas dengan masalah ini.
Jika kerajaan negeri terus memekakkan telinga dalam menghadapi perkara ini kami akan memastikan bahawa isu ini bakal menjadi bom jangka kepada kerajaan BN yang kini menerajui Negeri Sembilan pada pilihanraya yang dijangka 2-3 tahun lagi.
Salam Reformasi.
"Memperkasakan kedaulatan rakyat"
ANGKATAN MUDA NEGRI SEMBILAN
* kenyataan dibacakan oleh Badrul Hisham Shaharin bagi pihak Angkatan Muda Negeri Sembilan dalam sidang media 22 Julai 11 pagi di Seremban
Makluman atau respon mengenai ISU ini boleh terus menghubungi
Pusat Aduan Rakyat, Biro Bencana & Hal Ehwal Masyarakat, Angkatan Muda Malaysia,
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) , No.75A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, , Tel : 603-5513 3416 Fax : 603-5512 9646,
email : penerangan_keadilan@yahoo.com hotline : 0176688404p/s isu ini mendapat perhatian besar dalam akhbar berbahasa cina selama 3-4 hari. Wartawan akhbar cina bagi tahu mohamad hassan mb ns enggan ulas
Pendedahan !
Angkatan Muda akan ke BPR menyerahkan bukti-bukti mengenai wujud unsur pecah amanah dalam pengurusan air negeri sehingga menyebabkan krisis.
Jumaat ini jam 11.00 pagi di pejabat BPR seremban !27.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.