![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Isu Air Di Negri Sembilan:
Angkatan Muda PKR Negri Sembilan Bawa Bukti Ke BPR
![]()
Hujan lebat beberapa hari di seremban tetapi air masih di catu lagi. Kenapa Negri Sembilan sahaja mengalami ‘kemarau” kali ini?Setelah mengambil beberapa tindakan seperti menghantar nota peringatan kepada kerajaan negeri mengenai isu ini Angkatan Muda telah mendapat respons daripada perbagai pihak. Terbaru Angkatan Muda mendedahkan mengenai keterlibatan unsur pecah amanah / rasuah yang wujud dalam kerjaan negeri bersangkutan pengurusan air sehingga melemahkan pentadbiran kerajaan dalam menangani permasalahan ini.
Angkatan Muda telah menyatakan cabaran dalam siding media bertarikh 22 Julai untuk dijawab oleh kerajaan negeri bagaimanapun sehingga kini kerajaan negeri hanya berdiam diri.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda dengan memikul tanggungjawab social membela rakyat maka kami akan membuat laporan dan menyerahkan bukti penyelewengan tersebut kepada Badan Pencegah Rasuah Negri Sembilan.
Delegasi Angkatan Muda Negri Sembilan akan membuat laporan pada :
Laporan Pecah Amanah Kerajaan Negeri, Negri sembilan dalam isu pengurusan air
Tarikh : 29 Julai 2005
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pejabat BPR Negri Sembilan
Sebarang pertanyaan sila hubungi 0176688404 (bard)
27.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.