Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Abdullah menipu dalam ucapan dasar


Sama ada sengaja atau tidak Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah melakukan pembohongan dalam ucapan dasar perhimpunan Umno 2005. Dalam ucapan dasar tersebut Abdullah cuba mengaburi mata orang ramai, terutamanya ahli UMNO, dengan menyatakan Malaysia merupakan satu satunya negara Asian yang di sebut sebagai paling global dalam lapuran oleh AT Kearney. Fakta sebenarnya, Malaysia menduduki nombor 20 manakala Singapura di nombor 2.

Berikut merupakan petikan terus ucapan dasar presiden Umno yang dipetik dari Star Online

 "And yet another report, by AT Kearney together with Foreign Policy magazine identifies Malaysia as the only Asian country to be included in their list of the 20 most global nations."

Ini merupakan fakta palsu merujuk kepada Foreign Policy website and look for the AT Kearney study, This is the URL:AT Kearney study

http://www.foreignpolicy.com/issue_marapr_2004/countrydetail.php

JELAS maklumat tercatat Singapura tersenarai sebagai negara kedua dan Malaysia di tangga ke dua puluh.

Ini satu perkara yang amat serius. Abdullah harus sedar sebagai perdana menteri dan presiden parti yang berkuasa maka beliau menggambarkan imej negara. Dengan membuat pembohongan tersebut beliau telah memalukan negara secara keseluruhannya.

Angkatan Muda amat mengharapkan perkara ini tidak berulang Abdullah seharusnya meneliti dahulu fakta dalam ucapannya bukan sekadar membaca secara membuta tuli ucapan yang ditulis oleh penasihat  beliau.

Selaku rakyat Malaysia kami malu dengan tindakkan Abdullah.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
penerangan_keadilan@yahoo.com

27.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN