![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Mahathir Harus Berhenti Sepenuhnya!
![]()
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
75A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5513 3416 / 8477 / 0176688404 Fax: 03-55129646
Website: www.keadilanrakyat.org
6 Julai 2005Mahathir harus berhenti sepenuhnya.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan mutakhir membabit beberapa syarikat berkepentingan negara seperti syarikat proton berhad dan penglibatan bekas perdana menteri Tun Mahathir didalam urusannya. Perkembangan terbaru yang melibatkan kedudukan Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff ini dilihat secara serius kerana syarikat tersebut selama ini dibangunkan menggunakan wang rakyat yang jumlahnya tidak sedikit.
Semalam tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan kedudukan Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton dilihat amat tidak wajar dalam keadaan hampir semua penganalisa ekonomi melihat kewajaran kedudukannya dikaji semula.Ianya jelas merupakan pencerobohan seorang bekas perdana menteri terhadap profesionalisme proton berhad sebagai sebuah syarikat.Dan merupakan tindakan tidak sihat yang menjejas proton sebagai sebuah syarikat secara khususnya dan ekonomi negara secara umumnya.
Tindakan bekas perdana menteri ini ternyata akan menimbulkan kecelaruan ekonomi negara dan secara tidak langsung menggangu pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Angkatan Muda Keadilan mendesak Tun Mahathir Mohamad berhenti sepenuhnya secara bermaruah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri negara ini sebelumnya dan pemimpin negara-negara lain yang telah bersara yang memberi ruang sepenuhnya kepada pengganti mereka melaksanakan tugas memimpin negara.
Kami juga berharap Perdana Menteri Abdullah bertegas dalam melakukan tindakan2 yang perlu demi mempertahan kepentingan rakyat dan negara.
Salam Reformasi !
EZAM MOHD NOOR
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia06.07.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN